Baru 15 Hari Pantang, Isteri Reza Hasbi Positif Denggi. Terharu Tengok Isteri Melawan Sakit

Share

Dalam tempoh 15 hari berpantang anak kedua, isteri disahkan positif denggi hingga hampir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Hati suami mana tak sedih waktu itu melihat isteri yang dah lemah melahirkan anak diuji dengan ujian kali kedua masuk ke hospital sedangkan pada tempoh itu bayi masih memerlukan susu ibunya.

Perkongsian di instagram Reza Hasbi yang juga seorang pelakon menunjukkan kuatnya seorang isteri walaupun sedang bertarung sakit.

2019 ALLAH beri kami ujian yang bertimpa-timpa. Ujian itu sebab ALLAH sayangkan kita. Sakit itu sebab ALLAH nak hapus dosa. Tak beriman seseorang itu selagi tidak diuji. ALLAH nak angkat darjat kita itu la kata-kata aku tiap kali aku temankan isteri aku.

Fikir anak sayang kuatkan semangat awak @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saya kena tahan wad disebabkan positif DENGGI dan hampir dimasukan ke ICU. Saya minta maaf sebab baru nak share benda ni.

Selama empat hari isteri terlantar di hospital hanya Allah yang tahu perasaan ini. Dalam tempoh itu juga  saya rasa susah hati dan tak boleh buat apa-apa memikirkan keadaan isteri.

Alhamdulillah kini isteri dah pun kembali sihat dan mula boleh menyusu anak dengan baik.

Sebelum ini isteri Reza selamat melahirkan anak keduanya pada 3 Mac lalu yang diberi nama Muhammad Rafie Dayyan.

Sumber: FB & IG Reza Hasbi

IKLAN