Bekerja & menyusu memang mencabar bagi seorang isteri, ia tidak dinafikan. Tapi bebanan ini boleh diringankan dengan bantuan dan sokongan daripada suami.

Demi memberikan si manja titisan susu ibu yang sarat khasiat, ramai ibu memilih untuk memberikan si kecil susu ibu secara eksklusif pada enam bulan pertama dan meneruskannya dengan makanan pelengkap sehingga usia anak dua tahun.

Menyedari kebaikan susu ibu, kebanyakan ibu sanggup untuk memerah susu di tempat kerja setiap tiga jam sekali dan masih meneruskan menyusu secara terus (direct feeding) selepas pulang dari pejabat. Kedengaran seperti mudah tetapi jenis pekerjaan dan jangka waktu bekerja yang mungkin berbeza merupakan cabarannnya.

Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

Seorang bapa, Rodzi Mohamed berkongsi pengalamannya membantu isterinya yang bekerja menguruskan penyusuan susu ibu. Katanya memang tidak mampu untuk menolong isteri dalam penyusuan susu ibu kerana ia istimewa untuk para ibu, tapi sokongan moral, motivasi dan bantuan menguruskan peralatan dan stok susu masih boleh dilakukan oleh para bapa.

Pengalaman isteri bekerja dan menyusu memang mencabar. Bayangkan isteri rehat di tempat kerja akan pam susu. Bawa balik berbotol-botol susu yang diperah. Sampai rumah petang, anak nak menyusu direct pulak. Memang penat.

Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

IKLAN

Alhamdulillah anak pertama 17 bulan menyusu badan. Anak kedua 12 bulan menyusu badan. Anak ketiga 30 bln menyusu badan. Ketiga-tiganya berjaya dapat penyusuan eksklusif enam bulan.

Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

Sebagai suami, apa yang boleh kita bantu untuk support isteri yang menyusu anak-anak kita?

Ini beberapa tips yang suami boleh buat untuk ringankan sikit kerja-kerja isteri.

#1 KEMASKAN BEG PENYUSUAN
Kemaskan beg menyusu isteri. Selain letak botol & pam.

IKLAN

#2 LETAK GAMBAR ANAK SUPAYA ISTERI GEMBIRA

Letaklah gambar anak supaya mood isteri menjadi gembira masa tengah pam susu dalam stor office tu.

Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

#3 CUCI PAM & STERIL BOTOL
Cuci bahagian pam yang kotor & botol-botol penyimpanan susu perahan. Masak air panas hingga mendidih, rendam botol dan keringkan. Leceh sikit tapi boleh jimat banyak.

IKLAN

#4 BANTU LABEL & SUSUN

Stok yang dibawa balik tu kita bantu labelkan. Letak tarikh dan susun dalam peti sejuk ikut tarikh supaya senang nanti nak bawa ke rumah pengasuh. Hehehe

Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

Cuba buat yang empat tip ini dulu, mesti isteri terkejut dan gembira.

Sumber: Rodzi Mohamed

[Artikel lain berkaitan: Kalau Nak Pastikan Susu ‘Lebat’ & Stok Cukup Lepas Cuti Bersalin, Ibu-Ibu Buat 8 Tip Ini]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI