“Tidak sangka hari pertama arwah dihantar ke rumah pengasuh menjadi hari terakhir saya dan suami melihatnya bernyawa,” kata Safiah, 29, ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim.
Kanak-kanak berusia setahun itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak selepas dikatakan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Melati, di sini, kelmarin.
Menurut laporan Harian Metro, Safiah berkata, dia dihubungi pengasuh pada jam 12 tengah hari memaklumkan anaknya kebiruan dan tidak sedarkan diri.
Gambar Hiasan
Menurutnya, cemas mendengar perkhabaran itu, dia bergegas dari tempat kerja ke rumah pengasuh sebelum dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke klinik dan dirujuk ke sebuah hospital swasta.
Ads
“Sebaik tiba di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan Muhammad Aydan sudah meninggal dunia. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah namun punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan lengkap selesai,” katanya.
Ads
Jenazah Muhammad Aydan disolatkan kira-kira 30 ahli keluarga dan rakan rapat ibu bapanya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.
Safiah berkata, anak keduanya itu sebelum ini dijaga keluarganya namun dia dan suami berhasrat menghantar ke rumah pengasuh supaya arwah dapat bergaul dengan kanak-kanak lain.
Katanya, dia dan suami reda dengan pemergian anak lelakinya tetapi berharap keadilan terhadap punca kematian dapat dicari namun bukan bermakna mahu menyalahkan sesiapa.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, punca kematian akan dimaklumkan sebaik polis menerima laporan lengkap forensik.
Bila anak makin membesar, maka semakin banyak penerokaan yang akan dilakukan. Menconteng misalnya memang aktiviti yang amat disukai. Namun apa yang dilakukan oleh Yusuf ini memang win.
Hanis menerusi Instagram memuatnaik beberapa foto lantai dan dinding rumah yang telah diconteng dengan menggunakan krayon.
Namun reaksi Yusuf apabila setelah melihat Hanis menjerit dan kurang senang dengan perbuatannya memang hebat. Yusuf tahu apa yang perlu dilakukan.
Yusuf dikatakan terus mengambil vakum mainannya untuk membersihkan semua permainannya sebagai memperbetulkan keadaan.
Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah. Namun jika semua ahli keluarga berkumpul, mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat.
Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepanjang masa. Tak termasuk lagi tambahan alat elektrik yang lain seperti aircond, penggunaan mesin basuh atau gajet yang digunakan lebih dari kebiasaannya.
Mungkin ramai ibu bapa dah mula membayangkan bil yang akan diterima nanti macam mana kan? Memahami keadaan tersebut, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana pengguna kediaman atau domestik juga akan diberikan diskaun untuk pembayaran bil elektrik bermula 1 April sehingga 30 September depan.
Bagaimanapun masih ada yang belum memahami kaedah diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini.
Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.
Perlu faham kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Sejak akhir-akhir ini tular luahan seorang guru menerusi Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Fadhli Salleh yang mana subjek sekolah rendah semakin sukar dan membebankan anak-anak.
Pelbagai riaksi juga diluahkan oleh ibu bapa ekoran silibus yang agak ‘berat’ untuk diterima oleh anak-anak kecil terutama yang berusia 7 tahun.
Tampil memberikan pendapat, seorang bapa bernama Saif Suhairi berkongsi perbezaan silibus untuk anak-anak Gred 1 (6-7 tahun) di United States of America (USA) dan darjah 1 di Malaysia.
Ternyata silibus di luar negara lebih mudah, menarik dan ceria untuk kanak-kanak berbanding silibus terkini di Malaysia.
Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
1. Silibus: silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh.
Darjah 1 dah kena hafal sifir 6. Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika. Bagus ke tidak? Macam slow sangat pula kan. Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced, dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level
2. Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah. Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni. Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
3. Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak
Apa apa pun, sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri, tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita .
“Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah”
Manakalah menerusi perkongsian dari facebook pula Aminah Adnan pula, dia meluahkan rasa risau kerana bukan hanya subjek Matematik yang memeningkan tetapi subjek Bahasa Melayu turut tidak terkecuali.
“Macam manalah saya tak sokong Cikgu Fadli Salleh. Ini soalan contoh BM, tahun 2 dari salah satu buku yang ada di pasaran”
1.Punca-punca kemerosotan disiplin murid-murid.
2.Perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji.
Rata-rata ibu bapa meluahkan rasa risau dan bimbang dengan tahap silibus anak sekolah rendah yang semakin sukar dan memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi sedangkan anak-anak baru berusia 7-8 tahun.
Diharapkan isu ini silibus sekolah rendah ini dikaji kembali supaya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.