Ibu mana tidak sayangkan anak, lebih-lebih lagi tatkala bayi baru lahir memerlukan susu badan walhal kedua-duanya terpisah akibat terkurung, patuh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Baca: “Ayah Jangan Nangis”.. Sampai Rumah Dipeluk Anak. Isteri Pujuk Jangan Sedih, Allah Ada!

Walaupun Terpisah Dengan Bayi, Susu Ibu Berjaya Dihantar Melalui Rentas Sempadan

Terpaksa tinggal anak di Malaysia

Itulah nasib sekumpulan kaum ibu terperangkap di Singapura. Mereka berenggang dengan anak baru lahir, terpaksa ditinggalkan dengan penjaga di Malaysia.

Susu badan ibu berjaya dihantar

Namun, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ahli Parlimen Stulang Andrew Chen menyumbang bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penghantar barangan sejuk beku dan pengendali kenderaan pengangkutan di Johor Bahru.

Melalui usaha rentas sempadan’, susu badan ibu melalui kiriman peti seberat 3,000 kilogram berjaya dihantar setakat ini.

Andrew tampil menyahut rayuan melalui laman sosial kumpulan 350 ibu-ibu warga Malaysia yang kini berada di republik itu kerana urusan kerja.

IKLAN

Mereka tidak dapat pulang walaupun secara berkala kerana pergerakan antara Singapura dan Johor Bahru kini terbatas.

Oleh kerana susu badan ibu bukan dikategori sebagai barang dagangan komersial, tidak wujud peraturan `import-eksport’ bagi penghantaran merentas sempadan.

Biasa akan pam dan bawa pulang seminggu sekali

Sebelum ini, ibu-ibu berkenaan akan mengepam dan menyimpan susu badan dan membawanya pulang setiap kali pulang berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru dengan kekerapan seminggu sekali.

Pandemik COVID-19 menyebabkan peraturan menyekat pergerakan dan perjalanan rentas sempadan dikenakan di Malaysia dan Singapura sejak pertengahan bulan Mac.

IKLAN

Perintah sekatan pergerakan ini bakal berlanjutan untuk jangka masa yang tidak pasti.

Menyahut rayuan mereka melalui laman facebook, Andrew dan kumpulan ibu-ibu itu berhubung untuk menggerakkan operasi penghantaran bekalan.

Dari Singapura, kiriman bekalan susu badan ibu-ibu terlibat dihantar ke beberapa destinasi bukan sahaja di Johor Bahru tetapi sampai ke beberapa destinasi di seluruh negara.

Baca: Ibu Pening Kepala Nak Melayan. 12 Kluster Di Rumah, Dedah Perangai ‘Bertuah’ Anak!

Berjaya diagihkan

IKLAN

Pada minggu pertama bulan April, pasukan itu berjaya mengumpul dan mengimport kiriman susu badan dari kumpulan pertama ibu-ibu warga Malaysia di Singapura.

Dari Johor Bahru, kiriman dalam 30 peti sejuk-beku seberat 600 kg berjaya diserah kepada pelbagai alamat di Johor Bahru.

Untuk kiriman kedua seminggu kemudian, susu ibu dalam 118 peti seberat 2,300 kg dikumpul terlebih dahulu di fasiliti bilik sejuk di Singapura.

Dihantar melalui trak sejuk beku

Dari republik itu, susu ibu terkumpul dikirim ke Johor Bahru menggunakan pengangkutan trak barangan sejuk beku sebelum dihantar seterusnya ke destinasi di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Setiap penghantaran dikenakan bayaran antara RM30 hingga RM200, bergantung kepada jarak destinasi dari Johor Bahru.

Kejayaan usaha ini menarik perhatian seorang lagi ibu warga Malaysia yang bakal menghantar susu badan untuk anaknya di Sarawak.

Sumber: Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI