Baru dua hari hantar anak ke pengasuh, beri pengalaman yang sukar dilupakan buat ibu ini apabila anaknya Afeeya Aura, 6 bulan dipukul hingga memberi kecederaan di bahagian muka dan trauma buat si kecil ini.
Menurut Norfazilah Zilah yang berkongsi pengalamannya dengan Pa&Ma, dia tidak menyangka sikap pengasuh itu yang berperwatakan seperti seorang ibu dan sayangkan anak-anak sebenarnya silap.
“Memandangkan sebelum ini saya yang menjaga Afeeya, tapi setelah dapat tawaran kerja, saya mengambil keputusan untuk hantarnya ke pengasuh. Setelah mencari di kawasan rumah, saya berjumpa dengan pengasuh ini.
“Itupun selepas saya tengok iklan di papan notis di kawasan rumah dan terus menghubunginya. Niat saya cari pengasuh yang dekat dengan rumah kerana senang kalau ada apa-apa hal berlaku pada anak.
“Lagipun pengasuh ada juga menjaga dua lagi anak asuhan yang berusia 4 bulan dan 2 tahun. Jadi saya fikirkan tiada masalah untuk pengasuh menjaga anak kerana pengalamannya mengasuh anak orang lain,” katanya.
Hari pertama hantar Afeeya ke rumah pengasuh tiada pun rasa bimbang. Cuma menjadi persoalan ketika saya mengambilnya selepas pulang kerja, ternampak hidung Afeeya luka. Apabila bertanyakan pada pengasuh dia beri jawapan Afeeya tercakar kukunya sendiri.
“Waktu itu saya belum fikir negatif lagi dan balik rumah potong kuku Afeeya. Keesokan harinya saya pergi hantar macam biasa dan apabila pulang kerja ada lagi kesan merah bebirat di bahagian pipi anak.
Ads
“Disebabkan tak mahu fikir bukan-bukan saya tanya sekali lagi dan jawapannya Afeeya tidur dalam buaian dan mukanya tergeser-geser di kain buaian tersebut.
“Cuma peliknya, sejak saya sampai dirumah pengasuh petang itu, bila Afeeya nampak muka saya terus dia nangis tersedu-sedu sampai hilang suaranya. Seolah-olah dia nak beritahu sesuatu pada saya.
“Bila saya teliti betul-betul di pipi Afeeya jelas nampak kesan jari. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya waktu tu. Cukup bersalah rasanya saya hantar Afeeya ke pengasuh tersebut hingga dia pun trauma dan takut,” jelasnya.
Selepas buat laporan polis, pengasuh tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sekarang Afeeya dalam proses untuk pulihkan kembali emosinya dan syukurlah tiada apa-apa lagi kecederaan teruk.
Doktor turut memberitahu setiap bulan Afeeya kena buat pemeriksaan susulan dengan pakar kanak-kanak untuk tengok semula bahagian dalamannya takut ada apa-apa kesan sampingan.
Ads
Nasihat saya buat semua ibu bapa, hati-hatilah pilih pengasuh. Bukan kita tak mahu percaya sepenuhnya tetapi bila nampak ada kelainan baiklah bertanya.
Mungkin bayi bawah setahun walaupun tak boleh nak beritahu yang dia takut atau sakit, melalui cara yang ditunjukkan itu pun ibu bapa boleh nampak.
Semoga semua anak-anak kita dilindungi dan ibu bapa yang keluar bekerja pun boleh rasa tenang kerana dapat pengasuh yang boleh menjaga seperti anak sendiri.
Membesarkan anak-anak pada zaman kini bukan mudah lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa bekerja dan sangat sibuk. Namun ianya bukan alasan untuk ibu bapa mengabaikan cawan emosi anak-anak. Hanya dengan meluangkan masa, anda sebagai ibu bapa boleh menjadi superhero di hati anak-anak.
Bagi ibu bapa yang sibuk, pulang dari kerja hanya ada 1 jam sahaja bersama anak. Jadi luangkan sebaiknya bersama mereka. Abaikan fon, tutup tv dan lakukan aktiviti selama yang mungkin supaya cawan emosi mereka penuh.
“Anak-anak kita pada 3 tahun akan datang ditentukan oleh bagaimana kita melaburkan MASA, TENAGA & EMOSI untuk anak-anak pada hari ini.”
Sebelum mula kerja, penuhi dahulu cawan emosi anak agar mereka tidak meragam dan mengamuk. Mereka hanya perlukan perhatian kita sebentar sahaja untuk penuhi tangki emosi.
Apa yang anak akan dapat jika kita penuhi cawan emosi mereka? Semestinya hormon Oxytocin! Hormon kasih sayang yang anak tak dapat melalui barang permainan yang ada.
Seterusnya, dalam membesarkan anak-anak perkara utama yang perlu dijaga oleh ibu ayah sepenat mana pun, nak marah macam mana pun adalah menjaga perkataan. Kenapa?
