Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!

Bayi Asyik Terjaga Waktu Malam, Menangis. Jangan Biarkan, Periksa Punca Bayi Tak Lena Tidur

Bayi susah tidur?

Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.

Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.

Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.

Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.

Waktu tidur bayi 1 bulan: Memahami keperluan mereka

Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.

Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.

Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.

Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.

IKLAN

Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.

Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.

Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.

Tetapkan rutin jika bayi susah tidur

Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.

Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.

Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:

IKLAN
  • Pastikan bayi mendapat banyak cahaya dan rangsangan pada waktu siang
  • Sebaiknya, lakukan aktiviti tetap dan sama mengikut urutan pada setiap malam
  • Intensiti bagi setiap aktiviti perlu mengikut draf menurun, terutamanya apabila menghampiri waktu malam. Anda pasti tidak mahu si manja terlebih aktif apabila hendak tidur. Ia sudah tentu akan membuatkan bayi susah tidur
  • Anda juga boleh menyediakan mandian hangat sebelum tidur. Ini kerana ia boleh bantu memberikan ketenangan buat mereka
  • Pastikan keadaan waktu malam dalam bilik tidur adalah konsisten. Ini kerana sekiranya bayi terjaga pada tengah malam, mereka akan mendapati keadaan bilik sama seperti sebelum tidur, jadi ia dapat mengurangkan rasa terkejut si manja nanti

Tempat tidur bayi

Bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk.

Sebaik sahaja mereka kelihatan mengantuk, letakkan anak di atas tilam dan biarkan dia tertidur dengan sendiri.

Elakkan daripada menunggu sehingga mereka tidur semasa dalam dukungan anda.

Jika tidak ia boleh menjadi satu tabiat biasa yang sukar diubah dan boleh menyebabkan bayi susah tidur.

Cara ini dapat mengajar anak untuk menenangkan diri sebelum tidur tanpa perlu menggunakan buaian atau mendukung mereka sekiranya terjaga di malam hari.

Risiko SIDS pada waktu tidur bayi 1 bulan

Melelapkan mata bukanlah aktiviti berbahaya namun bagi si manja, mereka terdedah kepada risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

IKLAN

Perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko tersebut:

  • Sentiasa meletakkan bayi tidur secara menelentang
  • Tempat duduk kereta atau carrier tidak sesuai dijadikan tempat tidur rutin
  • Sekiranya bayi tertidur dalam kereta sorong atau buaian, alihkan mereka dan baringkan di permukaan rata
  • Bayi sepatutnya tidur sebilik dengan anda, namun bukan atas katil yang sama
  • Jauhkan sebarang objek lembut seperti bantal, selimut dan anak patung daripada tempat tidur anak
  • Jangan bergantung sepenuhnya kepada peranti pencegahan SIDS. Ia tidak terbukti dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut
  • Jangan selimut atau menutup kepala bayi
  • Jangan merokok
  • Sekiranya anda keletihan, jangan menyusukan bayi di atas kerusi atau sofa. Ia dapat mengurangkan risiko bayi terjatuh sekiranya anda terlelap

Patut atau tidak membiarkan si manja menangis?

Jika si manja terjaga dan menangis pada tengah malam, ada pakar penjagaan kanak-kanak mengesyorkan untuk mencuba pendekatan penyelesaian responsif  yang dipanggil sebagai kaedah Ferber.

Namun, kaedah ini TIDAK digalakkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.

Kaedah ini melibatkan:

  • Jika bayi menangis, biarkan untuk tempoh beberapa minit sebelum masuk ke dalam bilik dan memujuk mereka. Ini dapat memberikan ruang untuk si manja menenangkan diri
  • Ketika menenangkan anak, elakkan daripada mendukung dan jangan terlalu lama berada di dalam bilik
  • Sekiranya mereka terus menangis atau kembali menangis, tunggu sebentar sebelum masuk

Jika si manja kelihatan tertekan, beri pelukan kepada mereka sebelum meletakkan kembali ke tempat tidur.

Pentingnya waktu tidur bayi 1 bulan

Sekiranya anda bimbangkan keadaan bayi susah tidur, ada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengubahnya.

Jika cara yang dicadangkan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mendapatkan bantuan profesional.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI