Baru sahaja selesai berpantang, ibu ini diuji hebat. Suami yang menjadi tempat bergantung kini sudah kembali ke negeri abadi.
Tiada siapa menyangka perbualan pada malam sebelumnya ialah yang terakhir. Lebih meyedihkan anak yang masih kecil belum mengerti makna kehilangan. Namin itulah yang perlu dilalui ibu muda ini.
“Cahaya mata kedua baru saja 47 hari dilahirkan, tapi suami pula pergi tinggalkan kami,” luah Subaini Noraini Mohd Taimimi, isteri kepada mangsa kemalangan maut, awal pagi semalam.
Suaminya, Allahyarham Mohamad Nurul Rizuan Mohamed, 25, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok serta tiang elektrik di Kampung Bechah, Jalan Tendong-Bunut Susu, Pasir Mas, pada 3 pagi.
Kata Subaini, kali terakhir dia berbual dengan suaminya itu pada sebelah malam sebelum mangsa memberitahu hendak keluar ke kedai berdekatan.
SEMPAT BERGURAU DENGAN ANAK SULUNG
Ads
Pemergiaan Allahyarham berlaku sekelip mata tanpa dijangka. Tiada tanda-tanda atau kelakuan yang ditunjukkan selain daripada kebiasaan bergurau senda dengan anak-anak, lebih-lebih lagi cahaya mata sulung mereka.
“Sebelum kejadian, suami tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya berkelakuan biasa selain sering bergurau bersama dua anak kami terutama dengan yang sulung berusia lima tahun.
“Namun selepas tidak lama dia keluar, saya tiba-tiba dihubungi orang awam memaklumkan suami kemalangan dan tidak menyangka dia meninggalkan kami tiga beranak sekelip mata sahaja.
Gambar hiasan.
PERLU KUAT DEMI ANAK-ANAK
Ads
Ibu ini reda dengan apa yang terjadi dan menerima takdir Allah ini dengan hati yang tabah. Namun kerinduan terpapar jelas apabila mengenangkan suaminya yang sangat baik dan disenangi.
“Saya reda dan perlu kuat demi dua anak yang masih kecil. Arwah seorang suami dan bapa sangat baik dan disenangi rakan serta ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Subaini berkata, arwah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Susu, Pasir Mas.
KERETA DIPANDU TERBABAS MELANGGAR POKOK & TIANG ELEKTRIK
Ads
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh, mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu dari arah Tendong menghala ke Bunut Susu untuk pulang ke rumah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar pokok dan tiang elektrik yang menyebabkannya parah.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang rezeki dalam rumah tangga. Rezeki harus dilihat dari pelbagai sudut, bukan sahaja pekerjaan dan juga wang. Sayang dan kasih pada ahli keluarga juga termasuk dalam kategori rezeki yang harus kita syukuri.
Sebak sangat semalam dah 5pagi balik lewat dari pengerang johor. Terharu ramai sangat yang hadir. Bila sampai rumah 2 orang anak saya terjaga terus peluk saya kata rindu ayah. Sayang ayah.
Saya lagi rindu sayang mereka teramat sangat. Erm. Rindunya.. Peluk isteri. Peluk anak-anak. Cakap sayang.
Itulah ubat dan menjadi rezeki buat kita. Ucapan sayang, suap makan dan peluk isteri anak asbab Allah sayang kita. Bila Allah sayang dia berkatkan rezeki, berkatkan masa, berkatkan hidup kita.
Ramai orang ingat rezeki ini cuma pergi kerja. Beri salam dalam rumah juga asbab rezeki.
Bila tak mengasihi tidak dikasihi. Segala penat letih lesu hilang bila dapat cium peluk isteri dan anak-anak. Luv u bidadariku. Luv u anak-anakku..muah..muah..-ebitlew
Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri akui selepas melahirkan anak, Jeanelle Nika Mandagie dia telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram melalui kaedah urutan dan amalan minum jamu semasa dalam pantang.
Bagaimanapun, dia masih lagi dalam usaha untuk menurunkan berat badan kepada berat badan ideal dan masih lagi berusaha untuk capai berat ideal.
Cuma dalam hal ini, dia tak terlalu obses nak menurunkan berat badan kerana mahu memfokuskan kepada penyusuan anak. Walaupun ramai yang bertanya kepadanya kaedah nak menurunkan berat badan dengan cepat, Nina dengan positifnya memberi jawapan.
Kita tak boleh nak samakan diri kita sebelum mengandung dan selepas melahirkan anak. Ini kerana, kita pernah membawa seorang zuriat dalam rahim selama 9 bulan. Jadi tak boleh nak harapkan badan kita sempurna 100 peratus selepas itu.
Inilah pengorbanan terbesar kita sebagai wanita. Sekurang-kurangnya paling minimum 6 bulan kita boleh mencapainya dan mungkin bagi sesetengah wanita dah tak boleh nak dapat badan yang ramping kerana badan telah mula mengembang.
Apa-apa pun janganlah nak membandingkan antara satu sama lain kerana setiap individu tak sama. Sebaiknya fokus pada diri sendiri untuk elakkan rasa rendah diri.
Penyusuan juga mungkin membuatkan kita cepat lapar dan mahu mengunyah. Jadi ada baiknya memilih snek yang menyihatkan kerana kita yang membuat pilihan.
Ingat tak semua orang sempurna dalam hidup ini. Bagi ibu yang rasa tertekan dengan masalah berat badan susah nak turun janganlah jadikan ia sebab yang boleh buat kita jadi tak gembira. Percayalah jiwa yang positif akan menjadikan kita wanita yang kuat menghadapi setiap cabaran dan cemuhan orang sekeliling.
Sumber: ig ninaismailsabri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan kesedihan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halaman dengan harapan mencari rezeki dan masa depan yang lebih baik. Nur Afiyah Daeng Damin, 28, hanya mahu bekerja keras demi keluarganya. Namun, impian itu berakhir dalam penderitaan yang tidak terbayangkan.