Penggunaan cara hilangkan batuk kanak kanak secara semula jadi amat digalakkan untuk anak di bawah usia 6 tahun. Tetapi apakah antara petua hilangkan batuk kanak kanak yang boleh dicuba ya?

Batuk Anak Tak Hilang-Hilang, Boleh Cuba Kaedah Semula Jadi Ini

Cara hilangkan batuk kanak kanak semula jadi

Kebanyakan penyakit yang dialami anak boleh sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan campur tangan perubatan. Rawatan untuk batuk tidak disyorkan melainkan ia mengganggu tidur atau aktiviti harian mereka mahupun disertai dengan demam. Remedi rumah adalah lebih baik daripada ubat yang dibeli di kaunter (over-the counter, OTC) untuk merawat batuk anak kerana ubat OTC boleh mendatangkan kesan sampingan.

Berikut antara petua hilangkan batuk kanak-kanak:

1. Madu
Madu dapat menipiskan lendir dan memudahkan batuk keluar. Bahan semula jadi ini dipercayai sebagai ubat terbaik untuk melegakan batuk dan membantu si kecil yang tidak sihat tidur lebih lena.

Tetapi elakkan petua ini jika anak berusia bawah 1 tahun kerana ia boleh menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan teruk disebabkan bakteria tertentu yang terdapat di dalam madu.

IKLAN

2. Susu suam, salah satu cara hilangkan batuk kanak kanak
Cuba campurkan secubit serbuk kunyit dengan susu suam bagi memberikan kelegaan kepada sakit tekak anak.

3. Pengambilan cecair
Air suam atau air sejuk boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk. Pengambilan air mencukupi juga membantu memastikan anak kekal terhidrat. Berikan mereka air sejuk, jus sejuk atau suam, mahupun teh herba tanpa kafein suam.

Untuk si manja di bawah usia 6 bulan, berikan susu ibu dengan kerap untuk menghindari dehidrasi. Suhu panasnya membantu melegakan sakit tekak dan bertindak sebagai pengewap (vaporizer) yang mencairkan lendir dalam saluran hidung.

4. Sup ayam
Jangan terkejut, sup ayam turut dikatakan mempunyai sifat antiradang.

IKLAN

Suhu panasnya membantu melegakan sakit tekak dan bertindak sebagai pengewap (vaporizer) yang mencairkan lendir dalam saluran hidung.

5. Pelembap udara
Sentiasa gunakan pelembap udara (humidifier) bagi mengelakkan kekeringan udara persekitaran di dalam rumah.

6. Penyedutan wap
Steam inhalation membantu mencairkan lendir. Jadi gunakan alat ini pada anak sekerap mungkin.

7. Berkumur air garam, antara cara hilangkan batuk kanak kanak
Campurkan 1 ½ sudu teh garam dengan 237ml air, dan minta anak berkumur dengan larutan tersebut. Ia dipercayai dapat meredakan kerengsaan tekak yang sering disertai batuk.

IKLAN


Harus diingatkan petua hilangkan batuk kanak-kanak ini hanya sesuai untuk anak yang lebih tua dan sudah mahir berkumur.

8. Berehat
Galakkan anak untuk banyak berehat bagi meredakan ketidakselesaan yang dialami.

9. Elakkan perengsa
Jika batuk anak kering dan serak, ia mungkin kerana asma atau alahan. Jadi elakkan daripada mendedahkan anak kepada perengsa seperti asap rokok, minyak wangi atau haiwan peliharaan.

10. Mandian air suam, cara hilangkan batuk kanak kanak boleh dicuba
Mandian air suam juga boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan. Duduk bersama anak di dalam bilik mandi selama lebih kurang 20 minit dengan pintu tertutup – agar bilik menjadi berwap.

Kredit: Hello Doktor

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI