
Bila dah dekat tarikh nak bersalin, saat ini sangat mendebarkan buat semua ibu-ibu kerana ia dianggap perjuangan antara hidup dan mati. Bagi ibu yang mudah melahirkan anak, mungkin rezeki tapi buat ibu yang mengalami kontraksi lama, mungkin akan meninggalkan sedikit trauma.
Apa pun, persediaan di penghujung kehamilan penting bagi memastikan mental dan fizikal ibu berada dalam keadaan baik. Ada juga kes yang ibu tak sempat ke hospital tetapi dah bersalin. Itu sebabnya suami atau ahli keluarga terdekat kena siap sedia dalam tempoh ini.

Tak sempat ke labour room
Terkini, melalui perkongsian di media sosial menunjukkan seorang wanita melahirkan anaknya dalam keadaan berdiri dan bayi tersebut disambut oleh suami. Kejadian yang tak disangka itu betul-betul berlaku di hadapan sebuah pusat perubatan.

Menerusi portal News Detik, wanita tersebut dan suami baru saja tiba di pusat perubatan dan belum sempat lagi melakukan swab test sebagai salah satu prosedur wajib sebelum masuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
@radarbandungGeger Wanita Melahirkan Berdiri di Dekat ATM, di Yogyakarta, Selasa (13/7/2021). ##radarbandung ##titkokberita♬ suara asli – Radar Bandung
Bagaimanapun tak dijangka, air ketuban pecah dan bayi dah nak keluar. Tanpa sempat ibu di bawa ke labour room, terus melahirkan bayi di situ sahaja secara berdiri.
Ibu dan bayi stabil
Dalam keadaan kelam kabut itu, suami terus menyambut bayi mereka. Tak lama selepas itu, kelihatan petugas kesihatan terus datang untuk memberikan rawatan susulan kepada ibu dan bayi berkenaan.

Difahamkan, kedua-duanya kini berada dalam keadaan baik dan masih lagi berada di bawah pemantauan doktor.
Kredit: TikTok Radar Bandung; News Detik; Regional Kompas
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih Pakai Lampin Tapi Mampu Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Anak Autisme Buat Ramai Kagum

Dilahirkan dengan autisme ringan membuatkan Muhammad Ammar Qayyim yang berusia 11 tahun masih berperangai keanak-anakan seperti kanak-kanak tadika.
Tidak seperti rakan sebayanya, kanak-kanak yang mesra dipanggil Ammar Qayyim itu masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol ketika tidur malam.
Malah, apabila berborak dengannya dapat dikesan pemikiran dan tutur katanya juga tidak seperti rakan sebaya sebaliknya berperwatakan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun.

