Bayi Ada Alahan Telur, Nah Sediakan Eggless Pumpkin Muffin Dengan Cranberries Ni, Selamat Tanpa Telur!

Share

Pada bulan-bulan tertentu, bayi perlu diberikan ujian pengambilan telur bagi melihat sejauh mana bayi kita alah pada makanan yang satu ini. Jika ragu-ragu dan bimbang dengan penggunaan telur, atau bimbang anak mengalami alahan, resipi yang satu ini patut anda berikan buat bayi. Nampak pun sedap.

Resipi perkongsian Puan Myra Shafie menerusi Happy Baby Food Malaysia ini boleh ibu-ibu cuba tanpa merasa ragu. Bukan sahaja tak ada telur bahkan campuran bahan yang digunakan semuanya sihat-sihat belaka malah baik pada anak kita. Kurma dan cranberries bergabung untuk memberikan khasiat yang terbaik buat anak kita. Kenyang pulak tu. Jom cuba resipi kreatifnya.

Menu breakfast anak bujang pagi ni sebab godek-godek peti nampak ada lagi lebihan labu 3, 4 hari lepas. Dia duk lena tido lagi, ibu pun berperang di dapur.

Sesuai untuk baby yang allergik telur dan juga ibu yang tak ada oven. Kukus je, lembut sangat, baby tak ada gigi pun boleh makan hehe. Sambil tunggu anak bangun, ibu dah ngap dulu dah.

Steam labu ikut suka banyak mana.

Dah lembut, lenyekkan dengan kurma. Kurma saya rendam air panas sekejap then buang kulit.

Tambah setengah cawan unbleach flour, setengah sudu teh soda bikarbonat, setengah sudu teh baking powder.

Tambah 5 sudu besar air ( saya guna air rendaman kurma tadi) & 2 sudu besar minyak masak.

Kacau laju-laju bagi sebati. Nak blend pun boleh.

Optional untuk letak cranberries / kismis. Saya rendam dried cranberry dengan kurma tadi. Lepas tu potong halus.

Letakkan dalam acuan dan kukus 20-30minit.

Nak elak wap air masuk dalam adunan, saya balut penutup dengan kain.

Kejadiannya selepas dikukus. Memang lembut.

Artikel berkaitan: Ibu Mesti Perkenalkan Telur Pada Baby Untuk Tahu Tindak Balas Alahan, Follow Tip Dikongsi Ibu Ini

IKLAN