
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas dalam sebuah baldi berisi air di sebuah rumah di Jalan Sri Permata Ladang, Seremban, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan terlangkup di dalam baldi yang mengandungi sedikit air sabun di halaman belakang rumah.
Tragedi Bayi Lemas Dalam Baldi Air Sabun Di Seremban
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.22 malam.
“Pada jam 7.22 malam tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima satu laporan polis berkaitan satu kes kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan di sebuah rumah.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan, mendapati mangsa diasuh neneknya bermula jam 9 pagi pada hari kejadian sementara ibu dan bapa bayi keluar bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nenek Sedar Bayi Hilang Dari Buaian
Menurut beliau, sebelum kejadian, bayi itu dibiarkan tidur di dalam buaian sementara neneknya melakukan kerja rumah.
“Kira-kira jam 2.30 petang, mangsa dibiarkan tidur di dalam buaian sementara neneknya memasak dan menjemur pakaian.
“Tidak lama selepas itu, neneknya menyedari mangsa sudah tidak berada di dalam buaian dan selepas mencari, dapati mangsa di dalam sebuah baldi yang berisi sedikit air sabun di halaman belakang rumah dalam keadaan kepala di bawah,” katanya.
Insiden bayi lemas dalam baldi seperti ini sering menjadi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak kecil walaupun di dalam rumah sendiri.
Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital
Mangsa kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital oleh pegawai perubatan pada jam 4.30 petang.
“Bedah siasat dijalankan pada jam 1 pagi tadi namun punca kematian masih dalam siasatan atau ‘pending lab investigation’,” katanya.
Tambah beliau, seorang wanita berusia 54 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siasatan Polis Berhubung Kes Bayi Lemas Dalam Baldi
Kes bayi lemas dalam baldi itu kini masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor R Sinniah di talian 06-6033222,” katanya.
Kejadian tragis bayi lemas dalam baldi ini turut mengundang perhatian masyarakat yang menzahirkan rasa sedih serta simpati terhadap keluarga mangsa.
Baca lagi: Budak 10 Tahun Patah Rahang, Abang Tingkatan 5 Marah Basikal Terkena Kaki
Kamal Adli Prihatin Hulur RM100, Tersentuh Hati Tengok Anak Kira Duit Syiling/
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





