Kehilangan orang tersayang adala ujian yang sangat berat. Tanpa disangka teks WhatsApp yang diterima si isteri pada jam 1 pagi adalah yang terakhir sebelum suaminya pergi buat selama-lamanya.

Kehilangan ini dihadapi oleh Nor Asilah Arahim, 29, isteri kepada Muhamad Faezuan Nor Izzudin, 27 yang maut di dalam kemalangan  di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub.

 

 

Baru Selesai Pantang, Isteri Diuji Kehilangan Suami. Bayi 62 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

Lebih memilukan apabila Nor Asilah baru 62 hari melahirkan cahaya mata pertama mereka. Walau pun tidak menyangka akan menghadapi kehilangan, ibu muda ini tetap reda kepada ketentuan Allah.

“ALLAH LEBIH SAYANGKANNYA”

“ALLAH lebih sayangkannya,” itu luahan Nor Asilah. Dalam kemalangan  yang sama, turut terkorban ialah pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, Uwais AlQurney Abdullah, 6 dan Nur Ilham Najwa Rahimi, 20.

IKLAN

Nor Asilah berkata, kali terakhir dia menerima mesej WhatsApp dari suaminya 1 pagi. Dalam teks berkenaan Muhamad Faezuan memaklumkan yang perjalananan pulangnya itu baru melepasi Lebuhraya Karak.

Baru Selesai Pantang, Isteri Diuji Kehilangan Suami. Bayi 62 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

SUAMI MAHU MENGAMBILNYA PULANG KE KUALA LUMPUR

Menurut Nor Asilah, suaminya bersama empat ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan majlis perkahwinan adik. Ia juga bertujuan untuk mengambil dirinya dan bayi mereka pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai fasa berpantang.

MENANGIS TERESAK-ESAK KERANA TERLALU TERKEJUT

IKLAN

Nor Asilah ketika itu dia berada di rumah mentua bagi membantu persiapan perkahwinan adik iparnya. Asilah tidak menyedari kemalangan yang dihadapi suami sehinggalah dia didatangi anggota polis yang bertindak memaklumkan Allahyarham Muhamad Faezuan dan empat ahli keluarga lain maut dalam kemalangan itu.

Sebagai isteri yang sedang menantikan kepulangan suami, perkara ini amat-amat mengejutkannya.“Saya seperti tidak percaya dan terus menangis teresak-esak kerana terlalu terkejut,” kata Nor Asilah.

 

BAJU SEDONDON SUDAH SIAP DIGOSOK, TAK SEMPAT DIPAKAI

IKLAN

Lebih memilukan lagi, Nor Asilah sudah menyediakan pakaian sedondon buat suami tercinta sempena majlis perkahwinan adik iparnya. Namun belum sempat dipakai, Allahyarham Muhamad Faezuan sudah kembali ke alam abadi.

“Pakaian sedondon yang akan kami sekeluarga pakai di majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok,” kata Asilah.

Baru Selesai Pantang, Isteri Diuji Kehilangan Suami. Bayi 62 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

ULANGTAHUN PERTAMA & ANAK BERUSIA 62 HARI

Tatkala pemergian suami ke rahmatullah, Asilah dan suami baru sahaja menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Mac lalu.

Lebih menyedihkan lagi apabila bayi mereka yang baru berusia 62 hari belum puas merasakan kasih sayang seorang bapa.

Sumber: Harian Metro & Facebook Allahyarham Muhamad Faezuan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI