Pelakon Izreen Azminda yang kini sedang hamil anak ketiganya berkongsi kisah kenaikan berat badannya yang terlampau pada kandungan ketiganya kali ini.
Kata Izreen, dia mengakui agak musykil dengan perubahan beratnya itu.
Malah menerusi Instagramnya, Izreen turut memberitahu berat badannya kali ini naik secara mendadak sebanyak 15kg meskipun usia kehamilannya baru mencecah lima bulan.
“Mommy-mommy saja kami nak tanya, hampa semua masa mengandung, berapa kg hampa naik dari berat badan hampa?
“Macam kami berat asai 50 ke 53kg tapi kalau mengandung.. uish bukan kaleng-kaleng naik dia.
Ads
“Anak pertama 85kg, anak kedua 83kg, anak ketiga ni..baru 5 bulan dah naik 15kg okay,” kongsi Izreen.
Namun kata Izreen lagi, dia amat bersyukur kerana tidak berdepan dengan sebarang komplikasi seperti darah tinggi dan kencing manis.
Ads
“Cuma nasib kami baik sikit, kami tak pernah ada kencing manis sepanjang pregnancy.
“Kali ni tak tau la, harap clean la sampai habeh.. hampa pulak macam mana?” katanya yang turut bertanyakan pendapat dan pengikutnya di Instagram.
Rata-rata pengikut Izreen turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani proses kehamilan, tidak kurang juga yang turut mengalami masalah kenaikan berat badan yang sama dengan Izreen.
Ads
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Uda Wahid pada Ogos 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Abu Sufyan buat pertama kalinya berkongsi sekeping potret keluarga menerusi laman instagramnya semalam.
Dia turut mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan berita kehamilan isterinya, Ain Afini yang kini mencecah usia kandungan 6 bulan.
“InshaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit”
Di turut mendoakan agar keluarga kecilnya sentiasa dalam lindungan Allah.
“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak.”
“Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun.”
“Meredhai segala keputusan si suami. Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anak mu.”
Abu dan Ain dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Adam Aysar, 3 tahun dan Aryan ‘Afi 1 tahun 5 bulan.
Ingat lagi setiap kali trying to conceive (TTC), saat paling mendebarkan ialah masa nak dapatkan keputusan berjaya hamil ke tak. Tapi sebenarnya kalau kita ketahui tanda-tanda awal kehamilan, kita boleh agak samada kita betul-betul dah mengandung atau belum sebelum buat pengesahan doktor.
Walaupun kita boleh check guna home pregnancy test kit (HPT), tapi nak guna kit pengesan kehamilan pun selalunya kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan keputusan yang tepat. Dan kita tetap perlu buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan untuk kepastian.
Tanda-Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Kita perlu juga tahu tanda-tanda awal hamil supaya kita dapat ambil langkah lebih berhati-hati dalam menjaga diri dan kandungan. Selain tu kalau dah pasti kita memang hamil, boleh lah kita buat apa-apa persedian dan perancangan yang sepatutnya. Suami dan ahli keluarga juga boleh ambil peranan dan beri sokongan masing-masing kepada ibu yang sedang berbadan dua.
Masa mula-mula hamil, hormon progesterone bertambah secara mendadak. Paras hormon progesterone yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan ibu mudah rasa letih dan mengantuk. Dalam masa sama, paras gula rendah dalam darah, tekanan darah rendah dan peningkatan penghasilan darah merah juga memakan banyak tenaga dalaman badan.
Adalah biasa bila sampai tempoh haid normal, kita berasa sakit pada bahagian abdomen seperti period pain. Tapi bagi orang mengandung, kadang-kadang rasa sakit tu lain sikit tak seperti biasa atau sakit lebih lagi daripada biasa.
Kadang-kadang pendarahan minimal ataupun vaginal bleeding ataupun spotting berlaku. Ini mungkin disebabkan proses implementation ataupun pelekatan telur yang telah disenyawakan ke permukaan uterus. Spotting ni selalunya berlaku sekejap saja dan darah yang keluar pula sangat sedikit dan berwarna cair.
Rasa mual ataupun nausea berlaku disebabkan peningkatan paras estrogen dalam badan, yang menyebabkan penghadaman dalam perut menjadi lambat. Deria bau dan rasa juga menjadi lebih sensitif. Morning sickness juga boleh bermula seawal 2 minggu selepas kehamilan berlaku. Tapi sebenarnya morning sickness terjadi tak kira masa. Bukannya pada waktu pagi saja.
Bila perubahan hormon dah mula berlaku, selera makan juga mula berubah. . Terutamanya masa trimester pertama, waktu hormon sedang mengalami perubahan mendadak. Masa ni lah kita akan mula mengidam atau teringin nak makan sesuatu jenis makanan.
Ketika awal kehamilan, pertambahan peredaran darah disebabkan perubahan hormon juga boleh menyebabkan rasa sakit kepala.
Perubahan homon yang pesat terutamanya ketika trimester pertama juga boleh menyebabkan emosi kita jadi tak seimbang. Kita mungkin mudah rasa tersentuh, marah, sedih dan sebagainya.
Bila salur darah mengembang dan tekanan darah menurun, boleh menyebabkan kita rasa pening-pening lalat dan macam nak pitam. Ketika awal kehamilan, rasa ini mungkin disebabkan oleh tekanan darah rendah.
Basal body temperature adalah suhu badan pertama yang diambil ketika kita baru bangn tidur. Suhu badan akan meningkat sedikit ketika ovulasi dan kekal hinggalah haid yang seterusnya. Tapi kalau suhu badan ini tidak menurun ketika haid yang seterusnya dijangka berlaku, kemungkinan besar kita telah hamil.
