Seorang bayi, Fahry Nedzar yang mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar membuatkan wargamaya begitu kagum dengan didikan ibu dan ayahnya.
Berkongsi kisah bayi itu menerusi Sinar Harian, ujar ibunya Fatin Nur Sakinah Zolkifly, anak kecilnya itu mula lancar menyambung bacaan surah bermula usianya lapan bulan.
Tambahnya lagi, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya berkongsi.
Ads
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr telah mendapat sembilan juta tontonan.
Menerusi rakaman tersebut, ramai yang bertanyakan apakah cara dan didikan kedua ibubapanya sehingga anak kecil itu lancar membaca surah.
“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya lagi.
Saat kita disahkan hamil anak kedua selepas sekian lama mencuba, terbit rasa bahagia dalam hati. Bukan kita saja bahkan suami juga pasti merasa seronok. Sebenarnya, bila kita dah ada anak yang besar sedikit kemudian mengandung semula pasti ada sedikit rasa gusar. Yalah, bukan mudah nak jelaskan pada anak yang dia bakal mendapat adik.
Sesetengah anak sulung akan menerima perkhabaran itu dengan baik tapi ada juga yang sebaliknya. Ada saja perangai yang dibuat sebagai tanda protes. Kadang-kadang waktu mengandung tak ada masalah tapi bila dah bersalin, anak sulung mula rasa pelik kerana ada ahli baru dalam keluarga.
Seperti yang dikongsikan oleh akaun TikTok @lyana.naaa menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru balik ke rumah bersama ayahnya. Bukan main comel, bertanya khabar ibunya!
Apa yang mencuri perhatian warganet adalah reaksi si abang yang teruja apabila ternampak adiknya yang baru lahir. Wajahnya penuh keceriaan sambil bertanpa pada ibunya “Apa ni?” bila ternampak baby.
Tidak lama kemudian dia tersenyum dan menyentuh adiknya. Apabila diberitahu ibunya bahawa itu adalah adik, si abang terus menyapanya.
“Hampir 3 tahun jadi anak tunggal. Tetiba ada adik. And his reaction sooo priceless..”
Menerusi kapsyen si ibu, rupa-rupanya dia sudah menjadi anak tunggal selama lebih kurang tiga tahun sebelum mereka sekeluarga dikurniakan rezeki cahaya mata yang kedua.
Antara komen yang ada;
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tanda suka. Melihatkan gaya kanak-kanak itu, dia akan menjadi abang yang terbaik untuk adiknya. Seronok betul dia dah dapat kawan! Semoga kedua-dua beradik ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk orang tua mereka.
Jangan sesekali menilai seseorang hanya berdasarkan pakaian atau penampilan luaran. Kadang-kadang, yang nampak biasa itulah yang sebenarnya mampu lebih dari yang disangka.
Pengalaman dilayan tanpa hormat di sebuah kedai emas sebelum ini mengajar satu perkara harga diri tidak ditentukan oleh apa yang kita pakai, tetapi oleh siapa kita sebenarnya.
Hari ini, sebagai tanda puas hati, emas dibeli tanpa banyak soal. Bukan untuk menunjuk, tetapi untuk membuktikan bahawa hormat itu sepatutnya diberikan kepada semua, bukan berdasarkan luaran semata-mata
Dia yang juga usahawan, Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed berkata, layanan staf di kedai emas terbaharu adalah jauh lebih bagus jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini iaitu ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.
Prince Syed berkata, dia tidak menyangka dirinya telah menghabiskan hampir RM1 juta di kedai berkenaan disebabkan servis yang diterima.
“Allahu, rasa macam nak demam… Habis RM980K shopping di SMS Deen Jewellers! Lepas geram shopping raya kali ni. Itu pun dah harga selepas diskaun semua.
“Bagi saya, nilai RM980K tu sangat berbaloi dengan banyaknya emas yang dapat dibeli untuk raya kali ini. Tapi memang banyak sangat diskaun yang mereka bagi. Alhamdulillah! Memang jauh beza harga.
“Tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir RM1juta ringgit di kedai ini sahaja. “Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai itu tak penting,”ujarnya.
Lepas Geram
Tambahnya, nilai barangan kemas bernilai RM980,000 itu tidak dapat dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada disisinya disaat susah mahupun senang.
Moga isteriku akan menjadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.
“Kita beli apa-apa biarlah cukup sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia, cuma janganlah berlebih-lebih. Ikut kemampuan, insyaAllah,”tulisnya menerusi satu hantaran, awal pagi tadi.
Si comel Ardy Wira, anak selebriti Betty Rahmad sememangnya diketahui cukup bijak dan begitu petah berkata-kata. Ada sahaja telatah comelnya yang menarik perhatian ramai.
Terbaru, Ardy Wira buat ramai pecah perut bila mana tampil membuat tour di dalam bilik hotel secara spontan ketika bercuti bersama ibu dan bapanya.
Apa yang membuatkan wargamaya naik geram bila mana telatah comel Wira dengan penggunaan ayatnya yang cukup teratur dan baik.
“MasyaAllah Tabarakallah. Hotel room tour pulak. Tapi ni package sekali sebar aib.
“Macam-macam perangai dia sekarang,” kongsi Betty menerusi Tik Tok yang juga turut dikongsikan di Instagramnya.
Ketika membuat tour berkenaan, Wira bukan hanya membuat ulasan di segenap ruang bilik hotel namun sempat menyapa ayahnya yang bersantai di sofa. Lucu gelagat Wira.
Bukan itu sahaja, bahkan Wira turut berkongsi permandangan indah bangunan berkembar KLCC yang tersergam indah menerusi biliknya.
“Ha! Best part ah best part ha! Tengok tak korang?,” kongsi Wira ketika menunjukkan bangunan menara berkembar yang tersergam indah di depan mata.
Rata-rata pengikut setia Betty dan Wira khususnya tidak kering gusi malah menontonnya berkali-kali kerana terlalu comel.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.