Tular seorang lelaki memperlekehkan emosi suri rumah yang kepenatan akibat menjaga bayi. Kisah tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah doktor selebriti, Dr Say.

Menurut perkongsian Dr Say di laman instagram, dia sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana dia tahu betapa penatnya menjaga anak-anak dan emosi seorang ibu tidak sepatutnya dinafikan.

“Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang” Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak, Bukan Mudah!

“Saya tak tengok video suri rumah breakdown tu tapi yang menarik perhatian saya is betapa lancangnya bahasa mamat yang komen terhadap video tu. Assumption saya samaada dia tak kawin lagi ATAU dah kawin dan dia ada masalah rumahtangga ATAU dia seorang bapa yang mengabaikan anak-anak ATAU HE IS SIMPLY B*BAL. Again saya bukan nak jadi feminist di sini tapi i was there berpantang 2 bulan untuk kedua-dua anak saya & each time it was a different experience.”

“Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang” Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak, Bukan Mudah!

IKLAN

“Anak pertama toksah cakap memang saya koyak rabak siap saya buat status “Officially Koyak” sebab babies ni 2-3 jam sekali bangun nak susu jadi kita yang biasa tidur malam 8 jam straight semestinya affected a lot by this. Belum campur babies tu colic/ babies tu demam. Bila ada anak kedua memang tak dinafikan senang menjaganya sebab dah berpengalaman. Tapi time kita berjaya tidurkan anak kedua, datang lah anak pertama melompat menjerit sebelah telinga anak kedua maka terbangunlah dia & sia-sia usaha kita menidurkan anak kedua sebelum tu.”

“Terus terang cerita sebelum saya ada anak pun saya ingat bestnya jadi suri rumah takyah serabut kepala fikir kerja. Duduk rumah jaga anak lagi senang tapi setelah 2 bulan menemani bini berpantang baik anak pertama mahupun anak kedua kepala saya dok fikir “kenapa lah aku tak kerja ofis 8am-5pm even better kalau aku kerja outstation sure lagi best” sebab my body & mind were constantly exhausted. Itupun saya tak jaga anak tu 24jam apetah lagi housewives yang jaga anak 24 jam & apetah lagi kalau anaknya lebih dari seorang & apetah lagi kalau anaknya require special needs.”

“Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang” Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak, Bukan Mudah!

IKLAN

“Dengar kata mamat tu dah minta maaf tapi again Din, kenapa la ko tak fikir dulu sebelum ko menulis Din? Followers aku ramai mommies Din & kalau ko baca dm diorang, ko patut bersyukur sekarang kena pakai mask kalau tak sorang-sorang nak cari ko tuk cili mulut, duku & starlight ko Din. Jangan main-main dengan emosi housewives. Singa pun takut ngan diorang Din.”

Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Dr Say malah ada kaum bapa yang turut berkongsi pengalaman.

IKLAN

4fiq.azman
Sebagai seorang suami saya amat memahami emosi wife yaga jaga anak ni. Mereka bukan je penat badan bahkan penat emosi. 

mamadil_bysiti
Betul tu.. sy fulltime housewife, mom of two little kids, part time online seller.. NOT EASY i tell ya. 😂 yang merasa je tahu macam mana.

Kredit: Dr Say 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI