Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ujian buat kedua ibubapanya bila mana seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak dekat Setia Alam di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat bapa mangsa pada jam 2.31 petang.

“Siasatan mendapati mangsa dihantar kali pertama oleh bapanya ke pusat asuhan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dimaklumkan pengurus pusat berkenaan bahawa anaknya tidak sedarkan diri pada jam 10.30 pagi.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya.

Baru Hari Pertama Di Pusat Asuhan, Bayi Tiga Bulan Disahkan Meninggal Dunia!

IKLAN

Menurutnya, bedah siasat dijalankan antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

“Keputusan bedah siasat masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

“Selain itu, pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa turut mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau dalaman,” katanya.

IKLAN

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Baru Hari Pertama Di Pusat Asuhan, Bayi Tiga Bulan Disahkan Meninggal Dunia!

IKLAN

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Kredit: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI