Bila anak dah masuk 7 bulan, mama pun dah perkenalkan jenis-jenis makanan pada bayi jadi boleh lah mama campurkan beberapa bahan di dalam bubur supaya anak tak mudah jemu. Yang penting anak tiada alahan terhadap bahan yang dikongsi ini. Jika ada mama boleh tukar dengan bahan lain yang sesuai dengan anak anda.
Assalamualaikum hi mommies..👋🏻
Saje saya nak share resepi menu favourite baby saya, tak pernah tak habis kalau bagi dia makan ni. Sedap rasa bubur macam rasa ala chicken/mushroom sup gittew😅😅
Cuba lah mana tau baby mommies pun suka..
Bahan-bahan ada dekat gambar
Ads
Cara saya masak:
Panas periuk masuk unsalted butter. Masukkn bawang merah & bawang putih. Tumis sampai naik bau. Masukkan ayam gaul-gaul sikit masukkan pula beras & tambah air. Masukkan serbuk ikan bilis.Bila beras dah kembang dan nampak macam hampir masak, masuk pak choy, cendawan, tomato,daun sup & mirepoix.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1
Bahab-bahan;
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Buah Betik muda – Sebiji Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Selalu kita persoalkan mengapa sup di restoran lebih sedap dan tidak sama rasanya seperti yang kita sajikan di rumah. Nak tahu macam mana rasanya Sup Ayam Thai yang sedap dan power?
Resipi ringkas tapi cukup sedap yang dikongsikan oleh Tini Joe ni mama kena cuba. Ringkas tapi cukup sedap. Padu!
Bahan-bahan:
Ayam
Hirisan lemak ayam
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Serai
Cili padi
Halia
Bahan tumis
Kiub Ayam Knorr
Sup Bunjut Adabi
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Thai Fish sauce
Daun Ketumbar / Coriander
Hirisan bawang besar (wedges)
Cili potong
Tomato
Celery
Carrots
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan cili. Campur hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.
Masukkan air dan bila air dah menggelegak, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Lepas tu baru masukkan celeri dan carrot.
Perasakan dengan kiub Ayam Knorr, sup Bunjut Adabi, garam, gula, Maggi cukup rasa dan sedikit Thai Fish sauce.
Lepas tu baru masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.
Cukup pedas, masin, masam. Secukup rasa memikat selera. Ready to serve!
Sesekali buatkan pula menu berasaskan kentang supaya anak masih dibekalkan dengan karbohidrat yang mengenyangkan.
Menu yang satu ini unik kerana bahan utamanya bukanlah tepung tetapi kentang yang diparut halus.
Resipi Hot Dog Tots yang dikongsikan oleh Zuraita Anua ini nampak cukup mudah hendak disediakan. Tak perlukan bahan yang banyak malah cara hendak membuatkan juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama hendak di sediakan. Jom cuba menu kentang parut ini.
Bahan-bahan:
5 batang sosej – potong pendek
900gm kentang -buang kulit
1 sudu makan garam (elakkan untuk anak bawah 2 tahun)
Air secukupnya
1 cawan keju Parmesan
2 sudu makan tepung
1 sudu teh oregano
Minyak untuk menggoreng
Didihkan air dan rebus kentang sedikit lembut.
Apabila sejuk, parut kentang hingga halus.
Campurkan Parmesan, tepung dan oregano ke dalam ketang parut. Kacau sampai sebati.
Kepalkan adunan dan letakkan sosej. Balut kemas dan biarkan selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Angkat.