Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji, kelmarin.
Mangsa ditemui dalam keadaan tertonggeng dalam sebuah tong sampah di tepi katil berkenaan oleh pengasuhnya sekitar jam 6.15 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian mangsa ditinggalkan tidur di katil itu dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai benteng sejak jam 5 petang.
“Sekitar jam 5.30 petang, pengasuh bayi itu, seorang wanita berusia 24 tahun ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik.
“Bagaimanapun kali kedua menjenguk lebih kurang jam 6.15 petang didapati bayi itu telah jatuh dengan kepala berada dalam tong sampah, kejadian itu tidak disedari kerana tiada sebarang bunyi tangisan kedengaran,” katanya.
Menurutnya, bayi terbabit telah diasuh di rumah itu sejak berusia 30 hari dan dikatakan baru sahaja pandai merangkak.
“Tiada sebarang kesan penderaan atau kesan lain pada tubuh bayi itu, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kelemasan,” katanya.
A Asmadi berkata, lokasi kejadian iaitu sebuah rumah lot satu tingkat dengan lima bilik telahpun dilawati polis.
“Pengasuh terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Memandangkan situasi sekarang ini pergerakan terhad ia sedikit memberi kesulitan kepada individu yang bergantung pada gaji hari atau hanya bekerja sendiri. Keadaan ini bukan saja memberi kesulitan tetapi menyebabkan mereka ini terpaksa berjimat.
Betul bagi orang yang tiada masalah mereka hanya akan rasa bosan kerana tidak dapat keluar tetapi bagi golongan yang sederhana dan berpendapatan rendah, keadaan ini benar-benar buatkan mereka rasa sedikit tertekan. Lagi-lagi yang mempunyai anak dan memerlukan bekalan makanan.Melalui perkongsian Abam Botak yang juga seorang sukarelawan dan sering membantu masyarakat, dia telah berkongsi kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.
Kayuh basikal minta sumbangan
Apa yang membuatkannya berasa sebak bapa ini sanggup mengayuh basikal dari jauh dan menahan vannya untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.
Bagaimanapun ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.
Namun pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.Nak salam cium tangan sebab terharu
Dalam perkongsian Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.
Namun dia menjelaskan rezeki ini hasil sumbangan orang ramai dan ia juga adalah rezeki untuk isteri dan anak dirumah.
Di kesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.
Siapa sangka percutian sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak bongsu mereka maut dipercayai terjatuh dari hotel mereka menginap di Tanjung Bungah, di sini, hari ini.
Menurut laporan dari MalaysiaGazette kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, baru selesai mandi di kolam renang hotel berkenaan bersama lima ahli keluarganya.
Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, mereka sekeluarga menginap di hotel berkenaan semalam bersama suami serta empat anaknya.
Jelas Siti Norra, mereka sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah sepatutnya menghantar anak sulungnya yang berusia 22 tahun ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau di sini, hari ini.
“Ketika kejadian kami semua mahu naik semula ke bilik untuk mengemas barang selepas mandi tingkat bawah hotel tersebut, namun tiba-tiba anak saya melulu masuk lif sebaik melihat orang awam keluar dari lif tersebut.
“Tiada seorang daripada kami yang sempat naik bersamanya ekoran pintu lif tutup dengan cepat. Susulan itu, kami mencari Nur Airis Hafeeya hampir 10 minit sebelum dikejutkan dengan berita penemuan mayat kanak-kanak di tingkat dua hotel tersebut.
“Saya tergamam dan tidak sangka mayat yang ditemui itu adalah mayat anak bongsu saya,”
Tambah Siti Norra, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak bongsunya itu walaupun ia merupakan dugaan berat buat mereka.
“Saya tak sangka jadi macam ini, baru seminggu saya kehilangan mak dan kini anak bongsu pula. Malah, pada hari kejadian saya meminta dia (Siti Airis Hafeeya) mencium jenazah mak buat kali terakhir, namun dia mengatakan tidak mengapa Hafeeya boleh jumpa tok di syurga dan baru saya faham maksudnya itu.
“Saya reda, Allah lebih sayang dia. Dia anak syurga,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara, Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.
Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.
Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.
Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410