Perubahan hormon dalam badan juga menyebabkan juga memberi kesan kepada payudara. Payudara mungkin akan berasa sensitif, bengkak, berdenyut-denyut dan sakit. Pada bahagian keliling puting susu iaitu areola juga boleh berubah menjadi warna gelap.
Kebanyakan wanita, kerap kencing selalunya berlaku bermula minggu ke 6 hingga minggu ke 8 selepas kehamilan berlaku. Ini juga disebabkan perubahan hormon dalam badan.
Ketika hamil, paras progesterone yang tinggi menyebabkan makanan lambat dihadamkan dan melalui usus. Masalah ini boleh dikurangkan dengan meminum lebih air kosong, bersenam dan mengambil lebih makanan kaya fiber.
Bila haid tak datang, ini selalunya antara tanda mengandung yang paling kuat. Selalunya bila dah beberapa hari haid tak datang seperti sepatutnya pada bulan yang lepas-lepas, kita akan cepat-cepat pergi beli home pregnancy test (HPT) di farmasi. Kalau keputusannya positive, mungkin betul lah kita mengandung! Tapi, tunggu dulu. Untuk betul-betul pasti, elok lah berjumpa dengan doktor pakar untuk sahkan kehamilan.
Selain tu doktor juga boleh check samada kesihatan diri dan kandungan kita dalam keadaan baik ataupun tidak. Lagipun memang tak semua wanita yang tak datang haid tu mengandung. Tapi disebabkan beberapa faktor seperti stress, keletihan melampau, kelebihan berat badan, pemakanan, perubahan berat badan mendadak, masalah kesihatan, kesan setelah mengamalkan pil perancang dan sebagainya juga boleh jadi punca kepada irregular period cycle.
Jadi, adakah anda ada semua tanda-tanda mengandung yang disenaraikan di atas? Kalau ya, boleh cepat-cepat jumpa doktor ya. Kalau confirm mengandung, tahniah!
Dalam bekerja dan menguruskan rumah tangga, tanpa sedar seseorang wanita itu cenderung unuk menghadapi stres. Stres bukan sekadar keletihan badan, tetapi lebih kepada mental emosi. Sebenarnya stres boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang bekerja dalam profesion yang banyak memerlukan berfikir, selalunya akan berdepan dengan tekanan.
Melalui penulisannya di blog, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi kisahnya bersama pesakit yang tidak datang haid selama tiga bulan, tetapi bukan kerana mengandung. Menurut pesakit tersebut, dia mengalami tekanan kerja serta desakan dari ibu mertuanya yang meminta dia segara hamil.
Menurut Dr Zubaidi lagi, ramai yang tidak menyangka tekanan emosi dan fizikal ketika bekerja dapat mempengaruhi kesuburan seseorang. Keletihan kerana bekerja selama 10-12 jam dan tekanan dari ketua dan perlu menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita sangat letih. Keupayaan tubuh dan minda berbeza antara satu sama lain. Mungkin sesetengah wanita boleh hadapi tekanan dengan baik, tetapi ada yang tidak.
Dalam otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dinamakan sebagai hypothalamus. Ia berfungsi untuk mengawal emosi, selera makan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubungan antara satu sama lain, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH lalu mempengaruhi sama ada kitaran haid pada masa ini mengalami ovulasi atau tidak.
Tahap stres yang keterlaluan pada seorang wanita akan menyebabkan hormon tidak dikeluarkan dengan baik dan seterusnya gagal mengeluarkan telur dari ovari. keadaan ini dinamakan sebagai stress-induced anovulation.
Jika kitaran haid kali itu tidak mengalami ovulasi, bermakna tiada ovam dikeluarka dan tidak dapat disenyawakan. Ini bermakna kehamilan adalah mustahil. Selain itu stres juga akan mengganggu emosi pasangan, sam ada lelaki atau perempuan.
Emosi yang terganggu akan menyebabkan kurang minat terhadap seks atau mengurangkan keinginan untuk ‘bersama’ yang mungkin mengganggu kebarangkalian untuk hamil.
Bagi lelaki yang mengalami stres pula boleh menyebabkan mereka ‘mati pucuk sementara’ (temporary ercetile dysfunction).
Stres dibahagikan kepada dua jenis:
1. Stres yang datang secara tiba-tiba (acute stress)
2. Stres yang selalu berlaku (chronic stress)
Untuk stres yang kronik, selalunya tubuh sudah terbiasa dan lali dnegan keadaan itu. Sebagai contoh, wanita bekerja dengan pelanggan dan sudah biasa dengan kesibukan dan menerima stres itu, maka tubuhnya tidak menghadapi masalah untuk ovulasi (mengeluarkan telur dari ovari). Namun jika stress berlaku secara tiba-tiba seperti berlaku kematian dalam keluarga, gangguan emosi yang serius seperti ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan ovari tidak mengeluarkan telur.
Untuk mengetahui tahap stres yang dialami terlalu berat, lendiran yang keluar hanya sedikit dan beberapa hari sahaja. Berbeza dengan wanita yang bebas stres atau kurang stres, menjelang waktu ovulasi akan mengalami lendiran jernih keluar dari faraj dan banyak. Jika haid lewat beberapa hari tiada masalah kerana hanya akan mengganggu sedikit pengeluaran hormon (dan tidak menyebabkan ketidaksuburan).
Bolehlah buat hubungan seks bersama suami seperti biasa. Tetapi sekiranya kitaran haid terhenti selama beberapa bulan, pemeriksaan lengkap harus dilakukan. Lakukan pemeriksaan dengan doktor dan elakkan membeli produk kesuburan yang kononnya boleh membantu kehamilan.