Bayi Baru Lahir Kena Campak Budak 6 Tahun

Share

Bayangkan bayi kecil yang baru saja melihat dunia, belum sempat pun merasa pelukan ibunya dengan sempurna  akhirnya pergi, bukan sebab sakit, tapi kerana kecuaian manusia.

Walaupun insiden memilukan ini berlaku di Perancis, ia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita semua bahawa satu detik kecuaian boleh meragut nyawa yang tidak berdosa.

Seorang bayi pramatang maut selepas dipercayai dicampak ke lantai oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dibiarkan bebas tanpa pengawasan di unit bersalin Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre, Lille.

Dilahirkan pada usia kandungan 228 hari melalui pembedahan caesarean oleh seorang ibu muda berusia 23 tahun, bayi itu mengalami kecederaan otak traumatik selepas dipercayai ‘diperlakukan seperti anak patung’ oleh kanak-kanak terbabit.

Menurut laporan, budak lelaki itu merupakan anak kepada salah seorang pesakit yang turut dirawat di wad sama. Dia dilihat bebas berkeliaran di kawasan hospital tanpa sebarang pemantauan sehingga mengganggu keselesaan dan keselamatan.

Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini sebagai kes jenayah, dengan kerjasama unit juvana Perkhidmatan Polis Kehakiman Lille serta pendakwa raya tempatan.

Sumber: Kosmo

Published by
Nor Yusoff