Allahuakbar… luluh hati bila dengar kisah begini. Bayi perempuan yang baru berusia 15 bulan, dipercayai menjadi mangsa dera sehingga meninggal dunia di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, Melaka, malam tadi.
Lebih menyedihkan, si kecil yang tidak berdosa itu dipercayai didera oleh insan yang sepatutnya menjadi pelindung utama dalam hidupnya iaitu ibu kandung sendiri dan teman lelaki ibunya.
Kesan Lebam & Luka Di Tubuh Kecil Bayi
Menurut maklumat awal, kejadian terbongkar selepas pihak Hospital Tampin menerima bayi berkenaan yang tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam, dihantar sendiri oleh ibu kandungnya yang berusia 24 tahun.
Gambar Hiasan AI
Namun, si kecil itu sudah tidak bernyawa. Hasil pemeriksaan doktor mendapati kesan lebam jelas kelihatan pada perut, belakang badan, serta kecederaan serius pada bahagian lubang dubur bayi tersebut. Keadaan itu menimbulkan syak berlakunya penderaan ke atas mangsa.
Tinggal Bayi Dengan Teman Lelaki, Balik Hanya Tubuh Kaku
Difahamkan, wanita itu membawa anak tunggalnya dari Kampung Anak Air Durian Daun Pondoi, Tampin ke tempat kerja teman lelakinya yang berusia 20 tahun di Bandar Satelit sekitar 6.30 petang semalam.
Ads
Sewaktu berada di premis kedai, wanita itu meninggalkan bayi kecilnya bersama teman lelakinya kononnya untuk membeli makanan. Ketika kembali semula, dia memberitahu bahawa bayi itu sudah ditidurkan sekitar jam 10 malam, manakala teman lelakinya sibuk menguruskan kedai.
Namun, kira-kira jam 10.30 malam, ibu muda itu mendapati anaknya tidak sedarkan diri ketika cuba mengejutkannya untuk pulang ke rumah mereka di Tampin.
Tanpa berlengah, pasangan tersebut membawa bayi itu ke Hospital Tampin. Malangnya, doktor yang merawat mengesahkan bayi berkenaan telah pun meninggal dunia.
Ads
Polis Sahkan Siasatan, Pasangan Direman
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong mengesahkan menerima laporan kejadian menyayat hati ini.
Menurut beliau, pasangan kekasih terbabit akan direman di Mahkamah Majistret Alor Gajah pagi ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ads
Pa&Ma ingin mengingatkan, anak kecil adalah amanah paling besar dari Allah SWT. Dalam usia setahun lebih, mereka masih tak tahu apa-apa, hanya mampu menangis dan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa.
Semoga kejadian tragis ini menjadi pengajaran buat kita semua agar lebih cakna, lebih prihatin dan lebih sayangkan anak-anak kita.
Al-Fatihah buat arwah bayi kecil ini. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang dikasihi Allah SWT.
Memiliki jumlah anak yang ramai sememangnya satu kesenangan untuk kita dihari kemudian. Namun menambah anak dalam tempoh waktu yang gawat ini memerlukan untuk kita duduk dan berbincang banyak perkara dengan pasangan. Bersediakah kita?
Perkongsian Parenting Influencer, yang juga seorang bapa anak satu Adam Kelvin yang sering berkongsi mengenai kehidupan dan keibubapaan ini sememangnya amat benar. Banyak perkara yang perlu dibincangkan jika ingin menambah anak. Hal inilah menjadi penyebab mengapa kaum Cina selesa dengan dua anak sahaja berbanding memiliki anak ramai.
Pandangan lelaki Cina mengenai family planning
1. Struggle in motherhood & fatherhood are real. Kami berdua mengaku yang kami memang struggling dalam fasa parenthood. Bila ada anak, saya kena ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi di zaman kanak-kanak saya, tidak berulang kepada anak saya.
Kami berdua masing-masing ada trauma zaman kanak-kanak. We are still healing from it. We are trying hard to break the cycle for the sake of our son.
