Doa yang baik pastinya akan dimakbulkan, doa Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk membawa anak ke tanah suci akhirnya akan menjadi kenyataan.
Penyanyi nombor satu Malaysia ini meluahkan rasa terujanya apabila beliau pertama kali bakal membawa anaknya, Siti Aafiyah ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas penantian Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 12 tahun. Dalam sahanya untuk menimang cahaya mata sebelum ini, Siti mengakui telah melakukan rawatan in vitro fertilization sebanyak 5 kali dalam masa 10 tahun.
Menurut penyannyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, dia bakal berangkat ke Mekah pada minggu depan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan keluarga. Beliau sudah lama menyimpan niat tersebut sejak sebelum hamil lagi.
“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.
Ads
DOA DIJAWAB ALLAH
Betapa cepatnya doa dijawab Allah, ibu ini memanjatkan kesyukuran. Sudah rezeki, anaknya Siti Aafiyah dibawa ke tanah suci di usia masih kecil.
Ads
“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,“ kongsi Siti ketika ditemui pada sesi fotografi.
Besar sebenarnya pengorbanan seorang ibu. Sebab tu orang kata syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Bagi suami anda sepatutnya faham dan jangan menganggap isteri kita manja.
Bagi seorang wanita yang mengandung, alahan sepanjang mengandung berbeza untuk setiap orang. Jangan anggap seseorang itu mengada-ngada kerana kita tak tahu keadaan sebenar mereka.
Suami kena faham ada isteri yang langsung tiada alahan, ada yang sikit-sikit dan ada yang memang akan lembik sejak awal kehamilan sehinggalah nak bersalin. Lagi satu ada sesetengah wanita akan mengalami perubahan fizikal yang mendadak dan lain dari dirinya yang sebenar. Tapi semua ini dilalui dengan penuh sabar demi anak yang dikandung. Jadi suami kena sentiasa memberi sokongan.
Takut lihat cermin tengok wajah sendiri
Perkongsian dari Puan Nor Sahira Dalim ini benar-benar cukup mengambarkan betapa hebatnya seorang ibu untuk melahirkan anak dan sabar melalui keadaan ini dengan penuh tenang di samping suami yang cukup memahami.
Perubahan keadaan ini berlaku ketika mengandungkan anak yang ketiga. Sebelum ini semasa mengandung anak pertama dan kedua memang tiada alahan yang teruk.
“Kebetulan Allah dah takdirkan kandungan ke-3 ini saya perlu hadapi keadaan yang langsung tak dijangka pun.
“Masa dapat tahu mengandung dan diawal kandungan semuanya macam biasa. Bila kandungan mencecah usia tiga bulan wajah saya mula naik bengkak di bahagian dahi. Dan bulan seterusnya mula bengkak di pipi, bahagian bawah mata dan berkedut seluruh wajah.
“Waktu tu sedih sangat-sangat dan tak boleh nak menerima hakikat kerana sebelum tu saya tiada masalah macam tu. Dari sehari ke sehari kulit mula bertukar warna dan menjadi kasar.
“Memang tiap kali tengok wajah di cermin rasa stres dan Allah yang tahu perasaan tu. Sampaikan nak pakai bedak pun saya tak mahu tengok cermin. Pakai bedak pun hanya pakai bedak yang anak saja,” katanya.
Langsung tak sakit masa bersalin
Kata Nor Sahira lagi masa mengandung anak sulung kulit elok. Anak kedua hanya mengalami sembab sikit di pipi. Kiranya masa yang pertama dan kedua memang tak ada alahan sangat.
“Tapi yang ketiga ini Allah nak uji kesabaran saya sikit. Allah Itu Maha Adil. Walaupun hanya muka saya yang teruk tapi dibahagian lain semua ok dan kaki pun tak bengkak.
“Masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan yang lain-lain semua tak ada. Sehinggalah saat nak melahirkan anak yang ketiga ni tak sakit.
“Macam saya warded 27 Januari dan bersalinkan baby tiga hari selepas tu. Masa tunggu masa nak melahirkan pun saya masih ok walaupun bukaan dah 6cm dan boleh duduk elok lagi atas katil dengan tenang tanpa rasa kontraksi yang kuat.
“Sehinggalah masuk labour room dan pecah air ketuban pun langsung tak sakit sehinggalah doktor terpaksa tolak perut untuk paksa bayi keluar. Masa ni rasa sebak sangat dan betullah Allah itu sangat adil,” kongsinya.
Isteri bukan mengada-ngada. Suami hargailah isteri!
Tambahnya lagi lepas bersalin semuanya beransur hilang. Bengkak mula surut, hidung kembang mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa.
“Ye ramai kata, terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya.
“Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Segalanya dah kembali normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu dia nak sedapkan hati saya dan langsung tak hiraukan kata-kata orang.
“Buat para suami hargailah isteri. Kesakitan bersalin itu bukan semudah ABC. Mula bawa perut hingga 9 bulan tu satu tempoh yang panjang dengan alahan dan pembawakan budak. Saya bernasib baik suami sentiasa ada bersama. Kalau suami tiada di sisi saya tak dapat bayangkan macam mana,” ujarnya.
“Tolong bagitahu Allah untuk menghantar semula Mamajee hanya satu minit. Yang saya perlukan adalah satu minit, hanya satu minit, dan saya akan kembali kepada Allah.”
Begitulah luahan Fatimah kepada ibunya dan luahan tersebut di muatnaik di instagram The Family UK. Fatimah sememangnya sangat akrab dengan bapa saudaranya dan keakraban mereka memang diketahui ramai kerana sering memuatnaik gambar serta video bersama.
Arwah Chef Adam Mahamed Ismail, juara Hero Oven musim ke-2 meninggal dunia pada umur yang sangat muda iaitu pada umur 29 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Last week, Fatimah managed to go to school for only two days. She had another breakdown on Wednesday, 12th June. It was really heartbreaking to witness her pain. At first, no sounds came out of her mouth, only the tears streaming down her face. Then finally, her voice broke the silence. She said, “Please call Auntie Love…I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah.”
Terjemahan:
Minggu lepas, Fatimah berjaya pergi ke sekolah selama dua hari sahaja. Dia mula jatuh sakit pada hari Rabu, 12 Jun. Sungguh menyayat hati untuk menyaksikan kesakitannya. Pada mulanya, tiada bunyi keluar dari mulutnya, hanya air mata yang mengalir di wajahnya. Akhirnya, suaranya memecah keheningan. Dia berkata, “Tolong hubungi Auntie Love … Saya memerlukannya untuk membantu memberitahu Allah untuk menghantar semula Mamajee hanya satu minit. Yang saya perlukan adalah satu minit, hanya satu minit, dan saya akan kembali kepada Allah.”
Ibu Fatimah kemudian memuat naik status seterusnya di instagram The Family UK. Gambar tersebut menunjukkan perbualan antara ibu Fatimah dan Pelakon serta pengacara terkenal tanah air, Neelofa. Di fahamkan, arwah Adam merupakan bapa sepupu kepada Neelofa.
Last week, Allah sent us an angel all the way from the holy land of Makkah. I’ve been meaning to share this since last week, but I couldn’t find the right words to match the amount of love and support she has given us. She may not be here with us physically, but she has put in lots of effort and sacrificed her time for us. She spoke to Fatimah and showed her the house of God – the Ka’abah, trying to soothe the little girl with a broken heart.
And not only that, she stayed longer until after Isha’ prayer in front of the Ka’abah then called back to speak to Omar Mukhtar and Ali. She also checked on Fatimah to see how she was. No words could describe how blessed we were to have such a beautiful angel showering us with her love and prayers. May Allah bless her beautiful soul and keep her safe from any harm. Mamajee would be so happy to know that his dearly beloved are being surrounded by so much love from their Auntie Love.
Rata-rata sebak membaca perkongsian sayu daripada Fatimah. Mereka mendoakan agar keluarga ini terus kuat dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang.
Stay strong Fatimah
Oh god, tears
Saya mampu doakan Fatimah dan keluarga diberi kesabaran dan kekuatan
Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Colombia itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya. – Agensi
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.