Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu. Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi beberapa minggu.
Melalui instagram, Zahirah dilihat sering berkongsi beberapa keping gambarnya sepanjang berada di Perth. Bersantai bersama keluarga, tidak kurang juga melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Menerusi satu entrinya di instagram, ibu hamil yang semakin berseri-seri ini berkongsi kenaikan beratnya yang kini naik sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang hamil.
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya berkongsi.
Dalam perkongsian itu, Zahirah turut memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai. Semoga keadaan Zahirah baik-baik sahaja sepanjang menanti detik melahirkan kelak.
Dalam pada itu, perkongsian gambar Zahirah tersebut mendapat reaksi dan komen dari seluruh peminatnya. Semuanya rata-rata tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini.
Warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan Allah SWT. Tak sabar rasanya untuk melihat Zahirah dan Aiman junior. Pastinya secantik ibu dan bapanya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pasangan ini sepakat untuk melahirkan bayi pertama mereka di Perth, Australia.
Ahli perniagaan yang terkenal, Datin Vivy Yusof atau mesra dipanggil Vivy baru sahaja mengumumkan bahawa dia hamil anak ke-4 di Instagram semalam.
Vivy yang memuatnaik satu hantaran di Instagram menunjukkan gambar alat ujian kemahilan bertanda dua garisan yang bermaksud positif hamil.
Lady boss yang terkenal dengan jenama tudung dUCk ini memanjatkan rasa syukur di atas kehamilan yang keempat dengan menggunakan tanda pagar Alhamdulillah.
Maybe this one will look like you, @fadzaanuar. 😂 Say hello soon to Baby No. 4, everyone. #alhamdulillah
Rata-rata rakan selebriti dan juga warga maya mengucapkan tahniah dan ada juga yang mendoakan agar bayi keempat yang bakal lahir ini ‘menurun’ wajah si daddy. Barulah ada team Daddy kan.
Congratulations bb!!
MaysaAllah Tabarakallah!! Congratulations Vy!!
I pray for this coming one will look like Fadza InshaAllah
Another cute version of Sarah!!
Datin Vivy Sofinas Yusof mendirikan rumah tangga dengan Dato Fadzarudin Shah Anuar pada 2012 dan dikurniakan 3 cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana. Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang sedang hamil, elak kuat menangis dan bersedih waktu mengandung ya kerana ada banyak kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.
Waktu mengandung apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim. Bukan itu sahaja, jangan lupa tentang emosi ibu sendiri. Ramai bakal ibu yang kadang kala terlupa bahawa emosi turut memainkan peranan penting terhadap tumbesaran bayi dalam kandungan.
Dengan kata lain emosi yang ibu rasakan sewaktu mengandung boleh memberi kesan kepada bayi. Itu antara sebab mengapa ramai selalu berpesan terutama terhadap bakal ibu yang sedang mengalami kedukaan agar jangan terlalu mengikut perasaan, ingat anak dalam kandungan.
Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.
Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.
1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.
2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.
3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.
4. Kemurungan sewaktu hamil biasanya hampir sama dengan selepas bersalin. Dikatakan 10% ibu hamil mengalami tekanan tersebut tetapi yang perlu dipantau adalah kesannya kepada janin yang dikandung.
5. Bayi yang lahir daripada ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar untuk mengalami tekanan apabila mencecah usia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.
6. Selain tekanan, ibu hamil yang ada menyimpan perasaan dendam atau benci terhadap seseorang turut boleh memberi kesan buruk kepada bayinya. Ibu yang tidak rapat dengan bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.
Ingatlah bakal ibu, apabila hamil bermakna anda perlu mengambil kira banyak perkara. Bukan hanya perlu jaga apa makanan dan minuman yang diambil tetapi emosi diri juga perlu dijaga. Elakkan daripada sering bersedih dan tertekan kerana ia memberi kesan besar terhadap emosi bayi yang bakal lahir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kandungan ‘overdue’ atau kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin memang merisaukan ramai ibu-ibu hamil. Ibarat menunggu buah yang tidak gugur, ibu-ibu akan rasa resah menantikan saat melahirkan.
Sudah tentu ibu-ibu hamil akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue:
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku Pink ibu hamil mengandungi maklumat kesihatan dan data peribadi yang sulit. Ketahui mengapa ia tidak boleh ditunjukkan sesuka hati serta siapa yang benar-benar layak melihatnya.