Cuba sedaya upaya untuk elak anak heal trauma dari kami berdua apabila dia dewasa kelak.
2. Ada banyak masa Masa untuk saya dan wife belajar mengenai karakter anak & parenting skill lebih banyak. Nak jaga emosi baby, jaga emosi anak sulung, jaga emosi wife dan pada masa yang sama nak jaga emosi diri sendiri lagi?
Tipulah semua smooth kan? Ada masa badai melanda juga. Belum termasuk tsunami. Huhu.. even baru sorang anak. Ada masa saya juga terbabas bila marah anak. Rasa teruknya sebagai seorang ayah.
3. Hormati hak dan badan isteri. Actually sebelum berkahwin, wife saya ada bagitau yang dia tak nak ramai anak sebab dia anak sulung dari 9 beradik.
Emosinya banyak terabai kerana menjaga adik-adiknya yang semuanya jarak rapat-rapat. Setiap orang hanya jarak 2 tahun saja.
Dia pula ada mindset yang lelaki akan berubah bila dah ada anak. Itu yang dia nampak dan lalui masa kecil dan remajanya.
Jadi dia fikir, kalau anak tak ramai, senang dia nak berdikari. Haha..nak angkut anak lari ke apa senang kalau tak ramai.
Bunyi macam kelakar juga. Tapi kasut orang tak sama kan? Hanya yang pernah pakai kasut seperti tu saja yang faham betapa peritnya nak jaga 9 adik dan imbangkan pelajaran.
Tapi saya okay saja sebab saya sendiri pun taknak anak ramai. Paling-paling pun 2 orang saja. Namun, wife saya memang mengalami trauma yang teruk selepas bersalin sampai ke harini.
Isteri perlukan masa untuk recover dari sakit bersalin dan nak kembalikan bentuk badan macam sebelum bersalin.
Lagi satu, yang mengandungnya isteri. Yang hadap morning sicknessnya isteri, yang hadap sakit dan azab sakit bersalinnya isteri.
Saya tengok sendiri wife masih muntah-muntah beberapa jam sebelum ditolak ke labour room. Kesian sangat.
Belum lagi tambah keserabutan isteri bila menyusukan anak. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak.
Jadi, tak salah pakai perancang kalau kita nak isteri cantik selalu. Suami kenalah support dan bagi kerjasama.
4. Financial Haha.. sebenarnya ini isu pokok dari semua di atas. Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki tu sentiasa ada. Tak dinafikan. Esok masih hidup pun dikira rezeki. Dapat makan hari ini pun dikira rezeki, kan?
Anak saya perbelanjaan seorang pun RM1,000 sebulan. Pengasuh RM500 Insurans RM200 ASB RM200 Pampers RM120
Masa ni 100% anak minum susu ibu. Bukan susu formula. Boleh bayang kalau susu formula punya harga dikira sekali? Tu belum termasuk makan minum, pakaiannya lagi. Dah menelan belanja RM1k lebih.
Paling kurang, bagilah kita sebagai parents dapat bernafas dan selesa dengan kedudukan kewangan sebelum menambah anak.
Duit simpanan atau lebih RM1,000 tu boleh guna untuk hantar ke tadika yang berkualiti sikit. Tambah pula sekarang anak dah masuk tadika. Annual fees segala bagai dah beribu-ribu.
Saya pun sedia maklum early childhood education memang mahal. Nak yang terbaik, memang kena usahakan juga.
Tak pelik kalau chinese memang tak memiliki ramai anak. Anak mostly 2 orang saja. Paling ramai pun 3 orang. 4 orang tu kira ramailah bagi keluarga cina. Haha..tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki.
FAMILY PLANNING INDEED IS VERY CRUCIAL. Setelah mengambil kira semua faktor di atas, kami decide sorang saja anak buat masa ini cukup. Huhu..
Jangan pedulikan orang kata mental koyak ke apa sebab mereka tak berada di tempat kita.
Adam Kelvin Hakikat itu pahit and it’s way too expensive to have another baby. Reality check.
Sebaik menimang cahaya mata, anda seharusnya mula memikirkan tentang perancangan bagi menampung kos pendidikan bermula daripada Tadika, persekolahan rendah dan menengah; serta peringkat lebih tinggi iaitu kolej atau universiti.
Ramai sedia maklum dengan peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa yang mana ia turut melibatkan pertambahan biaya pendidikan. Tambahan pula pada masa kini, kos pendidikan di kolej mahupun universiti awam ataupun swasta boleh mencecah sehingga ratus ribu ringgit untuk peringkat Ijazah, bergantung kepada bidang pengajian yang bakal dipilih oleh si anak.
Malah, anak yang belum masih bersekolah pun memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Mana tidaknya, yuran tuisyen perlu dilunaskan. Pembelian alat-alat persekolahan juga perlu disediakan selengkapnya. Itu belum mengambil kira perbelanjaan harian seperti duit saku, kelengkapan ko-kurikulum, sumbangan PIBG dan lain-lain lagi.
Jika perancangan perbelanjaan pendidikan tidak disediakan lebih awal, pasti anda bakal tertekan saat ia diperlukan. Bagaimana caranya untuk menyediakannya? Jawapannya ialah membuat simpanan. Lebih awal anda bermula, lebih tinggi simpanan yang dapat dibuat untuk pendidikan si anak kelak.
Merancang
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah letakkan sasaran tempoh masa. Kedua, sasarkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. Dan ketiga, jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Jika anak berusia bawah satu tahun tahun, anda pasti menjangkakan dia masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka, tempoh yang ada adalah selama 17 tahun. Setelah itu, tetapkan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.
Selanjutnya, jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama dan anda akan mendapat jawapan jumlah wang yang perlu dikumpulkan bagi menampung perbelanjaan pendidikan di masa akan datang. Dengan jawapan itu, anda perlu bahagikan kepada 12 bulan pula dan akhirnya jumlah bulanan yang perlu disimpan akan diperoleh.
Cara nak simpan
1. Kumpulkan RM900 sebelum anak lahir
Sebaik sahaja disahkan hamil, mula kumpulkan RM900 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan. Jangan fikir susah untuk kumpulkan RM900. Anda, suami isteri boleh berkongsi menyimpan RM100 sebulan. Suami RM50, isteri RM50. Dalam masa 9 bulan cukuplah RM900 semasa anak dilahirkan.
Dana RM900 ini perlu dimasukkan ke dalam institusi penyimpanan wang yang dipercayai. Antaranya unit saham amanah, bank, Tabung Haji, unit amanah dan yang seumpamanya atas nama anak itu sendiri dan salah seorang daripada anda sebagai pemegang amanah akaunnya.S
2. Simpan duit raya minimum RM100 setahun
Sebagai tambahan daripada apa yang disimpan sebelum kelahirannya, kumpulkan sekurang-kurangnya RM100 daripada jumlah duit raya yang diperolehinya. Kalau simpan lebih banyak, lebih bagus!
Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya akan bertambah apabila dikumpulkan tanpa culas setiap tahun. Tidak percaya? Segeralah lakukannya semasa sambutan Hari Raya tahun depan.A
3. Ambil pelan pendidikan insuran atau takaful
Pelan pendidikan adalah satu cara anda memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga. Andaikan suatu hari nanti, pencari nafkah utama meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Berkemungkinan besar, beliau tidak berupaya untuk bekerja. Jadi, pelan pendidikan dapat membantu.
Bila situasi ini berlaku, pelan pendidikan anak anda dibayar oleh syarikat insuran atau takaful sehingga tempoh matang pelan pendidikan yang telah diambil. Jadi, ada jaminan untuk anak anda meneruskan pengajiannya walaupun berlaku malapetaka yang tidak diingini dalam keluarga.
4. Kumpul bar emas
Anda digalakkan untuk menyimpan emas kerana nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun. Lebih istimewa, ia kalis inflasi. Sekiranya anda mula menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula daripada bulan kelahirannya, maka akan ada 216 gram emas. Cara ini secara tidak langsung, dapat menampung pendidikan si anak walau apa pun yang berlaku kepada ekonomi dan ringgit Malaysia.A
5. Akaun 2 KWSP
Bagi yang bekerja di sektor swasta dan memiliki akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda mempunyai simpanan yang dibahagikan kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Menerusi akaun tersebut, anda boleh memohon pengeluaran pendidikan.
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan yang terkandung di dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian anak. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengeluaran simpanan dibenarkan oleh KWSP.
Antaranya ialah anak anda perlulah telah mendaftar untuk pengajian akademik/ professional/ kemahiran vokasional di institut pengajian tinggi (IPT) yang dibenarkan. Selain itu, anak itu mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.
Sekiranya anak anda belajar di IPT dalam negara, pengeluaran diluluskan tidak kira jika belajar secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh atau francais. Walau bagaimanapun jika pengajian itu di IPT luar negara, KWSP membenarkan pengeluaran untuk tanggungan pengajian sepenuh masa sahaja.
Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan pejabat KWSP. Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 -8922 6000 atau Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my
Bebas hutang
Kesimpulannya, dengan membuat simpanan awal dana pendidikan, anak anda sudah pasti tidak perlu membuat pinjaman pendidikan semasa masih dalam tempoh pengajiannya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan diri daripada dibelenggu dengan bebanan hutang sewaktu di awal alam pekerjaannya kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika solat, anak mulalah meragam dan menangis tanpa henti. Apa mak atau ayah nak buat bila berdepan dengan tangisan anak? Perlu ke berhenti dari solat?
Soalan ini pernah diajukan kepada pihak Mufti dan berikut ialah penjelasan berdasarkan fatwa dan hadis sahih.
“Saya ingin bertanya tentang hukum membatalkan solat fardu disebabkan kadang-kadang apabila tengah solat anak menangis tiba-tiba dan terkadang itu tangisannya sangat teresak-esak.
“Jadi saya bimbang apa-apa terjadi padanya maka saya pun membatalkan solat saya. Mohon penjelasan daripada pihak Mufti. Terima kasih.”
Melalui penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk pertanyaan di atas, haram membatalkan solat fardu kerana anak menangis selagi mana tidak sampai ke tahap yang membimbangkan tentang keselamatan si anak.
Apa yang perlu dilakukan adalah mempercepatkan solat dengan melakukan perbuatan rukun-rukun dalam solat sahaja tanpa melakukan perkara-perkara sunat dalam solat.
Pun begitu, ibu dan ayah boleh membatalkan solat fardu sekiranya tangisan tersebut seolah-olah anak itu berada dalam bahaya.
Hal ini kerana, dalam Islam membatalkan sesuatu amalan dengan sengaja tanpa sebab-sebab yang dibolehkan syarak adalah dilarang dan hal ini merupakan perkara yang disepakati oleh fuqaha.
Oleh itu, seseorang yang sedang mendirikan solat fardu, tidak boleh membatalkan solatnya melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
“Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” Surah Muhammad (33)
Antara keuzuran yang dibenarkan syarak itu ialah seperti membunuh kala jengking, ular, menyelamatkan diri daripada bahaya atau apa sahaja yang boleh memberikan mudarat kepada diri orang yang sedang menunaikan solat.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Bunuhlah dua binatang hitam ketika solat iaitu ular dan kala jengking.” Riwayat Abu Daud
Berdasarkan kepada hadis diriwayatkan oleh Abu Qatadah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Ketika aku sedang solat, aku ingin memanjangkan solat. Lalu aku mendengar tangisan seorang kanak-kanak hingga menyebabkan aku memendekkan solatku kerana bimbang akan menyusahkan ibu kepada kanak-kanak tersebut.” Riwayat Abu Daud