Abu Sufyan buat pertama kalinya berkongsi sekeping potret keluarga menerusi laman instagramnya semalam.
Dia turut mengambil kesempatan itu untuk mengumumkan berita kehamilan isterinya, Ain Afini yang kini mencecah usia kandungan 6 bulan.
“InshaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit”
Ads
Di turut mendoakan agar keluarga kecilnya sentiasa dalam lindungan Allah.
“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak.”
Ads
“Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun.”
“Meredhai segala keputusan si suami. Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anak mu.”
Ads
Abu dan Ain dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Adam Aysar, 3 tahun dan Aryan ‘Afi 1 tahun 5 bulan.
Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju?
APA ITU MABUK HAMIL?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?
Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.
Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.
Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda.
BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?
Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.
Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok?
Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tahun lalu, kini aktres Ummi Nazeera mengesahkan dirinya dah hamil dan telah memasuki trimester kedua kehamilan.
Teruja dengan berita kehamilannya yang sudah berusia 4 bulan lebih, Ummi telah memuat naik satu status dengan meminta pendapat peminat supaya dapat berkongsi bagaimana nak kawal gula masa mengandung.
Ini kerana semasa di awal pemeriksaan kandungannya, bacaan gula Ummi adalah 8.2 dan selepas mengawal pengambilan karbohidrat dan gula atas nasihat suaminya, dia dah berjaya menurunkan bacaan gula kepada 5.1. Bagaimanapun dia masih lagi bimbang dan berharap semuanya akan normal sehingga bersalin.
Ternyata sikap keterbukaan Ummi Nazeera yang meminta peminat berkongsi tip mendapat reaksi positif dan masing-masing memberi jawapan yang sangat membantu berdasarkan pengalaman mereka.
Malah ramai peminatnya berharap Ummi Nazeera tidak perlu bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Jika kita pandai kawal pemakanan, semuanya akan berjalan lancar. Terlampau stres mungkin boleh menjejaskan kandungan Ummi lagi-lagi anak pertama.
Sebelum ini, melalui perkongsian di Astro Gempak Ummi hanya mengetahui dirinya hamil selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik rakan suaminya.
Kebetulan masa tu Ummi mengalami kecederaan di kaki ketika pengambaran filem Gol & Gincu 2 dan sebelum melakukan imbasan sinar x, doktor bertanyakan sama ada saya hamil ataupun tidak.
“Namun, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan hamil terlebih dahulu kerana risau saya hamil.
“Selepas itu baru saya dan suami mengetahui bahawa saya hamil ketika itu,” katanya.
Sumber: Instagram Ummi Nazeera
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minum air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun (OLIVIE), ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengambilan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.