Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
Ads
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
Ads
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesuatu yang menakjubkan! Mungkin itu yang dapat digambarkan bagi keluarga yang berasal daripada negara Singapura ini apabila dianugerahkan empat orang cahaya mata berkongsi tarikh lahir yang sama.
Pasangan suami isteri Salihin Ahmad Perbah, 49 tahun dan Khairunnisa Abdul Karim, 39 tahun ini tidak sama sekali menyangka setiap kelahiran adalah pada tarikh 6 September. Malah apa yang lebih istimewa, anak pasangan ini bukannya kembar dan dilahirkan secara normal.
Ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan oleh mediacorp.sg. Difahamkan empat orang anaknya itu adalah Shahin Khalish 12 tahun (2011), Sairish Khaila 10 tahun (2013), Shaila Kheisha lapan tahun (2015) dan yang terbaru Shaira Khaira.
“Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan, Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.
“Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama,” cerita Encik Salihin mengenai anak keempat dengan berat 2.91 kilogram yang dilahirkan pada pukul 12.18 tengah hari.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph, merupakan doktor yang menyambut kelahiran semua empat anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa di Hospital Raffles.
Bagi tiga anak Encik Salihin dan Cik Khairunnisa, kelahiran adik bongsu mereka ibarat hadiah hari jadi yang tiada tolok bandingnya.
Manakan tidak, mereka “memang selalu minta nak adik” dan dapat adik pula pada tarikh yang sama dengan hari lahir mereka.
“Mereka kata semua hadiah yang mereka dapat nak beri ‘baby’ baru sebab mereka sudah puas dengan semua hadiah,” kongsi Encik Salihin mengenai telatah anak-anaknya itu.
Menceritakan tentang sambutan hari jadi mereka, Encik Salihin menyifatkannya sebagai “memang meriah”.
“Setiap kali kami menyambut hari lahir memang meriah, terutama sekali (selepas anak) yang ketiga. Hadiah yang kami dapat hampir-hampir setengah bilik mereka,” cerita Encik Salihin lagi.
Dengan kehadiran anak keempat, yang sama tarikh lahir, Encik Salihin merancang untuk pergi bercuti sekeluarga pada hari lahir mereka.
“Insya-Allah (dengan anak) yang keempat ini mungkin kami nak pergi bercuti sahaja. Memang saya rancang nak bercuti untuk hari jadi anak-anak tahun ini. Tapi bila dapat tahu isteri mengandung, saya tunda tahun depan,” cerita Encik Salihin.
Selain daripada kecederaan kepala yang teruk disebabkan oleh kemalangan jalan raya, 95% adalah disebabkan oleh penderaan kanak-kanak yang berusia 1 tahun. Pendarahan yang berlaku di bahagian lapisan luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah dipanggil “subdural haemorrhage”. Pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’.
Sebab-sebab
Goncangan yang kuat berulang kali adalah penyebab kepada keadaan “Shaken Baby Syndrome”, penyebab ini telah diterima pakai buat masa sekarang. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai kawalan leher yang lemah disertai dengan tekanan yang kuat, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Goncangan yang kuat terhadap bahagian lembut tengkorak dan otak boleh menyebabkan tekanan kepada saluran darah dan ianya akan pecah menyebabkan perdarahan subdural. Pada ketika ini, keadaan kanak-kanak yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” disebabkan oleh goncangan yang kuat dan berulang, lalu mengalami kecederaan akibat dari goncangan tersebut.
Kesan Kecederaan – apabila kanak-kanak di campak dengan kuat ke dinding, ke lantai atau pada objek lain atau terkena kepada kepala/muka.
Keadaan ini biasanya terjadi apabila ibu bapa atau penjaga tidak tahu berbuat apa-apa terhadap bayi yang menangis berterusan sehingga kehendak/keperluan mereka dipenuhi.
Ini menyebabkan ibu bapa atau penjaga menjadi bosan dan tidak sabar semasa menjaga bayi tersebut. Ibu bapa atau pun penjaga dengan tidak secara sedar akan menggoncang bayi tersebut dengan kuat beberapa ketika atau pun menampar bayi tersebut dalam usaha untuk membuatkan bayi tersebut berhenti menangis. Terdapat beberapa kejadian di mana penjaga menggoncang buaian anak dengan kuat menyebabkan bayi terjatuh keluar daripada buaian.
Epidemiologi
Terdapat 20-30 bayi “Shaken Baby Syndrome” dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Ini mewakili sebahagian kecil sahaja sedangkan sebahagian mungkin kanak-kanak mati di rumah atau sebelum ianya dirujuk di hospital lain. Lain-lain bayi berkemungkinan juga mempunyai “Shaken Baby Syndrome” yang ringan dan dirawat disebabkan oleh keadaan resah gelisah, muntah-muntah yang diklasifikasikan sebagai “infantile colic”.
Tanda-tanda dan gejala
Bayi yang dimasukkan ke hospital biasanya memberi sejarah seperti berikut ;-
Kebanyakan bayi-bayi ini kelihatan sihat, tiada keretakan di tengkorak dan tiada lebam-lebam di badan. Lain-lain tanda di badan adalah ;
Kesan/Akibat
Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).
Pencegahan
“Shaken Baby Syndrome” boleh dicegah daripada berlaku. Sekiranya ibu bapa atau penjaga merasa tertekan atau kecewa dengan bayi mereka. INGAT! JANGAN sekali-kali anak anda tersebut digoncang. Sekiranya anak anda menangis dengan tidak berhenti-henti, dan anda dalam keadaan kebingungan, dapatkan bantuan dengan;
Tempatkan bayi anda di tempat yang selamat seperti di atas katil bayi yang mempunyai pengadang di kedua-dua belah, atau di bilik permainan, dan pastikan bayi dalam keadaan selesa. Tinggalkan bayi sebentar dan tenangkan fikiran anda.
Dapatkan bantuan daripada kawan ataupun saudara-mara untuk menjaga bayi tersebut buat sementara waktu, ataupun membantu anda dalam kerja-kerja di rumah atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Ibu bapa atau penjaga seharusnya tidak merasa bersalah kerana tidak dapat memujuk bayi mereka supaya berhenti daripada menangis setelah beberapa kali mencuba. Kajian telah menunjukkan bahawa keadaan bayi menangis yang berterusan ini adalah perkara biasa terutama yang berumur 6-8 minggu. Ini dikenali sebagai ” PURPLE cry “
P : Peaks around two months.
U : Unpredictable, often happening for no apparent reason.
R : Resistant to soothing.
P : Pain-like expression on the baby’s face, even without any source of pain.
L : Long bouts, lasting 30 to 40 minutes or more.
E : Evening crying is common – what many parents know as the “witching hour” is now a scientifically proven fact
Bayi tidak akan mati disebabkan oleh menangis yang berpanjangan tetapi berkemungkinan mati disebabkan oleh goncangan.
Bayi anda janganlah dilambung ke atas atau diayun semasa anda bermain dengan mereka.
Rawatan
Bagi bayi yang mengalami “Shaken Baby Syndrome” mereka ini memerlukan rawatan perubatan yang berterusan untuk memastikan kemajuan perkembangan dan tumbesaran bayi tersebut. Begitu juga dengan rawatan penyakit sawan atau sawan babi (epilepsy), fisioterapi dan ‘occupational therapy’ untuk cerebral palsy. Hanya peratusan yang kecil di kalangan bayi dapat disembuhkan kerana otak mereka hanya mengalami sedikit pembengkakan dan kecederaan semasa kejadian.
Kumpulan Sokongan
Bayi boleh dibawa ke klinik atau hospital. Anda boleh membuat permohonan untuk memasukkan anak anda ke hospital sekiranya anda tidak dapat menjaga anak anda di rumah.
US National Center on Shaken baby syndrome http://www.dontshake.com/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jemunya makan lauk rebus dan panggang setiap hari. Apa kata di hujung-hujung waktu pantang kita cuba menu bergoreng pula.
Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain. Malah nak memasaknya pun teramatlah mudah berbanding serunding lain. Paling penting halia kena banyak supaya dapat buang angin dalam badan. Kasi panas!
Serunding Halia Pantang yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen. Malah caranya yang menunjukkan dengan langkah demi langkah buat semua teruja. Jom cuba resipi serunding halianya.
Bahan-bahan:
1/2kg ikan bilis
5 biji bawang besar
5 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam
Caranya:
1. Lada hitam tu cikpooja goreng ya. Kalau tak nak goreng pakai minyak, sangai pun boleh.
2. Hiris dan potong semua bahan seperti dalam gambar.
3. Dah potong semua bahan, goreng la ya. Minyak kena banyak dan biarkan bahan gorengan berenang renang. Goreng semua bahan asing-asing sampai kekuningan.
4. Lepas tu, toskan la ya. Letak tisu di bawahnya supaya serap minyak.
5. Dah siap goreng semua bahan, tunggu sejuk dulu dan kisar guna blender kering sampai hancur. Kalau nak tumbuk pun boleh, ikut pada citarasa masing-masinglah ya. Cikpooja blander bahan-bahan ni asing-asing, lepas tu baru gaul sebati.
6. Siap. Buat untuk makan sendiri. Simpan dalam balang kedap udara je. Tak payah masuk peti ais pun. IsyaAllah berbulan-bulan tahan. Kalau buat betul-betul kering elok.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.