Kesilapan Kita Dalam Berkata-kata
Marah macam mana sekalipun, elakkan melabel anak. Sebagai contoh anak nakal, elakkan sebaiknya tegur kesalahan mereka.
– Melabel ketika marah Solusi: Hanya sebut perbuatan/ kesilapan anak
– “Anak saya memang macam ni” Solusi: Umpat yang baik-baik
– Hanya marah bila anak buat salah Solusi: Sebut dan puji kebaikan mereka
– Menyebut perangai buruk anak sebagai menyusahkan dan bala Solusi: Katakan ia sangat kualiti
Kenapa?
Kerana kata-kata membentuk pemikiran. Pemikiran akan kemudian membentuk tindakan. Tindakan akan menjadi habit dan kemudian membentuk character. Character akan menjadi masa depan anak-anak. Kalau kita sentiasa lemparkan kata-kata positif pada anak, masa depan anak akan menjadi positif. Anak-anak akan membesar dengan character yang membina.
Kata-kata ibu tak ada hijab. Kata yang baik-baik.
Tukar:
Boleh jadi, perangai anak yang dirungsingkan itu rupanya kualiti untuk mereka men jadi manusia berjaya.
Kita yang dewasa ini tergopoh dan tak logik expect anak bersikap macam orang dewasa.
It’s ok jika kita masih struggle dengan emosi untuk mendidik anak, bukan bermakna kita ibu bapa yang tak baik. Ada suatu masa nanti kita akan berjaya mengawal emosi dengan baik.
Untuk perkongsian penuh daripada Puan Wawa Shauqi boleh klik video di bawah. Semoga bermanfaat!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rindu tangisan bayi setelah anak sulung membesar memang sering dirasai para ibu. Justeru, Scha Alyahya sedang berusaha untuk hamil lagi.
Aktres jelita Scha Alyahya berhasrat mahu menimang cahaya mata memandangkan anaknya, Lara Alana kini hampir mencecah usia lima tahun.
Menurut Scha, jika berpeluang dan dikurniakan rezeki, dia mahu memiliki tiga orang cahaya mata.
“Sebenarnya, saya dan Awal (suami) sedang merancang untuk menimang cahaya mata lagi.
“Kalau boleh saya mahu memiliki tiga orang anak, kami sedang usahakan tapi masih belum ada rezeki buat masa ini.
“Insya-Allah, saya juga akan membuat pemeriksaan kesihatan berkaitan kesuburan untuk memudahkan saya untuk hamil lagi selepas ini,” katanya kepada Gempak.
Scha berkata demikian ketika ditemui di majlis Sinar Lebaran Jakel bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Di majlis tersebut, Scha dan Awal turut terlibat dalam sesi penyampaian sumbangan Ramadan kepada orang kurang upaya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur.
Setiap kehamilan berbeza dan ibu boleh terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes (kencing manis semasa hamil) dan tekanan darah tinggi. Bagi mama papa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kedua-dua penyakit ini, jangan lupa saksikan Pa&Ma jam 12 tengah hari 30 Mac 2019 bersama pasangan pengacara Fad & Sya. Banyak perkongsian daripada pakar & ibu bapa yang boleh dijadikan panduan. Hanya di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dilalui oleh adik Sofea apabila disahkan mempunyai kanser saraf hingga menyebabkan kedua-dua matanya rosak.
Perkongsian ini dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ yang terut memohon jika ada pakar yang boleh membantu merawat penyakit adik Sofea ini.
Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata.😢 Ziarah Anakanda Tuan Nur Afina Sofea yang telah buta kedua mata kerana kanser saraf.
L
Mama sofea cerita bahawa akhir-akhir ni Sofea kerap bagitahu nak jumpa ustazah, yang dimaksudkannya ialah saya..😢 Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi semua berkata, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi. 😣
Sebaik tiba di Besut, en.Suami ajak ziarah anak jiran sebelah rumah mertua, saya tak tahu siapa. Sebaik melihat anakanda sofia, lidah terus jadi kelu dan air mata tidak dapat dibendung.
Lalu si Ibu mula bercerita, ia bermula pada hujung tahun 2020, ketika itu umur sofia 6 tahun, dan kini umurnya sudah 9 tahun. Sudah 3 tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk tahap dan kanser jenis ini.
Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telahpun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih bila terkena udara.
Saya tarik nafas dalam dan mula berbicara, “sofia..insyaAllah sofia akan sembuh dan boleh melihat semula, kita semua mendoakan buat sofia, insyaAllah jika Allah ingin berikan kesembuhan Allah Maha Berkuasa..” Sofia angguk-angguk sambil menyebut InsyaAllah.
Saya sambung lagi, ”Sofia bakal Ahli Syurga, Sofia tak ada dosa, Sofia masih kecil baru 9 tahun, Sofia telah diuji sakit begini, setiap hari Allah bersihkan sofia, sofia insyaAllah dijamin Syurga, bahkan ketika di Alam Barzakh lagi dah dapat nikmat Taman Syurga..” Sofia mencelah dan berkata,
“Ustazah, Sofia ada dosa.. sofia dosa dengan Mama, sebab bila sofia tak nampak ni kadang-kadang sofia ada marah Mama bila lambat.. Sofia boleh ke masuk Syurga ?, kalau
Mama maafkan Sofia.. Sofia bolehlah kan masuk Syurga” Allahu Akbar… saat ni semua yang ada di ruangan ini menangis.. saya dah hilang suara menahan esakan.
Mulianya hati mu duhai anak. Terlalu mulia. Saya cuba menyusun kata, “Sofia, antara kita semua disini, sofia paling baik, paling mulia, sofia yang Allah pilih untuk ujian yang sangat berat ini, sebab Allah tahu Sofia kuat”
“Mama sofia dan kita semua faham bila sofia marah-marah sikit, sebab sofia sedang menahan sakit, sofia tak boleh berjalan dan tak boleh melihat.. jadi sofia terpaksa bergantung pada semua orang. Sofia rasa gelap dan takut..”
“Semua orang faham dan kami semua menumpang sofia sekarang ni, mama, ustazah dan kami semua harap dapat masuk Syurga sama Sofia.. Sofia nanti cari dan tarik kami sama-sama masuk Syurga ya…😭”
Mama Sofia pun mencelah teresak, “Mama selalu maafkan Sofia, sofia tak ada salah apa pun..”
Sofia angguk-angguk dan cuba untuk senyum, tapi memang Sofia tidak dapat untuk senyum lagi, kerana kedua pipi sudah menengang, sofia asyik mengulang.. InsyaAllah Ustazah..🌷
Mama Sofia sambung bercerita, “ustazah, ketika di ward ada 6 kanak-kanak yang sama dengan sofia, semua dah pergi kecuali dua orang termasuk sofia, dan Dr. sebenarnya jangkakan sofia hanya ada masa dua bulan selepas chemo terakhir, tapi sekarang dah lebih setahun, sofia ni sangat kuat dan matang, bahkan lebih matang daripada kakaknya..” Ada jiran yang menambah, “ustazah, sofia ni kanak-kanak yang cergas, bijak dan ramah”.
Bapa mertua saya pun bercerita, jika bertemu sahaja di tengah jalan atau nampak dari jauh, sofia akan memanggil-manggil “Pak Long…Pak Long”, walau masih kecil tapi berani menegur orang tua. Ketika kami berbual, anak saya fatimah pegang-pegang jari Sofia, lalu sofia bertanya,
“Mama, Sofia sedang main dengan siapa ni ?” Sofia anak bongsu, jadi bila ada jari kecil fatimah sedang main-main dengannya dia tertanya-tanya. Saya terus jelaskan, “Fatimah ni sofia, anak ustazah paling kecik, umurnya 4 tahun”
Saya minta fatimah peluk dan salam sofia, dan ketika itu Sofia berkata pada Mamanya, “Mama tolong bagi pada adik biskut tu Mama”. Lalu Mamanya buka satu bekas yang didalamnya berisi pelbagai jenis biskut dalam pack.
Ya Allah, sungguh matang dan pandai menyantuni semua, cerdik ! Saya sungguh jatuh hati jatuh sayang pada ampunya badan Anakanda Tuan Nur Afrina Sofia. Saya mohon sahabat semua, doakan anak ini 🙏😢
Saya juga mohon jika ada Dr. yang membaca nukilan ini, atau kenalan lalu sampaikan. Adakah benar barah peringkat adik Sofia ni dah tak ada peluang sembuh ?, maksudnya memang hanya menghitung hari ?.
Pada awal tahun 2020, rupanya sofia yang berdiri sebelah dan saya siap memeluknya, dalam gambar tu saya duduk atas satu kerusi, sebab tu semua anak-anak jadi nampak sama tinggi.
Ustazah masih ingat, waktu ni sofia umur 6 tahun, sofia lah yang berani menegur ustazah, ustazah Asma’, ustazah dalam telefon.. sebab tu ustazah keluar daripada kereta, ajak semua bergambar dan berikan RM 5 sorang. Rupanya Sofia selalu ingat momen tu, dan sebut-sebut, ustazah baik, ustazah bagi 5 ringgit, begitulah cerita Mama Sofia tadi. Kecil bagi kita, rupanya besar maknanya buat anak kecil. 😢, lagi bila anak orang susah.
Sedikit maklumat tentang penyakit Safiya ;
Neuroblastoma merupakan salah satu ketumbuhan kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal (tahap I-II). Pesakit tidak menunjukkan simpton-simpton awal walaupun kanser tersebut telah tumbuh dan membiak pada sesuatu bahagian badan.
Semoga kita terus boleh bersyukur dengan segala Nikmat dan UjianNya. Kita semua diuji, namun bila melihat Ujian Anakanda Sofia ni..terus rasa malu dengan Allah.. betapa diri ini tidak bersyukur. 😔