Meskipun belum berumah tangga, penyanyi yang popular dengan lagu “Di Matamu”, Sufian Suhaimi berkongsi kepada peminatnya bahawa dia sudah mengambil anak angkat lelaki.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, jika sebelum ini Sufian bekerja keras untuk ibu, ayah dan keluarganya, dengan kehadiran anak angkatnya yang bernama Faeq Razeeq kini menjadi penyebab untuk dia bekerja dengan lebih kuat.

Baru Tahu Bestnya Ada Anak, Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat

Baginya, mungkin belum masanya untuk dia tamatkan zaman bujang, tetapi dia merasakan ini merupakan masa yang sesuai untuknya mengambil anak angkat kerana baginya anak itu juga merupakan satu rezeki.

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT

Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.
Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki.
Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

IKLAN
View this post on Instagram

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

Sufian juga turut berkongsi di mana Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah. Dan buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Bagi yang belum mempunyai anak, selalunya kita hanya akan nampak sisi keseronokan seseorang untuk menjaga anak. Tapi sebenarnya setiap individu mempunyai dugaan tersendiri dalam membesarkan anak. Pa&Ma kongsikan tip menjaga anak angkat :-

Baru Tahu Bestnya Ada Anak, Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat

IKLAN

Layani mereka seperti anak sendiri

Kebanyakan yang masih belum mendapat rezeki anak sendiri akan mengambil anak angkat sebagai penyeri kehidupan. Jaga dan besarkanlah mereka seperti mana kita menjaga anak sendiri.

Bersikap adil kepada semua

Jika suatu hari nanti selepas mengambil anak angkat, anda dikurniakan anak sendiri, ambil sikap sebagai ibu bapa yang adil untuk anak-anak. Walaupun anak sendiri adalah darah daging anda sendiri, ketahuilah sebelum anda mendapatkan mereka, anda terlebih dahulu sudah berkongsi kasih sayang dengan anak angkat anda.

IKLAN

Baru Tahu Bestnya Ada Anak, Sufian Suhaimi Percaya Rezeki Anak Angkat

Tidak meletakkan jurang antara adik beradik angkat

Didik anak-anak anda supaya tiada jurang antara mereka. Terapkan rasa kasih sayang dan saling menjaga antara satu sama lain. Barulah keluarga akan harmoni.

Anak angkat akan mewarisi harta dari sebelah keluarga kandungnya sahaja dan bukan dari keluarga angkat. Jika anak itu tak sah taraf, maka dia hanya akan mewarisi harta pusaka dari sebelah ibu kandungnya sahaja. Jika anak angkat mewarisi harta dari keluarga kandungnya, ibubapa angkat tidak berhak mengambil atau menuntut harta itu dari mereka.

SUMBER: Sufian SuhaimiAstro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI