Rezeki Allah siapa nak duga! Tapi itulah yang berlaku pada sebuah keluarga di Melaka apabila menerima kehadiran seorang bayi perempun yang dianggap oleh mereka ‘bayi ajaib’ kerana tersorok disebalik dua ketumbuhan dalam perut ibunya.
Melalui laporan Harian Metro, kehadiran bayi yang dilahirkan pada 19 Jun lalu dengan selamat langsung tidak disangka kerana ibunya tidak pernah menyedari kehamilan tersebut sehinggalah tiba hari untuk membuat pembedahan membuang dua ketumbuhan dalam perut.
Sanisah (kanan) berkongsi pengalaman melahirkan bayi ajaib yang ‘tersorok’ di sebalik dua ketumbuhan.
Tak sangka mengandung lagi!
Bercerita mengenai kehadiran bayi perempuan yang dinamakan Nur Iman Amani Widodo ini, ibu bayi tersebut Sanisah Abu Bakar, 45, anggap ini semua rahsia Allah dan rezeki untuknya sekeluarga selepas mempunyai lima orang anak sebelum ini.
“Segalanya bermula apabila ahli keluarga ingatkan saya menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perut sering berasa sakit.
“Namun tak sangka, dalam masa sama mengandungkan seorang anak yang cukup sifatnya,” kongsi Sanisah.
Ads
Gambar Hiasan
Scan tak nampak bayi, hanya dua ketumbuhan
Suami Sanisah, Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.
“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan.
“Doktor melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.
Ads
Bagaimanapun dalam masa sama ketika proses membuang ketumbuhan itulah, doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perut isteri lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi.
Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.
Berikutan dengan penularan COVID-19, sesetengah negara telah pun berjaya memulihkan rakyat mereka yang dijangkiti virus tersebut.
Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan haruslah diketahui oleh orang ramai agar virus ini tidak terus merebak dengan lebih berleluasa. Oleh itu, Dr Amalina Che Bakri telah tampil mendedahkan cara yang berkesan untuk mencegah masalah ini.
Baru-baru ini Dr Amalina telah memuat naik satu posting di laman Twitter miliknya mengenai isu berkenaan. Menurutnya memakai topeng muka atau mask sahaja sebenarnya tidak mencukupi.
Anda hanya perlu memakai topeng muka sekiranya ada tanda-tanda jangkitan ataupun untuk mengelakkan penularan daripada penghidap COVID-19.
Dr Amalina juga turut menjelaskan mencuci tangan dengan kerap merupakan cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan. Tambahnya lagi, topeng muka yang dipakai boleh menyebabkan seseorang itu terlalu bergantung kepada bahan pelindung tersebut dan tidak mengamalkan cara pencegahan lain.
Memakai topeng yang bertujuan untuk mengikut fesyen contohnya boleh memudaratkan lagi jika anda tidak mencuci tangan dengan kerap.
Jika perlu pakai topeng, pakailah dengan betul
Tambah Dr Amalina lagi, buat individu yang selesa dengan hanya memakai mask pastikan cara pemakaian hendaklah betul dan buang topeng tersebut apabila sudah menjadi lembab. Dia turut berpesan cara yang betul untuk mencabut topeng daripada muka.
Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.
Penerjun negara dan pelawak dalam diam telahpun sah menjadi suami isteri. Menurut Jiggy, dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka jumaat lepas, namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.
Jiggy Masin atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri memaklumkan bahawa majlis akad nikah mereka diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga seramai 150 orang sahaja.
Perkenalan antara merpati sejoli ini dikatakan berlaku lebih kurang setahun lebih. Pada awalnya atas dasar kawan sahaja dan pertemuan mereka di sesi fotografi.
Sementara itu, mereka berdua merancang untuk melakukan majlis resepsi di rumah Dhabitah tapi masih dalam perancangan dan perbincangan disebabkan dua-dua sibuk terutamanya Dhabitah kerana ada big competition seperti Olympic, Asian Games.
“Dia kena pergi China dalam sebulan untuk sesi latihan. Tapi once ada tarikh, Insya-Allah saya update untuk jemput kawan-kawan media,” katanya.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sifat isterinya yang matang dan tegas membuatkan dia jatuh hati. “Walaupun usianya masih muda, tapi Dhabitah seorang wanita yang matang. Dia juga tegas dalam membuat keputusan selain rajin bertanya.
“Dia bukan jenis main ‘langgar’ sahaja,” ujarnya.
Jiggy yang sebelumnya pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacaran dan pelakon iaitu Elly Ariffin pada september 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020- Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin.
Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.
Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.
“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.
“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.
“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.
Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.
“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.
Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
“Suami saya telah kembali menemui pencipta-Nya”
Sementara itu, isteri arwah Dr Ali turut berkongsi berita pemergian suaminya kepada kenalan arwah.
Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di masjid Bandar tun Hussein Onn jam 10pagi. Dan Akan dikebumikan Di suakekal tanah perkuburan Bandar tun Hussein Onn. Jika Ada hutang beliau yg belum dituntut Mohon pm saya (isterinya).
Sebelum mendapat perkhabaran sedih ini, isteri arwah turut memuat naik satu posting di FB Dr Ali dengan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan arwah yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
Assalamualaikum..Saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama utk doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat kritikal Di HKL.
Meninggal kerana acute respiratory distress
Ramainya yang doakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia. Alhamdulillah.
Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab Covid/kepenatan bertugas melawan Covid.
Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh.
Tak berkira kerja, setiap hari bersedekah
Tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat.
Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit. Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.
Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.
Damaila disana wahai suamiku.
Difahamkan, arwah Dr Ali meninggalkan empat anak yang masih kecil. Moga isteri arwah tabah dan diberi kekuatan untuk membesarkan amanah yang ditinggalkan dengan sebaik-baiknya.
Al-Fatihah untuk Dr Ali Noor Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah.
Kredit: Metro ; Dr Ali Noor Hassan & Asilah Alqarny
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.