Musim anak batuk, selesema dan demam berpanjangan ini apa kata kita sediakan minuman berkhasiat untuk anak-anak dan keluarga.
Petua tradisional yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar menggunakan bawang yang dicampur bersama madu amat baik untuk meredakan batuk.
Jom tonton tip nak jadi bapa ‘cool’ dan terbaik.
Kali ini, Dr Rizal tampil sekali lagi berkongsi petua semulajadi bagi meredakan kahak atau gelema yang terperangkap. Mudah sahaja, hanya jadikan teh panas bersama campuran halia dan bunga cengkih. Wajib cuba!
Ads
Saya tengok ramai sangat orang. Kong kong bunyi. Teruk sangat. Nampak sangat gelema susah keluar. Degil. Ada tak cara natural nak hilangkan gelema ni? Oh mestilah ada.
Apa kata minum teh bunga cengkih. Boleh cari bahan bahan ni dulu.
1. Setengah inci halia atau halia sebesar ibu jari.
2. Satu batang kulit kayu manis
3. Setengah sudu besar bunga cengkih
4. Tiga mug air.
5. Madu
6. Setengah biji lemon
Ads
Nak buat senang. Panaskan air dan masukkan bahan 1-3.
Masak pada api sederhana. Bila mendidih, padamkan api. Guna penapis untuk tapis bahan.
Ads
Tuang ke dalam cawan. Masukkan madu secukup rasa. Perah lemon. Minum.
Senang saja kan. Apa kata cuba. Mulut pun tak berbau dah. Kalau habis buat lagi. Gitu.
“Moga ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibirmu” ialah doa Siti Sarah sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang ketujuh. Doa ini membuatkan ramai netizen tersentuh hati.
Sarah turut menceritakan tentang asalnya nama anaknya, Uwais. Nama Uwais Al Qarni ialah asalnya dimiliki oleh wali Allah yang sangat taat kepada ibunya serta segala doa yang dipinta dimakbulkan. Oleh kerana mengagumi, dia telah meletakkan nama anak sulungnya dengan nama tersebut.
Anak Sarah, Uwais yang kini berusia 7 tahun sudah menghafal banyak surah. Sebelum ini, Sarah & Shuib pernah dipuji kerana menggunakan kaedah ganjaran di mana Uwais akan diberikan barang permainan sekiranya menghafaz surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Sarah turut mendoakan agar anaknya, Uwais menjadikan ayat Al-Quran sebagai nyanyian dan tidak lekang dari bibir si anak, menjadi insan yang taat kepada Allah SWT , Rasulullah SAW serta ibu bapa serta menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Tidak lupa, didoakan semoga si anak beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.
Perasan tak di awal-awal kita bergelar ibu bapa, apa yang berlaku pada anak pastinya diambil berat. Orang kata ibaratnya ibu bapa tak senang duduk dan tak boleh dengar anak menangis.
Namun apabila anak semakin hari semakin membesar, dan bilangan anak makin bertambah, sikap kita ada sikit berubah. Itu pun tanpa sedar. Memang semua orang nak jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak tapi kadang-kadang diri sendiri tak perasan apakah yang berubah.
Perkongsian dari Parent Connect Consultancy, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini ternyata menjentik hati kita yang mungkin sedikit alpa dan tak terlambat lagi untuk kebaikan anak-anak kita semua.
APAKAH YANG BERUBAH?
Apabila bayi menangis, kelam kabut ayah dan ibu mencari puncanya. “Baby lapar rasanya Mama. Bila last Ma menyusu?” tanya si ayah.
“Eh! Tak sampai sejam tadi. Belum sampai waktu menyusu lagi Pa. Basah agaknya.” Balas ibu resah sambil memeriksa lampin bayi.
“Tak penuh pun lampinnya. Angin agaknya perut dia.”
Ayah lantas kelam kabut mencari minyak telon untuk disapu di perut bayi yang tangisannya semakin kuat.
Walau disapu dan diusap, tangisan bayi masih belum reda.
Ibu memeriksa suhu badan bayi, “Tak panas pun badannya Pa. “Kenapa ya Pa?” Ibu semakin resah.
“Cuba kuatkan kipas angin dan bukakan tingkap. Abang rasa bilik ini agak ‘stuffy’. Mungkin sebab itu.” Tanpa berlengah ibu menuruti cadangan ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk menghentikan tangisan bayi dan mendamaikannya.
“Sama saja Pa. Tak berhenti jugak. Kenapa ni Pa? Jom kita bawa ke klinik. Risau saya.” Ibu sudah hampir mati akal. Ibu selalunya cepat tersentuh apabila anak menangis tidak berhenti. Iyalah, bukan senang hendak mengandung dan melahirkan. Jika tidak cepat bertindak, kalau berlaku apa-apa, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengubah apa-apa.
Tiba-tiba
“Eh! Ini semut merah ni. Mana datang semut? Bukankah syarikat kawalan serangga datang sembur baru-baru ini.” Ayah bingkas memeriksa ‘cot’ bayi.
“Ya Allah Ma, tengok ni. Ini bekas digigit semut. Patutlah dia menangis tidak berhenti. Sakit ni Ma. Kesian.” Ayah menunjukkan benjolan kecil pada kulit bayi akibat digigit seekor semut durjana itu. “Cepat-cepat ambik krim yang Ma beli online tu dan sapukan. Mudah-mudahan melegakan.”
Setelah digosok, dituam, disusukan, dibelai, dibuai, dan didodoi, tangisan bayi pun reda. Bayi terus tertidur dalam dakapan ayah. Lega ayah. Lega ibu.
Ibu Bapa Mula Berubah Bila Anak Boleh Berjalan & Berkata-Kata
Begitulah respon kita kepada bayi. Setiap tangisan bayi adalah satu bentuk komunikasi yang harus kita rungkaikan kerana mereka belum boleh berkata-kata. Kita tidak melihat bayi sebagai manusia yang manipulatif, dan cuba menguji. Ibu bapa yang peduli dan proaktif akan cuba untuk memahami dan mencari punca bagi mencari solusi masalah yang dihadapi oleh bayi.
Sikap kita mula berubah apabila anak sudah boleh berjalan dan berkata-kata. kita tidak lagi dengan sepenuh hati cuba untuk mencari punca. Kita jarang bertanya kenapakah anak saya begini? Kita terus bertanya apa yang harus saya lakukan? Ada yang terus melabel anak nakal, biadap, degil dan diratib tidak berhenti-henti di hadapan anak.
Mungkinkah anak tidak mempunyai skil untuk menghadapi kekecewaan maka dia selalu dilihat meragam dan memberontak apabila kecewa? Jika itu puncanya, bekalkan anak dengan skil untuk menghadapi kekecewaan. Bukannya terus marah apabila dia meragam. Hukuman tidak membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak tahu cara untuk berinteraksi? Dia tidak mempunyai kosa kata yang positif dan baik untuk digunakan. Yang dia tahu hanyalah perkataan yang kasar dan mencarut untuk meluahkan perasaannya. Anak ini juga tidak mempunyai skil. Bekalkan anak dengan skil komunikasi yang positf, bukannya dengan hukuman yang tidak membantu membina skil tersebut.
Mungkinkah anak tidak berupaya untuk mengungkapkan kesakitan fizikal yang dialaminya maka dia selalu meraung walau disebabkan perkara yang kecil? Ataupun anak mungkin mengasingkan diri dan tidak berkawan disebabkan kesakitannya? Bekalkan anak dengan skil untuk memberitahu dan meluahkan. Kita juga perlu lengkapkan diri kita dengan skil untuk mendengar dan memantau, bukan hanya skil untuk membebel.
Sebagaimana seorang bayi, tingkahlaku dan tindakan seorang anak termasuklah anak remaja, adalah satu bentuk komunikasi.
Tanya diri kita, apa yang cuba anak sampaikan?
Apakah keperluan yang tidak cukup?
Apakah yang terlebih?
Apakah skil yang anak perlukan?
Kemudian sama-sama kita mencari solusi.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak seperti dahulu, kini menukar duit raya bagi mendapatkan duit raya baru dan wangi cukup mudah. Tidak perlu beratur panjang dikaunter, kini Maybank sekali lagi menawarkan khidmat pertukaran wang yang sama hanya di mesin ATM sahaja.
Macam mana nak buat dan bagaimana langkahnya? Ini panduan untuk semua.
Tukar duit raya di ATM je sekarang, tak perlu lagi beratur panjang di bank.
1. Pergi ke mesin ATM khas di mana-mana cawangan terpilih di seluruh negara. (sila rujuk senarai)
Mesin ATM khas ni ada tanda “Khas untuk pelanggan Maybank. Dapatkan wang kertas RM50 di mesin ini.”
Tapi, tu lah, tidak semua mesin ATM mengeluarkan duit not RM10 dan RM20. Kebanyakkan hanya keluarkan duit not RM50 sahaja. 😅😅
Senarai lokasi mesin ATM yang ada duit not RM10 dan not RM20 ada dalam gambar.
2. Kemudian, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.
3. Jumlah maksimum adalah sebanyak RM1,500. Pilih dan terus keluarkan duit baru daripada mesin tersebut.
4. Sekiranya anda ingin mengeluarkan jumlah duit yang banyak anda perlu ulang semula langkah 3 di atas.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.