Jemunya makan lauk rebus dan panggang setiap hari. Apa kata di hujung-hujung waktu pantang kita cuba menu bergoreng pula.
Serunding yang dihasilkan daripada halia dan ikan bilis ini memang lain daripada yang lain. Malah nak memasaknya pun teramatlah mudah berbanding serunding lain. Paling penting halia kena banyak supaya dapat buang angin dalam badan. Kasi panas!
Serunding Halia Pantang yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini mendapat sambutan menggalakkan daripada netizen. Malah caranya yang menunjukkan dengan langkah demi langkah buat semua teruja. Jom cuba resipi serunding halianya.
Bahan-bahan:
1/2kg ikan bilis
5 biji bawang besar
5 labu bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam
Caranya:
1. Lada hitam tu cikpooja goreng ya. Kalau tak nak goreng pakai minyak, sangai pun boleh.
Ads
2. Hiris dan potong semua bahan seperti dalam gambar.
3. Dah potong semua bahan, goreng la ya. Minyak kena banyak dan biarkan bahan gorengan berenang renang. Goreng semua bahan asing-asing sampai kekuningan.
Ads
4. Lepas tu, toskan la ya. Letak tisu di bawahnya supaya serap minyak.
5. Dah siap goreng semua bahan, tunggu sejuk dulu dan kisar guna blender kering sampai hancur. Kalau nak tumbuk pun boleh, ikut pada citarasa masing-masinglah ya. Cikpooja blander bahan-bahan ni asing-asing, lepas tu baru gaul sebati.
Ads
6. Siap. Buat untuk makan sendiri. Simpan dalam balang kedap udara je. Tak payah masuk peti ais pun. IsyaAllah berbulan-bulan tahan. Kalau buat betul-betul kering elok.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Pegaga, epal hijau, lemon dan madu memang banyak khasiatnya untuk kecantikan dan juga kesihatan. Pengambilan jus daripada sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk penjagaan kecantikan dalaman selain rahsia awet muda.
Jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Tidak dapat dinafikan di pasaran ada banyak minuman jus untuk kecantikan dalaman termasuklah minuman kolagen. Namun adalah lebih baik jika jus tersebut anda buat sendiri kerana ia lebih segar dan anda sendiri memilih bahan-bahan untuk dijadikan jus.
RESEPI JUS AWET MUDA
Cara hendak buatnya senang sahaja. Bukan setakat awet muda, jus ini juga turut membantu menambah susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Bahan-bahan yang digunakan ialah pegaga, epal hijau, lemon, madu dan air.
Khasiat pegaga sangatlah banyak. Selain membuatkan wajah awet muda, pegaga juga dapat menyuburkan rambut, membina kolagen secara semulajadi, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan sistem penghadaman.
CARA MEMBUAT:
2. Tapis pegaga untuk ambil airnya. Kalau dapat makan serat-seratnya sekali, lagi bagus. Baik untuk pelawasan.
3. Sedia untuk diminum. Amalkan selalu. Tidak perlu lagi beli minuman kolagen.
Setiap petua perlukan diamalkan secara konsisten. Barulah kita mendapat hasil seperti yang diinginkan.
Pelakon Yatt Hamzah akui seronok melalui proses berpantang meskipun sudah kali keempat bersalin.
Menurut Yatt, meskipun tidak semua amalan berpantang tradisional dituruti, namun dia akui sejak melahirkan anak pertama dia tetap amalkan 10 perkara untuk kekal sihat dan cepat kembali langsing.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi.
Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari.
Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu.
Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi. Asalkan anda melakukan beberapa panduan berikut.
1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak.
Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2.Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara konsisten mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean.
Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.
3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas dua bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil.
Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi.
Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan berbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan juga bayi.
4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi.
Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah enam bulan.
Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada maka sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.