“Mak, botol air adik hilang.” “Pensel tak jumpa!” Kalau ini situasi yang ibu dengar hampir setiap minggu, anda tidak sendiri. Ramai ibu bapa mengalami masalah sama: barang anak asyik hilang di sekolah. Sikit-sikit lesap, dari pensel sampai kasut sukan!
Sebenarnya, ini bukan sekadar isu lupa atau cuai. Ia adalah peluang untuk ajar anak tentang tanggungjawab dan pengurusan diri. Jom tengok 7 cara mudah dan praktikal yang ibu bapa boleh cuba:
Label Semua Barang
Gunakan label nama yang tahan lama dan waterproof. Letak nama anak pada semua barang—botol, bekas makanan, alat tulis, kasut dan juga baju sukan. Ini langkah paling asas tapi paling penting!
Fakta menarik: Kajian oleh Mumsnet menunjukkan 60% ibu bapa melaporkan kehilangan lebih daripada 5 barang anak dalam satu penggal persekolahan.
Ads
Kurangkan Barang Bawa ke Sekolah
Bantu anak susun beg ikut keperluan jadual harian. Semakin banyak barang dibawa, semakin besar risiko tertinggal atau hilang.
Ajar Sistem “Checklist” Harian
Ajar anak buat semakan barang sebelum dan selepas kelas. Mula dengan bantuan ibu bapa, lama-lama anak boleh buat sendiri.
Ads
Tip: Boleh buat senarai checklist bergambar untuk anak pra-sekolah. Lebih mudah mereka ingat dan ikut!
Jadikan Sebahagian Dari Rutin Harian
Contoh: “Sebelum balik, semak semula laci meja dan beg.” Bila konsisten, ia akan jadi tabiat. Ibu bapa boleh mulakan dengan menetapkan masa khusus setiap petang untuk menyemak beg bersama anak. Tanyakan soalan seperti, “Apa yang adik bawa hari ni? Semua masih ada ke?” Aktiviti ini bukan sahaja bantu anak lebih peka terhadap barang mereka, malah menjadi masa bonding yang berkualiti antara ibu bapa dan anak. Lama-kelamaan, anak akan terbiasa membuat semakan secara automatik sebelum pulang atau selepas tiba di rumah.
Gunakan Warna atau Corak Unik
Pilih barang dengan warna atau corak yang mudah anak cam. Contoh: botol warna neon, bekas makanan ada gambar kartun kegemaran. Warna dan corak yang mencolok membantu anak kenal pasti barang sendiri dengan lebih cepat di kalangan barang rakan-rakan yang lain. Elakkan warna atau rekaan yang terlalu biasa atau popular, kerana ia boleh mengelirukan anak. Ibu bapa juga boleh libatkan anak dalam proses pemilihan—bila anak sendiri pilih barang kesukaan, mereka akan lebih sayang dan cenderung untuk menjaganya dengan baik.
Ads
Bercerita & Role Play
Gunakan cerita atau lakonan untuk tunjukkan akibat barang hilang dan kenapa penting jaga barang sendiri. Ini cara menyeronokkan untuk anak faham konsep tanggungjawab.
Puji dan Beri Ganjaran
Setiap kali anak bawa balik semua barang tanpa tertinggal, beri pujian atau bintang pencapaian. Positif reinforcement berkesan!
Idea menarik: Buat “Carta Penjaga Barang Terbaik Mingguan” dan tampal di peti ais. Anak pasti rasa bangga bila lihat nama mereka di atas!
Ingat, bukan semua anak lahir terus tahu jaga barang sendiri. Tapi dengan bimbingan, mereka boleh belajar. Yang penting ibu bapa sabar, konsisten dan kreatif dalam pendekatan. Bila anak mula hargai barang sendiri, itu tanda mereka sedang membesar dengan baik!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah berkaitan alahan dan alergi. Selalu selsema, gatal-gatal kulit, mata, telinga, hidung dan bermacam-macam lagi. Untuk yang ada anak-anak, dah tentu masalah ini menjadi suatu perkara yang amat berat untuk kita terima.
Puas dah kita cari rawatan, mana-mana tempat kita dah pergi untuk berubat, namun masalah anak kita masih tidak selesai. Apa masalahnya ini?
Masalah alahan ini berlaku akibat tindak balas sistem imun tubuh kita kepada beberapa faktor allergen. Akibatnya tubuh kita akan mengalami gejala alahan seperti saya sebut tadi.
Beberapa punca biasa menyebabkan simptom ini berlaku perlu dikenalpasti oleh pesakit sendiri dan juga ibu bapa. Kita sebut sebagai ‘allergen’. Ini amat penting bagi memastikan gejala sama tidak berulang lagi.
Walaubagaimanapun, selain daripada gejala yang biasa ditemui, salah satu keadaan berbahaya boleh berlaku kepada pesakit. Jika ini berlaku, maka langkah perlu dan segera perlu dilakukan. Bawa ke hospital!
Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, berlaku sebaik sahaja pendedahan kepada faktor alergen berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan seluruh sistem badan pesakit!
Histamines dan bahan kimia lain dikeluarkan dari pelbagai tisu di seluruh badan, menyebabkan gejala berbahaya seperti:
Menyempitkan saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran bernafas
Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba
Pembengkakan pada kawasan muka, leher atau lidah
Mengalami muntah atau cirit-birit
Gejala sakit dada dan palpitasi pada jantung.
Percakapan pada pesakit yang tidak jelas.
Untuk keadaan yang lebih teruk, pesakit boleh hilang kesedaran!
Beberapa risiko meningkatkan kebarangkalian serangan ini berlaku.
Pernah alami gejala alahan teruk sebelum ini.
Sejarah keluarga yang turut alami perkara sama.
Pesakit merupakan pesakit alahan dan asma yang tidak terkawal.
Jika anda atau anak-anak anda mengalami gejala alahan yang luar biasa, jangan biarkan di rumah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Biasanya ini akan berlaku bila anda ada anak lebih dari dua orang. Ada setengahnya ia tidak sengaja terjadi. Tanpa sedar anak sulung atau anak bongsu dapat banyak kelebihan. Sedangkan anak kedua atau mungkin anak tengah kurang di beri perhatian. Biarpun mungkin anak tersebut tidak berkata apa tetapi sebenarnya ada kesan buruk tanpa kita sedari. Ibu bapa perlu ambil perhatian ya!
Kurang rasa memiliki
Anak akan hilang rasa “memiliki” (sense of belonging) kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang dan melakukan lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, dia juga merasakan diapit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
2. Rendah diri
Merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
3. Suka menyendiri
Mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan bersandar pada diri sendiri untuk sokongan tanpa pertolongan orang lain khususnya ibu bapa.
4. Kecelaruan
Kanak-kanak ini juga akan jadi tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka.
5. Kurang kepercayaan
Selalunya anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami masalah ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan di abaikan dan tidak di sayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan gajet sangat meluas dalam kalangan masyarakat kita. Bukan saja yang dewasa bahkan kanak-kanak pun menggunakan gajet. Kadang-kadang gajet dijadikan ‘umpan’ untuk mengelakkan anak daripada buat perangai. Bila dah terlalu fokus dengan gajet, anak duduk diam dan lebih mudah dikawal.
Sumber foto: www.freepik.com
Banyak penjelasan daripada pakar yang memberitahu akan keburukan penggunaan gajet. Kebanyakan ibu ayah sudah cakna akan hal ini tetapi sukar untuk mengelak daripada anak-anak menggunakan gajet.
Menurut perkongsian dari Dr. Redza Zainol, apabila anak didedahkan dengan gajet akan membuatkan mereka tidur lewat. Sudah tentulah keadaan ini tidak bagus kerana ia boleh mengganggu tahap kesihatan anak.
Sumber foto: www.freepik.com
Ikuti perkongsian ini;
“Anak tidur lewat, pukul 1 pagi masih duk berjalan ke ruang tamu..”
“Rupanya lepas ditanya, anak suka guna handphone sampai lewat malam..”
“Gajet hasilkan cahaya khas, Blue Light yang buat otak fikir hari masih siang..”
“Paras hormom melatonin jadi tinggi dalam keadaan gelap dan suram..”
“Tidur malam yang terganggu berterusan hingga ke siang..”
“Anak jadi kurang peka, tak dapat fokus dan boleh sampai hiperaktif..”
Patutlah bila anak main handphone mereka menjadi leka dan jadi susah nak tidur. Anak jadi kurang rehat dan boleh menyebabkan dia jatuh sakit pula nanti. Dengan penjelasan ringkas tetapi mudah difahami dari Dr. Redza ini diharapkan dapat memberi sedikit input kepada ibu ayah untuk tidak mendedahkan anak-anak kepada gajet secara kerap.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.