“Sebaik sahaja sampai, dia terus mendapatkan Ainul”. Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menceritakan kunjungan pakar bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Juling Ong ke rumahnya di Melaka, baru-baru ini.

Dr Ong anak kelahiran Pulau Pinang merupakan salah seorang daripada kumpulan pakar bedah yang terlibat dalam menjayakan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram daripada mulut Ainul Mardhiah bayi yang pernah mendapat perhatian seluruh negara kerana menghidap kanser Germ Cell Tumor.

Pakar Bedah UK Datang Lawat Ainul. Buat Check-Up & Apa Yang Dibimbangkannya Tak Berlaku

Ini adalah kunjungan pertamanya selepas Ainul selamat menjalani pembedahan pada Jun tahun lalu.

“Masa di United Kingdom (UK) sebelum kami pulang ke Malaysia, dia beritahu mahu menziarahi Ainul sekiranya pulang ke Malaysia. Dia beritahu nak tengok keadaan Ainul.

IKLAN

“Ketika dia sampai, dia terus pergi dekat Ainul. Kemudian dia check mulut Ainul secara mata kasar. Selepas pembedahan dulu, dia ada menyatakan keadaan lidah Ainul sedikit senget kerana dihimpit tumor. Dia bimbang keadaan lidah Ainul akan kekal begitu sampai bila-bila.

“Selepas diperiksa dia beritahu keadaan lidah Ainul tegak, maknanya apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku. Dia juga periksa pipi Ainul dari dalam dan menurutnya bengkak semakin surut.

“Kami nampak dia sangat terharu dan gembira melihat keadaan Ainul sekarang yang semakin pulih dan aktif, ujarnya.

Menurut Ahmad Safiuddin, Dr Ong yang datang bersama isteri dan dua anaknya gembira tengok Ainul membesar dengan sihat sebab masa tiba di UK dulu, dia sedih lihat keadaan Ainul yang ada ketumbuhan, saiz badan pun kecil dan paling sedih apabila teringatkan anak bongsunya yang sebaya dengan Ainul.

IKLAN

“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada Dr Ong kerana sudi datang ke Melaka. Jauh dia memandu dari Kuala Lumpur ke sini. Kami terharu dia sudi melawat Ainul walaupun tugasnya terhadap Ainul sudah selesai.

“Bila dia datang, tak rasa seperti seorang doktor yang melawat pun..tapi macam saudara mara saja,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini Ainul, sekarang dah pandai nak ajak main dan bijak membaca isyarat tertentu.

IKLAN

Pakar Bedah UK Datang Lawat Ainul. Buat Check-Up & Apa Yang Dibimbangkannya Tak Berlaku

“Malah Dr Ong juga meminta kami teruskan rawatan di sini seperti temu janji dan buat pemeriksaan berkala. Ainul perlu lakukan pemeriksaan ujian darah yang dinamakan Alpha Fetoprotein (AFP) setiap bulan.

“Sehingga kini, alhamdulillah keputusan normal. Kali terakhir melakukan MRI pula keputusannya memang clear dan tidak ada apa yang meragukan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Safiuddin tak putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan Ainul sehinga dia sihat dan pulih. Terima kasih juga kepada Dr Ong, Dr Amalina Che Bakri dan semua doktor termasuk doktor yang mengiringi Ainul ke UK.

Sumber: Mstar 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI