Tiada lain yang kita harapkan kecuali mahu melihat anak membesar dengan baik dan sihat. Bagi memastikan anak membesar dan berkembang dengan baik sudah pastilah sebagai ibu ayah kita akan lakukan apa saja kan?
Apa saja yang anak buat mestilah di bawah pemantauan supaya kita boleh mengajar dan memastikan keselamatan mereka juga. Pelakon cantik, Raja Ilya, gemar berkongsi tentang anaknya melalui media sosial.
Sumber foto: Instagram Raja Ilya
Si comel Talita kini sudah berusia lapan bulan dan sangat comel. Dia juga bayi yang bijak dan berani mencuba sesuatu yang baharu.
Terbaharu, Raja Ilya berkongsi video Talita yang sedang membuat percubaan untuk turun dari stroller. Memang lucu! Memang nampak usaha keras Talita, maklumlah nak melalui celah-celah stroller bukanlah mudah.
“Inilah yang berlaku bila anak perempuan saya yang umurnya lapan bulan merasakan dirinya 2 tahun. Nak turun sendiri, nak diri sendiri, nak makan sendiri.”
Antara komen warganet;
Ads
Ads
Tambahnya lagi, anaknya itu berdikari cepat sangat. Seloroh Raja Ilya, kalau macam tu apa kata lampin pun tukar sendiri kerana ia akan lebih memudahkan hidupnya.
Bagus bila Raja Ilya memberi kebebasan kepada bayinya tetapi pada masa yang sama memantau keselamatan Talita. Sangat penting beri kepercayaan pada anak untuk dia berkembang dengan baik, tapi perlulah sentiasa di bawah pemantauan orang dewasa.
Adam dan Noah anak kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Adam sudah boleh berjalan manakala Noah masih belum. Ini antara usaha beliau untuk membantu Noah memulakan langkah pertamanya.
Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau berkongsi tentang perkara ini. dengan bantuan alat push walker dia berharap alat tersebut akan membantu Noah berjalan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk membantu anak mengambil langkah pertama.
Seorang kanak-kanak mesti dapat berdiri sendiri sebelum mereka dapat berbuat demikian. Itu menunjukkan kaki dan belakang mereka sudah cukup kuat. Tetapi sesetengah kanak-kanak mengambil masa satu atau dua bulan bergantung kepada tahap keberanian dan keyakinan mereka.
Anda perlu menggalakkan kanak-kanak itu membantu mereka berjalan.
Kami membeli push walker ini dengan harapan Noah dapat mengatasinya. Noah sudah dapat berdiri sendiri tetapi entah bagaimana memerlukan sedikit bantuan untuk berjalan. Dan Adam sudah berjalan di mana-mana yang merata-rata dalam rumah ini.
Kesian Noah. Tetapi tidak mengapa, daddy akan membimbing dan membantu Noah agar setanding dengan Adam.
Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.
CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.
TIP KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
SUMBER LEMAK DALAM PURI DAN BUBUR
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun sireh memang terkenal banyak kegunaanya untuk rawatan penyakit. Rupanya ia berkesan menghilangkan batuk dan kahak yang dialami oleh bayi. Kasihan tengok bila bayi kena batuk, kahak dan selesema kerana si kecil masih belum tahu cara mengeluarkan kahak dan hingus dari dalam hidung mereka. Akibatnya bayi akan merengek dan meragam kerana sukar untuk menarik nafas akibat hidungnya tersumbat.
Selain dari itu batuk juga akan menyebabkan tekaknya gatal dan kering dan akhirnya bayi enggan menyusu. Kalau tak sihat macam tu, ibu bukan sahaja susah hati tapi tak boleh bergerak ke mana kerana bayi hendak ‘melekat’ sahaja.
Jika si kecil anda belum cukup 2 tahun, biasanya doktor tak akan memberikan sebarang ubat batuk atau selesema. Jadi bagaimana cara terbaik untuk merawat batuk dan kahak bayi? Ada banyak petua tradisional untuk merawat batuk si kecil yang menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur atau sekitar rumah kita.
Antara yang popular adalah menggunakan bawang putih, kunyit, lemon dan seorang ibu ini berkongsi petua viral menggunakan daun sireh untuk merawat masalah batuk dan kahak bayinya. Alhamdulillah selepas mencuba petua tersebut, bayi Shikin Jaiz berjaya mengeluarkan kahak dan hingus yang tersumbat.
Assalamualaikum..
Salam jumaat..Pagi ni tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ni daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dr puan Farhain Azmi
Kebetulan adik ipar bagi daun sireh semalam..Malam tadi eijaz start batuk-batuk,hidung mcm ade hingus tapi tak keluar pun hingus tu..sapu minyak asmak..okay boleh tidur..
Pagi ni nampak tak selesa lg hidung macam tersumbat,so ibu amik daun sireh layur atas api lilin letak balm kemudian letak kat dada eijaz.
Kemudian tak lama tu eijaz bersin..haaaa..kuar cendol hijau..nmpk kelegaannya di situ..
Alhamdulillah..
1.layur kan sireh pd api lilin/dapur
2.sebaiknya 2 helai, sehelai untuk dada sehelai letak di belakang badan baby
3.selepas layur letakkan balm/vicks pd daun sireh
5.selamat mencuba
Sumber: Shikin Jaiz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.