Susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu. Itu tak boleh di sangkal lagi oleh mana-mana kajian di dunia. Tetapi, kita semua akur, ada banyak keadaan di mana ibu tak dapat nak menyusukan bayi, setelah berusaha dan berikhtiar, maka nak tak nak kena beri juga susu selain susu ibu.

Kalau ibu memilih nak bagi bayi susu fresh milk, mana satu nak pilih?

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

Berdasarkan perkongsian Dr Aishah Alsagoff, pertama sekali ibu kena faham susu freshmilk hanya untuk bayi umur 1 TAHUN ke atas sahaja.

Sebab apa?

Sebab, antara susu ibu, susu lembu formula dan susu lembu fresh milk, susu fresh milk lah mempunyai kandungan zat besi yang paling rendah.

Bayi bawah 1 tahun memerlukan zat besi yang tinggi untuk perkembangan otak dan pembesaran. Pengambilan harian susu fresh milk sebelum umur 1 tahun akan menyebabkan ‘iron deficiency anemia’ (anemia disebabkan kurang zat besi).

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini

Ok, so rule no 1, bayi mestilah berumur 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA.

IKLAN

Setiap susu yang dikotakkan basically telah melalui 3 proses : pasteurisation, homogenization, dan fortification.

Pasteurisation bermaksud susu dipanaskan dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria dan memanjangkan jangka hayat simpanan susu. Susu UHT pula adalah susu yang dipanaskan dengan suhu yang lebih tinggi, ‘ultra high temperature’. Biasa perasan kan ade tulisan UHT tu?

Selepas tu proses ‘homogenization’ adalah untuk membentuk tekstur susu yang smooth dan sekata.

Akhir sekali susu di’fortified’ untuk meninggikan nutrisi dalam susu dan mengganti nutrisi yang hilang semasa melalui proses pemanasan tadi.

Di kotak biasa akan ada tulis pasteurised ke, homogenised ke. Boleh biasakan baca kotak susu

IKLAN

Jadi, nak pilih FULLCREAM ke FRESH MILK?

Perasan tak susu dutch lady contohnya, ade 2 jenis iaitu ‘full cream’ dan ‘fresh milk’. Boleh rujuk gambar.

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini
Fullcream milk. Lengkap vitamin A, D2, B3, B12. Kandungan lain sama seperti fresh milk

Susu full cream ni whole milk. Susu lembu yang telah diproses dan dicukupkan nutrisi. Tinggi lemak, tinggi protein, tinggi karbohidrat, lengkap semua vitamin yang diperlukan. Susu ni sesuai untuk bayi.

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini
Fresh milk. Tiada vitamin A, D3, B12. Cuba compare kalsium, protein dan lemak tetap sama seperti fullcream

Susu fresh milk pula adalah susu segar yang disterilkan sahaja dan tak melalui proses-proses lain. Kandungan lemak, protein, karbohidrat sama seperti fullcream. Cuma, cuma, kurang atau tiada vitamin A dan D3. Jadi, tidak sesuai untuk bayi untuk jangka masa yang lama.

So, rule no 2, pilihlah susu WHOLE MILK/FULLCREAM untuk bayi.

IKLAN

Ada banyak lagi jenis susu sebenarnya.

Perbezaan antara jenis susu lembu ini mainly dari kandungan lemak dan kandungan vitamin sahaja. Kandungan protein, karbohidrat dan zat besi semua sama.

Whole cream/pure milk
– ini susu lembu yang diproses dan ditambah nutrisi. Seperti fullcream tadi lah
– kandungan lemak 3.4%
– mengandungi vitamin A, D3, B2, dan B12 yang mencukupi

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini
Contoh skim milk. Bukan untuk bayi

Skimmed milk
– susu lembu yang telah dikeluarkan ‘cream’ ataupun ‘milkfat’ supaya buang lemak dan rendah kalori.
– kandungan lemak susu ini sangat rendah hanya 0.1-0.2%.
– sumber vitamin A juga rendah
– sesuai untuk orang yang jaga berat badan dan taknak tinggi kalori
– TAK SESUAI untuk bayi

Low fat
– susu ini hanya sebahagian ‘milkfat’ di keluarkan
– kandungan lemak 1-2%, lebih rendah dari whole milk
– juga TAK SESUAI untuk bayi

Bayi 1 Tahun Ke Atas, Ibu Nak Bagi Fresh Milk Doktor Sarankan Susu Ini
Ada tulis pasteurised and homogenised. Kebanyakan susu akan tulis di label.

Unpasteurised milk/raw milk
– susu lembu asli yang tidak melalui proses pensterilan. Terus dari perahan.
– biasa jumpa di ladang
– TAK BOLEH untuk bayi kerana risiko jangkitan kuman

Sumber: Dr Aishah Alsagoff

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI