Menjadi ibu Datin Sri Zizie Ezette galas tugas lebih besar. Bukan seperti pendapat kebanyakan orang hanya melahirkan dan membiarkan anak dijaga pembantu semata-mata.
Anak adalah anugerah yang terindah bagi seorang ibu. Datin Sri Zizie Ezette amat menghargai momen menjadi ibu.
Dengan 5 orang pembantu bagi menjaga 5 cahaya mata, aktres ini dapat menjalankan tugas sebagai ibu dengan lebih efisien. Ibu kepada Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 2, pasangan kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete, 1 tahun 8 bulan dan Aalisa Belle Izette, 4 bulan.
Menerusi kemaskini Instagram, Zizie mencoretkan perasaannya tentang tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa anak-anak lebih rapat dengan pengasuh/ pembantu.
“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walau pun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuhlah ibu mereka.
Ads
“Silap sama sekali andaian mereka itu kepada saya.
“Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.
“Tetapi saya juga mengambil tahu tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak-anak. Saya sentiasa ada bersama anak-anak dan berikan sepenuh perhatian dan memupuk kasih sayang secukupnya kepada mereka semua.
“Saya nak mendidik dan lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya seorang ibu. Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat.
Ads
“Adohai, jauh sama sekali pandangan orang tu.
Para follower mengakui tidak puas melihat layanan Zizie kepada anak-anak. Lembut dan sentiasa ada dengan si kecil. Malah anak-anaknya juga memperlihatkan bonding yang kuat dengan ibu mereka.
BEST MOMMY IN THE WORLD
Ads
KASIH SAYANG TERCURAH DAPAT DILIHAT PADA WAJAH CERIA ANAK-ANAK
Tidak dinafikan penangan anak, gaya hidup ibu ayah pun berubah. Sama seperti apa yang berlaku kepada Shakilla Khoriri mula merasai manisnya menjadi ibu!
Semenjak kelahiran anak Ameena Sofia 14 Mac lalu, aktres ini belajar menjadi seorang ibu. Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini akui perubahan dalam kehidupannya. Sama seperti ibu bapa baru lain, kini baby room & beg bayi jadi dua perkara wajib setiap kali keluar bersama Ameena.
BABY ROOM TEMPAT WAJIB DILAWAT
Kadang tak sangka pulak aku sekarang pi mall salah satu tempat wajib aku lawat Baby room.
Boleh jadi emo kalau ada mall yang sediakan baby room tapi macam padang terkukur. ASAL ADA. Eh sakit pulak hati keibuan aku. Mommys yang lain setuju tak dengan i?
BARANG ANAK TERTINGGAL BOLEH BUAT UMMI JADI BERPELUH!
Dulu masa takde baby kalau tertinggal barang, takpa. Boleh je beli kat mall. Tapi ni rasa berpeluh kalau salah satu barang baby tertinggal. Rasa nak terberak keras.
KENA ADA BABY BAG, MEMUDAHKAN KALAU BERDUA DENGAN AMEENA JE
Cukup 2 bulan aku belajar erti IBU yang sentiasa nak keluar sampai berjangkit dekat Ameena. So aku kena siap sedia keperluan Ameena dalam satu beg khas. Letak dalam tu dan tak payah nak keluar2 kan dah. Supaya muka kau tak biru kalau tiba saat bahaya bila kau kat luar dengan baby dan kau SORANG!
HANDBAG DAH JATUH TEMPAT NO.2 PENTING
Handbeg ? Sekarang handbeg aku jadi perkara kedua penting.Kadang keluar bawa card holder je.Yang ada lesen, IC dengan ATM debit card.Cash pun takde. ?
Nasib baiklah beg baby ni stylo jugak.Yang penting selesa pulak bila aku bawa walaupun agak berat kalau tak mau jatuh bahu aku.
Para peminat turut memberikan komen yang menyokong Shakilla bahawa baby room amat penting bagi pasangan yang mempunyai bayi. Malah ada peminat yang mengakui perkongsian dari Shakilla memberikan info yang berguna.
@nurrulnazihah Tahu xpe. Mesti nak pergi baby room dulu tengok selesa ke tak. Stress bila kat mall tu baby room dia macam apa je. Hehehe
@fina_faez I suka bca @shakillakhoriri pnya pengalaman & cerita2 berkaitan baby ameena..trasa sama sgt..anak kta umur lbih kurg la..dan I pn baru merasai pglman mjdi seorang ibu..hope kta dpt mnddik ank kta mjdi seorg insan yg berguna.
@norzaihasra17 Ade masanya nak ngarang ye killa.. Btw akak suka baca karangan awk ni wlpun panjang?? comel jer awk galas bagpack & sorong stroller. Luv u @shakillakhoriri. missing to see u on tv
@azlina_dekna klu dh jd ibu mmg xde hnbg dh..yg ade beg galas tu smpilh anak umur 3thn brulh merasa pki hnbg blk
@jujuilmar @shakillakhoriri , saya pun bersalin czer mcm awak juga.. our baby same month.. ? sometimes saya terlalu fikir how to jaga anak, buat kerje rumah, keluar jalan2 dengan keadaan saya czer.. mcm2 negative thinking ade.. tp saya jadi kuat bila tengok awak.. hari2 saya tengok ig awak, cara awak manage ameena, saya jd kuat & im so proud of u.. awak sgt pandai jaga ameena & ure happy go lucky.. even dah 2 bulan lebih parut czer ni, saya tetap rase seriau and terbatas nak buat kerje rumah.. sebab benda ni saya jadi tak happy tp ni yg Allah tetapkan utk saya, jd saya terima.. hope kite akan jadi kuat utk ank2 kite..oh yea, my baby name adeeba.. I hope 1 day kite boleh terjumpa.. take care @shakillakhoriri .. kiss kan ameena yg comel tu utk saya okay..
Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.
Tidak mengapa. Berikut disenaraikan 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
kesan kepada anak
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga. Anak-anak hanya mahukan ibu ayah yang gembira, bukan sempurna. Kerana keluarga yang sempurna itu tidak wujud.
Pasangan selebriti yang satu ini, Johan dan Ozlynn Wati sememangnya diketahui umum cukup menjaga perihal keagamaan anak-anak mereka. Kesemua anak-anak pasangan ini sejak dulu lagi diajar untuk mengenal Allah malah solat berjemaah seakan menjadi kewajipan di rumah mereka tanpa gagal.
Johan, 38, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan, dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
Semuanya demi memastikan anak-anaknya dibekalkan dengan ilmu agama sebaiknya dan melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dalam mengenal Allah.
“Secara asasnya adalah kenal Tuhan dulu (Tauhid). Itu yang saya terapkan dalam keluarga saya.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka.
“Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar. Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut.
“Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya berkongsi.
Tidak hanya Johan, bahkan isteri tersayangnya, Ozlynn turut menjadi penyokong kuat untuk memandu arah keenam-enam anaknya.
Menurut kata Johan yang cukup dikenali dengan lawak spontannya, mengapa dia begitu menekankan ilmu Tauhid ini dek kerana ia adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam malah memandu anak kecilnya untuk berdepan hari mendatang.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu. Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.