Namun, apa yang membanggakan anak bongsu daripada dua beradik ini memiliki kelebihan istimewa apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran seawal usia lapan tahun.
Masih Berbotol Susu & Tak Mampu Uruskan Diri
Menurut ibunya, Saadiah Saad, 50, meskipun berusia 11 tahun anaknya masih tidak mampu menguruskan diri sendiri termasuk masih berbotol susu.
“Kalau perasan tingkah lakunya tidak sama macam umurnya. Sepatutnya umur 11 tahun rancak bercerita dan bercakap, tetapi dia macam kanak-kanak sekolah tadika.
“Dia masih tidak boleh uruskan diri, segalanya masih perlukan bantuan, contohnya kita masih kena arahkan ambil buku, ambil beg itu ini.
“Sampai sekarang pun, balik sekolah dan waktu malam hendak tidur dia mahu menyusu botol,”
Pakar Sahkan Anak Mereka Lewat Empat Tahun Dari Usia Sebenar
Katanya, dia dan suaminya, Nazeri Arshad, 47, menghantar anak mereka bertemu pakar sebelum disahkan perkembangan kanak-kanak itu lewat empat tahun dari usia sebenar.
“Dari segi fizikalnya dia nampak normal, tetapi pada umurnya 11 tahun dia berperangai macam kanak-kanak empat tahun ke belakang termasuk komunikasinya kurang, kosa kata tidak banyak selain tidak boleh proses atau memahami apa orang tanya.
“Pada peringkat permulaan doktor tidak boleh diagnosis masalahnya melainkan menganggap masalah dialaminya sebagai perkembangan lewat, tetapi makin meningkat umurnya barulah doktor sahkan dia ada autisme ringan.
“Secara peribadi, pada mulanya sukar untuk saya terima, ibu bapa mana yang tidak terasa apatah lagi ini kali pertama terjadi dalam keluarga kami, tetapi hidup perlu diteruskan.
SAADIAH dan Nazeri tidak pernah berputus asa dalam membesarkan Ammar.
“Kami positif mungkin Allah sudah pilih ada anak syurga macam ini. Saya selalu berdoa bila al-Quran sentiasa berdamping dengannya, semoga Allah sentiasa menjaga dirinya,” katanya.
Kelebihanya Mula Dikesan
Sementara itu, Nazeri berkata, kelebihan Ammar Qayyim menghafaz mula dikesan selepas pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.
“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu.
“Mereka menguji hafazannya, Ammar Qayyim mampu sambung ayat seterusnya dan boleh meneka surah apa dan ayat ke berapa dengan tepat,” katanya.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa, Jangan Cepat Putus Asa
Katanya, ibu bapa yang memiliki anak istimewa jangan cepat putus asa sebaliknya kenali dan sokonglah kecenderungan anak hingga berjaya.
“Memang ada perancangan untuknya melanjutkan pelajaran dalam bidang tafsir dan ilmu hadis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) yang ada menawarkan bidang pengajian untuk pelajar tahfiz tahap syahadah.
“Ada pelbagai cadangan daripada ustaznya termasuk hantar ke Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Arab Saudi, tetapi sebagai ibu bapa kami belum sampai sejauh itu kerana tahu kemampuan anak kami lebih-lebih lagi belum pandai berdikari,” katanya.

‘Ammar Qayyim pelajar yang hebat’
Kelebihanya Anugerah Luar Biasa Dari Allah
Kelebihan dimiliki Muhammad Ammar Qayyim, 11, anugerah luar biasa kurniaan Allah, namun faktor kejayaan kanak-kanak istimewa itu mampu menghafaz 30 juzuk didorong oleh kesabaran dan komitmen tinggi keluarganya.
Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin berkata, Ammar Qayyim muncul huffaz termuda pernah dilahirkan ADH sejak penubuhannya pada 2007 kerana melepasi ujian peringkat tertinggi tahfiz, syahadah tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya mengesan kelebihan Ammar Qayyim ketika kanak-kanak itu berusia lapan tahun sebelum meminta guru sekolah terbabit membimbingnya dengan betul.
“Apabila mengetahui kelebihannya itu, saya minta gurunya membimbingnya, malah semua guru tahfiz diberikan tugasan menyemak keseluruhan 30 juzuk hafazannya berjumlah 6,236 ayat daripada 604 muka surat dengan teliti.
“Alhamdulillah, walaupun perangainya masih kebudak-budakan, anak ini berjaya buktikan kemampuannya membaca dari juzuk satu hingga 30 selama enam hari dengan kesalahan 14 saja pada ujian program syahadah yang kita lakukan tahun lalu.
“Untuk makluman, kita sasarkan seseorang boleh ke program syahadah paling kurang 15 kesalahan saja, maknanya Ammar Qayyim hebat kerana sudah melepasi tahap itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di ADH Taman Putra Kajang di sini.
Menurutnya, faktor terbesar kejayaan Ammar Qayyim kerana dorongan dan sokongan keluarganya selain berkat istiqamah tenaga pengajar ADH.
Faktor Kejayaan Ammar Adalah Usaha Ibu Bapanya
“Antara faktor penting dalam kejayaan Ammar Qayyim ini adalah usaha, saya tengok usaha ini dilakukan ibu bapanya sangat hebat termasuk komitmen mereka.
“Saya tahu, mungkin kanak-kanak autisme seperti Ammar Qayyim ada kerenahnya termasuk sukar ke sekolah, tetapi ibu bapanya mempunyai kesabaran tinggi menghantar anak mereka menuntut ilmu.
“Ternyata Allah tidak sia-siakan pengorbanan mereka itu dengan terhasilnya sesuatu sangat hebat ini yang bagi saya juga satu kebanggaan kami di ADH,” katanya.
Sementara itu, guru penyelaras akademik sekolah rendah ADH, Nor Atiqah Abd Aziz berkata, mereka tidak mengukur pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar lain.
“Kita tidak boleh bandingkan pencapaian akademik Ammar Qayyim dengan pelajar sebayanya kerana dia istimewa, namun tahun demi tahun memang ada kemajuan.
“Dia boleh membaca, menulis bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dan Jawi cuma dia tidak boleh proses apa yang dibaca kena penjelasan lanjut dari guru.
“Dulu, dia tidak boleh membezakan kelas akademik dan tahfiz, tetapi kini dia sudah boleh bezakan keduanya.
“Paling penting, kemahiran sosial dan komunikasi bersama rakan dan guru semakin bertambah baik malah dia kini tidak lagi makan bersuap seperti saat pertama memasuki sekolah ini dulu,” katanya.
Rata-rata netizen berbangga dan kagum dengan ibu bapa dan anak ini.
Sumber: Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Zara Sayang Mama’ — Rakaman Terakhir yang Meruntun Hati Warganet

Sebuah video berdurasi satu minit memaparkan perbualan telefon antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan ibunya, Noraidah Lamat, kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan warganet. Video itu dikongsikan oleh penceramah bebas, Marhamah Rosli, di laman Facebook miliknya dan segera menjadi tular kerana meruntun hati sesiapa yang menontonnya.
Rakaman Penuh Kasih Sayang
Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara manja Zara Qairina, satu-satunya anak tunggal Noraidah, yang meluahkan kasih dan rindu kepada ibunya. Ucapannya seperti “I love you, ma. Zara sayang mama. Sayang. Cinta. Rindu.” menzahirkan betapa eratnya ikatan kasih sayang antara ibu dan anak tersebut. Noraidah pula berulang kali menasihati anaknya agar kuat dan berhati-hati menghadapi dugaan.
Suasana sayu dalam video itu telah mengundang air mata ramai yang menonton, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa itu merupakan antara perbualan terakhir antara mereka sebelum tragedi menimpa.
Tragedi Yang Meragut Nyawa
Zara Qairina dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai lalu. Dia kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada keesokan harinya.
Tragedi itu kini dalam siasatan pihak polis selepas timbul dakwaan kemungkinan berlaku unsur buli di sekolah tersebut.
Solidariti Warganet: #JusticeForZara
Paparan suara penuh kelembutan dan kasih antara Zara dan ibunya nyata menyentuh perasaan masyarakat. Rata-rata warganet meluahkan simpati dan sebak terhadap nasib yang menimpa keluarga ini. Dalam masa yang sama, tanda pagar #JusticeForZara terus digunakan sebagai simbol solidariti dan gesaan agar siasatan dijalankan secara telus serta keadilan diberikan kepada arwah.
Suara Terakhir: Bukti Kasih Yang Tidak Ternilai
Menurut Marhamah Rosli, rakaman suara tersebut dikongsi dengan keizinan ibu arwah sebagai bukti kasih sayang yang tulen. Beliau menegaskan bahawa suara itulah satu-satunya kenangan terakhir seorang ibu terhadap anak tunggalnya yang telah pergi buat selamanya. Kata Marhamah, “Rakaman ini disimpan kemas, kenangan terakhir. Suara satu-satunya anak yang ALLAH pinjamkan buat seorang ibu.”
Menangkis Fitnah, Menegakkan Kebenaran
Namun, di sebalik kesedihan, Marhamah mendakwa wujud pihak yang menyebarkan naratif palsu mendakwa kononnya Zara membenci ibunya, selain dakwaan tidak berasas tentang punca sebenar kematian remaja itu.
Marhamah membidas tuduhan tersebut dengan tegas, menyatakan bahawa rakaman itu disiarkan bukan untuk memenangi hujah, tetapi demi menegakkan kebenaran yang tidak sempat disuarakan oleh arwah Zara sendiri.
Beliau turut menyeru masyarakat agar menilai rakaman itu dengan hati terbuka dan ikhlas. “Begitukah suara seorang anak yang membenci ibunya? Kalau benar kita masih punya hati dan perasaan, dengarlah rakaman ini dengan ikhlas,” katanya.
Menuntut Keadilan, Menolak Kebencian
Marhamah turut menegaskan pentingnya mempertahankan maruah arwah yang tidak lagi mampu membela diri. Beliau menyeru agar fitnah dihentikan dan mengingatkan bahawa kebenaran akan tetap terbongkar akhirnya. Kata beliau, “Zara sudah tiada, tetapi maruahnya masih perlu kita pertahankan… fitnah itu mungkin nampak berjaya hari ini, tetapi lambat-laun ia akan berpatah balik kepada yang memulakannya.”
Beliau juga memberi peringatan bahawa kebencian tidak boleh dijadikan perisai untuk mempertahankan diri, dan menyeru kepada empati, bukan caci maki.
“Di mana hilangnya simpati? Ke mana tenggelamnya empati? Mempertahankan diri dengan menumbuhkan benci,” tulis Marhamah penuh kesal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Undi Aaisyah Rahsia”, Ramai Netizen Terhibur Dengan Kecerdikan Anak Che Ta

