Ads

Baca Buku Dengan Anak, Impaknya Lebih Hebat Jika Dilakukan Oleh Bapa

Musim cuti sekolah kebiasaannya menyaksikan para ibu yang sibuk merancang aktiviti untuk anak-anak mereka. Daripada merancang percutian keluarga, menghantar anak ke program cuti sekolah, sehinggalah memastikan masa anak diisi dengan aktiviti berfaedah.

Namun dalam mengisi masa anak-anak ketika ini, janganlah pula para bapa meletakkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada ibu atau isteri. Bapa juga mempunyai peranan yang besar dan signifikan untuk turut sama meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Baca Buku Dengan Anak, Impaknya Lebih Hebat Jika Dilakukan Oleh Bapa

Sebenarnya, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh bapa bersama anak. Salah satu aktiviti paling mudah, tidak memerlukan kos besar dan boleh dilakukan di rumah ialah mengajak anak membaca bersama. Walaupun aktiviti ini mungkin dianggap membosankan oleh sesetengah pihak, hakikatnya ia mempunyai impak yang sangat besar terhadap perkembangan personaliti dan emosi anak, lebih-lebih lagi apabila bapa membaca buku bersama anak.

Ayah sebagai pemangkin motivasi membaca

Menurut Dr Norazly Nordin, Pembantu Profesor dan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) Cawangan Sabah, kehadiran seorang ayah dalam aktiviti pembacaan memainkan peranan penting dalam membentuk minat membaca kanak-kanak.

Baca Buku Dengan Anak, Impaknya Lebih Hebat Jika Dilakukan Oleh Bapa
Dr Norazly Nordin, Pembantu Profesor dan Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT)

Dengan hanya berbekalkan sebuah buku cerita dan sedikit kemahiran bercerita, seorang ayah mampu mencipta momen istimewa yang mengikat kasih sayang serta menyemai nilai murni dalam diri anak. Kajian melaporkan bahawa aktiviti pembacaan bersama ayah berkait rapat dengan motivasi membaca dan sikap positif kanak-kanak terhadap buku.

Ads

Kanak-kanak yang mengalami interaksi membaca bersama ayah menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap aktiviti literasi serta lebih yakin untuk terlibat dalam perbincangan berkaitan cerita. Ini kerana bapa membaca buku dengan anak sering mengaitkan jalan cerita dengan pengalaman sebenar atau situasi kehidupan, menjadikan sesi membaca lebih bermakna dan mudah difahami.

Meningkatkan perkembangan bahasa dan kognitif anak

Walaupun kekerapan ayah membaca bersama anak mungkin lebih rendah berbanding ibu, namun kajian menunjukkan penglibatan ayah tetap memberikan kesan positif yang signifikan terhadap perkembangan bahasa dan kognitif anak.

Baca Buku Dengan Anak, Impaknya Lebih Hebat Jika Dilakukan Oleh Bapa

Aktiviti membaca bersama ayah membantu meningkatkan kosa kata, kefahaman cerita serta keupayaan berfikir secara kritis. Interaksi ini selalunya melibatkan soalan terbuka, perbincangan dan perkongsian pengalaman hidup, yang secara tidak langsung merangsang pemikiran anak dengan lebih mendalam.

Ads

Keunikan pendekatan bapa membaca buku dengan anak ini menjadikan sesi pembacaan bukan sekadar membaca teks, tetapi sebagai ruang komunikasi dua hala yang merangsang perkembangan intelektual kanak-kanak.

Membantu perkembangan emosi anak

Apabila ayah meluangkan masa membacakan cerita kepada anak, ia memberi kesan yang sangat positif terhadap perkembangan emosi mereka. Anak akan berasa disayangi, dihargai dan selamat kerana perhatian ayah diberikan sepenuhnya tanpa gangguan.

Melalui cerita, anak belajar mengenali emosi seperti gembira, sedih, marah dan takut, serta memahami cara mengawal perasaan tersebut. Hubungan emosi yang terjalin semasa membaca bersama ayah juga membantu anak membina keyakinan diri, kepercayaan dan kemahiran membina hubungan yang sihat dengan orang lain.

Ads

Oleh itu, bapa membaca buku dengan anak bukan sahaja menyokong pembelajaran awal, malah memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan dan kesejahteraan emosi kanak-kanak.

Amalan kecil yang memberi kesan besar

Pembacaan buku cerita oleh ayah merupakan satu strategi berimpak tinggi dalam menyokong perkembangan literasi dan emosi kanak-kanak, serta wajar dijadikan amalan dalam pendidikan awal dan literasi keluarga.

Di rumah, sebagai ayah, langkah mudah boleh dimulakan dengan meluangkan beberapa minit setiap hari untuk membaca buku cerita bersama anak sebelum tidur. Pilihlah buku bergambar yang dekat dengan kehidupan anak dan berbual tentang cerita tersebut tanpa tekanan untuk “mengajar”.

Dengan suasana yang santai dan penuh perhatian, rutin membaca ini mampu membina ikatan emosi yang kuat, meningkatkan keyakinan diri anak, serta memupuk minat membaca sejak usia awal. Inilah antara hadiah paling berharga yang boleh diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya.

BACA LAGI : Ibu Yang Suka Membaca Buku Masa Hamil, Bagus Untuk Otak Bayi. Lahirkan Anak Yang Bijak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Parenting A+ Forum Pa&Ma 2026, Jadi Ruang Berkongsi Ilmu & Harapan...

Nak jadi ibu bapa bukan mudah, tidak hanya membesarkan anak tetapi membimbing jiwa yang mencorak masa depan.