Menunggu hari untuk melahirkan anak sulung tak lama lagi, Mawar Rashid akui dah tak sabar walaupunn berdebar.
Bagi sesetengah orang buat persiapan untuk anak sulung mestilah cukup lengkap, namun bagi Mawar dia tak mahu membazir.
Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, sebaliknya memilih untuk mengguna semula pakaian anak buahnya kerana masih elok.
“Memang jika diikutkan hati, banyak yang ingin saya beli, tetapi saya cuba kawal perasaan. Lagipun, bayi cepat membesar dan sesetengah baju hanya sempat dipakai beberapa kali sahaja.
“Daripada membazir, lebih baik saya guna barangan sedia ada. Banyak baju anak buah yang tidak jauh jarak usia dengan bayi saya yang masih boleh dipakai,” katanya kepada BH Online.Mawar berkata, dia dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan, namun memilih untuk tidak berkongsi awal.
Ads
Mereka juga sepakat untuk tidak menganjurkan majlis ‘baby shower’ seperti yang sering dilakukan kebanyakan selebriti tanah air.
Ads
“Saya tidak larat, malah tenaga semakin terbatas menjelang tarikh bersalin. Saya mudah penat, terutama apabila berdiri terlalu lama.
Mawar yang dikenali menerusi drama bersiri, Suamiku Paling Sweet mendirikan rumah tangga dengan Raf yang juga pelakon dan usahawan pada 9 November 2017.
Dengar sahaja pil perancang, pasti kita terfikir tentang mencegah kehamilan semata-mata. Sebenarnya pil perancang tak mencegah kehamilan je, banyak lagi kelebihan yang lain yang mungkin kita tak tahu.
Kelebihan pil perancang selain mencegah kehamilan
-Mengurangkan risiko dapat kandungan luar rahim.
-Kalau ada masalah period seperti period banyak, sakit masa period, PMS – pil perancang dapat membantu. -50 % menurunkan risiko dapat kanser rahim dan ovari. -Menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70 % -berguna utk masalah jerawat, melindungi dari masalah pelvic inflammatory disease (PID). ?Kalau dah menopos, pil perancang ni dapat mengurangkan masalah ketumpatan tulang ( tulang rapuh )
Jumpa Dr dulu untuk tentukan sama ada pil perancang kehamilan sesuai ke tak untuk anda. Jangan suka-suka telan jer. Okay sis?
Semasa hamil, payudara ibu akan membesar seiring dengan usia kandungan. Coli lama ketika dipakai sebelum mengandung mungkin sudah tidak sesuai dan mulai ketat kerana ukur lilit dada ibu ketika hamil akan berubah. Ibu perlu bijak mencari coli yang sesuai sewaktu hamil dan mengandung bukanlah alasan untuk tidak memakai coli. Pemilihan coli yang elok sangat penting untuk mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin dan menyusukan bayi.
Coli ketika hamil dan menyusukan sangat berbeza dengan coli biasa. Dari segi bentuk, jenis material dan rekaannya juga tidak sama kerana ia dibuat khas untuk keselesaan ibu mengandung. Kalau dahulu, mungkin rekaannya kurang menarik, tetapi sudah banyak pilihan coli hamil dan menyusu yang cantik-cantik sekarang. Coli untuk wanita hamil dan menyusu lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara. Pada usia kehamilan 20 minggu, sangat sesuai untuk ibu menukar coli mereka.
Sekiranya anda sedang hamil dan sedang mencari coli yang sesuai, pastikan anda memfokuskan ciri-ciri ini untuk keselesaan:
Beli coli di kedai yang mempunyai jurujual bertauliah yang dapat membuat ukuran tepat payudara anda. Ini bagi memastikan coli yang dibeli sesuai dan muat pada payudara. Setelah mencuba, gerakkan badan dan angkat lengan. Biarkan seketika supaya anda dapat mengenal pasti jika anda tekanan atau lebihan ruang pada coli berkenaan. Ciri ini sangat penting supaya coli tersebut dapat menyokong payudara dengan baik sepanjang tempoh kehamilan.
Dapatkan coli yang boleh dilaraskan. Selain saiz cup yang berubah dan perut yang membesar, postur tubuh mungkin akan ‘lari’ sedikit. Sepanjang kehamilan, anda mungkin perlu melaraskan tali payudara mengikut keselesaan.
Pilihlah coli yang diperbuat daripada material kapas. Fabrik ini dapat meresap peluh dan ringan, jadi payudara akan terasa selesa. Elakkan membeli coli yang mempunyai renda atau jenis sintetik kerana ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
Ketika hamil, carilah coli dengan sokongan yang baik. Payudara perlu ditampung sepenuhnya dan dilindungi untuk keselesaan maksimum.
Payudara memerlukan sokongan, tetapi ketika hamil elakkan penggunaan bra berwayar. Coli dengan wayar boleh menekan payudara dan menyebabkan ketidakselesaan.
Coli ini memenuhi setiap ciri yang perlu dititikberatkan ketika memilih bra hamil. Ia diperbuat daripada fabrik jahitan kait ultra lembut serta elastik yang menjamin keselesaan si ibu. Selain itu, ia juga tidak mempunya wayar dan didatangkan dengan underband yang lebar dan tidak mudah terlipat. Lebih menarik lagi, coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini juga mempunyai kain mesh pada bahagian tengah coli untuk memberi keselesaan bernafas. Bukan sahaja boleh digunakan ketika hamil, coli ini juga boleh digunakan ketika menyusukan bayi kerana mempunyai klip mudah laras bagi memudahkan proses penyusuan.
Jika rasa tidak selesa mengenakan coli dengan pad, jangan risau. Pad pada coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini boleh dikeluarkan mengikut keselesaan si ibu. Ukur lilit tubuh yang mungkin berubah sepanjang tempoh kehamilan bukan masalah. Coli ini turut didatangkan dengan cangkuk tiga baris untuk menampung perubahan saiz payudara. Rekaan belakangnya berbentuk U untuk memberi sokongan padu pada payudara.
Coli ini boleh dibeli bersama seluar dalam khas ibu hamil Pansy Nursing Panty. Ia mempunyai efek regangan yang lembut untuk melindungi perut yang semakin membesar. Satu lagi kelebihan seluar dalam ini adalah ia jahitan tanpa kelim yang membalut 360 darjah dengan perlindungan perut 3D.
Sempena pelancaran Pansy Nursing Bra, XIXILI menawarkan promosi istimewa untuk masa terhad. Mama boleh dapatkan 2 helai Pansy Nursing Bra dengan harga RM150.00 (harga asal RM109.90/sehelai) sahaja! Untuk Mama yang berminat untuk mendapatkan koleksi Pansy ini, klik XIXILI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa perlu minum air gula ketika hamil? Satu persoalan yang sering ditanya oleh setiap wanita hamil. Minum air gula bukanlah hal yang disengajakan. Hakikatnya ada beberapa sebab yang memerlukan ibu hamil untuk minum kandungan air gula ini sebaiknya. Dr Norintan Zainal Abidin daripada Hospital Columbia Asia, Seremban menjawab segala persoalan.
Diabetes atau Kencing Manis adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil, ianya juga boleh berlaku sewaktu hamil. Oleh kerana kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi didalam kandungan, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan untuk melakukan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT). mOGTT inilah yang dikenali sebagai ujian Minum Air Gula!
Memanglah tidak sedap minum air gula untuk ujian mOGTT ini, ianya dibuat dari 75g serbuk glukos yang dilarutkan dalam segelas air. Rasanya amat manis, malah perlu dihabiskan sehingga habis dalam masa 20 minit.
Bila masuk ke dalam tekak, rasa payau dan mual mula berlaku. Kadang-kala menyebabkan pesakit muntah dan ini menyebabkan ujian mOGTT terbatal dengan sendirinya. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam 1 atau 2 minggu kemudian.
Penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya. Di antaranya ialah:
Pertama, jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di negara kita Malaysia meningkat dari 11 % ( 2006) hingga 15% ( 2011). Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil juga meningkat sama hingga ke 27.9%! ( 2017, Selangor)
Kedua, kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.
Yang ketiganya, sebanyak 17 -63% wanita yang mengalami “gestational diabetes” akan terus berisiko untuk mengidap penyakit kencing manis selepas bayi dilahirkan.
Jadi siapakah wanita yang berisiko ini?
1. Wanita yang mempunyai BMI melebihi 27 kg/m2.
2. Wanita yang pernah mengalami gestattional diabetes.
3. Wanita yang mempunyai ibu, bapa, adik-beradik yang juga pesakit kencing manis.
4. Wanita yang pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih.
5. Sejarah perbidanan, keguguran, kelahiran yang bermasalah.
6. Pemeriksaan air kencing didapati mempunyai glukos ( sebanyak 2 kali).
7. Masalah kandungan seperti darah tinggi, air tuban bayi yang berlebihan dan penggunaan steroids ketika hamil.
Ujian mOGTT memerlukan darah diambil dua kali. Kali pertama juga dikenali fasting blood sugar, dikatakan normal jika keputusannya kurang atau sama dengan 5.1mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula ( 2-hour-post prandial), keputusannya mestilah 7.8mmol atau kurang dari itu.
Elak Diri Dari Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko “lari” dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun. Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi. Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Kesimpulannya, jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.