Gelagat dan keletah Aaisyah anak Che Ta memang menghiburkan. Jawapan “undi Aaisyah rahsia” membuatkan ramai terhibur dengan si comel yang petah bercakap ini.
Sesiapa yang mengikuti Instagram Che Ta mesti seronok tengok gelagat Aaisyah yang ‘becok’ dan banyak ‘akal’.
Sehari sebelum hari mengundi sempena Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) Che Ta berkongsi video aksi spontan Aaisyah yang memberi reaksi ketika ditanya tentang mengundi.
Jawapan spontannya “undi Aaisyah rahsia” dengan senyuman comel yang cheeky jelas membuktikan si kecil ni memang ambil tahu hal-hal yang tengah trending dalam negara.
Undi aaisyah rahsia? #pru14 #2018
A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on
Ramai peminat si cilik ini berasa terhibur melihat gelagat Aaisyah yang selamba berkata undinya rahsia.
Rata-rata memuji kecomelan dan kecerdikan Aaisyah. Aksi lucu Aaisyah tersebut nyata menghiburkan ramai yang melihat video tersebut.



Bagaimanapun pada hari mengundi, si comel ni tak ikut pun mummy dan daddy nya pergi mengundi. Cuaca yang panas dan masa menunggu yang lama memang tak sesuai nak bawa kanak-kanak ikut ke lokasi mengundi.
Debaran #pru14 #ge14 #2018 #cheta #rcw #rozitachewan . . ? @sheila_mohamad
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Aaisyah sememangnya seorang kanak-kanak yang petah bercakap dan bijak. Mungkin persekitarannya yang sering bercampur gaul denga orang dewasa iaitu kawan-kawan mummy dan daddy nya membuatkan dia petah berbual dan bijak memberi pendapat sendiri.
A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on
Selain itu kekerapan Aaisyah mengikut Che Ta ke luar negara untuk bercuti dan dan pelbagai aktiviti perniagaan mummy nya menyebabkan si cilik ini tidak takut dengan orang yang baru ditemui dan juga pandai bergaya!

Sumber:Instagram Aaisyah Dhia Rana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


