Setiap ibu pastinya menjadi cukup teruja dan gembira bila anak sudah memasuki usia 6 bulan. Mana tidaknya, mempersiapkan anak dengan makanan pejal dan proses untuk memperkenalkan bayi dengan deretan makanan adalah satu momen yang cukup indah.
Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan ibu cukup bimbang. Begitulah proses perkembangan bayi kita. Namun semua ini tidaklah menjadi sesukar mana bila ibu berusaha untuk mencari semua ilmu berkaitan pemakanan ini, demi bayi tercinta.
Bagi mencari apa yang sesuai dan terbaik buat bayi anda, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pakar Pemakanan daripada KPJ Perdana, Kota Bharu menyediakan nota lengkap untuk ibu jadikan panduan.
Menurutnya, selepas bayi berusia enam bulan, susu badan sahaja tidak memberikan nutrien yang cukup kepada bayi terutamanya zat besi, dan yang lain – lain dimana kita perlu memberikan makanan lain selain daripada susu badan.
Pemberian makanan pejal tidak sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah kerana risau akan tumbesaran usus belum matang serta mempercepatkan risiko obese apabila dia besar nanti.
Makanan pejal juga bagus diperkenalkan selepas usia 6 bulan bagi mengurangkan risiko alahan kepada makanan terutamanya bagi keluarga yang mempunyai sejarah teruk kepada alahan makanan.
Sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, seeloknya anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda.
Bagaimana anda tahu bayi anda telah bersedia untuk makanan pejal?
1. Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.
Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.
2. Melakukan pergerakan mengunyah.
Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.
Ads
3. Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.
Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu sudah tentu tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel anda malah ada ibu yang tidak sabar. Ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian agar makanan si kecil kita sihat dan berkhasiat.
• Sebaik – baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet.
• Sayur – sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah – buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.
Tip Perlu Tahu
Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal , bubur atau makanan di kisar. Makanan pertama bayi kita digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perut nya.
Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.
Bijirin beras adalah makanan pertama yang sesuai kepada bayi, ibu juga boleh mencampurkan sedikit sayur – sayuran yang dilecek atau di puri kan.
Ads
Bagi makanan dalam bentuk puri, buah – buahan perlu di kukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut.
Sekiranya anda merebus sayuran ubi – ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik – baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.
Selepas di kisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat, sebaik – baik nya sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu sahaja.
Bila bayi kita sudah terbiasa lama kelamaan kita boleh memekatkan tekstur tersebut sedikit pekat secara berperingkat dan sedikit pejal seterusnya seperti makanan orang dewasa. Kepekatan makanan bayi akan membantu bayi berlatih menyunyah (dengan gusinya) dan menelan makanan.
Semasa penyediaan makanan kepada bayi, ibu juga boleh menambah perasa asli seperti bawang dan sedikit garam mengikut kepada tahap bayi. Minyak zaitun juga elok diperkenalkan kepada bayi kerana mengandungi banyak khasiat.
Ads
Selera bayi kita akan berubah – ubah, masa untuk berikan makanan tidak perlu banyak berubah dari sehari ke sehari, jenis makanan juga perlulah pelbagai dan bukan benda yang sama.
Ibu juga haruslah bijak memerhatikan tanda – tanda bayi sudah kenyang. Biasanya seorang bayi yang sudah kenyang adalah seperti bayi tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya.
Selepas bayi anda lebih berpengalaman, anda boleh menambahkan kepekatan makanan yang diberi serta ketulan – ketulan lembut dan makanan lecek.
Bila bayi sudah membesar mereka sudah bersedia untuk mengambil makanan jenis jejari dengan saiz potongan, cukup untuk sekali suap.
Beberapa makanan jejari yang sesuai dikisar dengan gusi dan mudah dicerna adalah seperti roti, pisang, ubi keledek yang dimasak lembut, bijirin beras rapuh atau beras paf (rice puff), dan masakan pasta beranika potongan.
Peringatan penting buat ibu, elakkan meninggalkan bayi seorang diri ketika makan kerana bimbang dengan risiko tercekik dan sebagainya.
Elakkan Tiga Perkara Ini
* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.
* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.
* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri makanan kita terutama industri yang membantu menyenangkan ibu dan anak untuk memberikan makanan kepada anak-anak sememangnya baik dan paling utama dapat membantu mengurangkan masa ibu untuk memasak.
Pun begitu dengan deretan makanan jenis pek segera ini, anak banyak terdedah dengan pelbagai rasa yang membuatkan mereka lebih bijak memilih selera mereka.
Jadi pilihkan real food yang dimasak dengan cara yang tepat buat bayi kita. Biar mereka merasa semua jenis makanan dengan cara yang betul. Ikuti perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan.
Contoh ‘baby food’ dan ‘kid food’ yang boleh buatkan anak kita jadi picky eater, tak nak makan nasi dan tak suka real food. Ada 10 contoh.
Industri makanan habiskan hampir 2 billion dollar setiap tahun untuk marketing makanan baby dan kanak-kanak. Yang mana, kebanyakannya adalah makanan yang tidak sihat.
Semua makanan ni, rasanya sama, teksturnya sama, gulanya tinggi. Tak sama dengan real food yang punya rasa berbeza, tekstur berbeza dan kebanyakannya tawar.
1. Nestum.
– Ganti dengan bubur atau puree homemade.
2. Biskut baby.
– Ganti dengan homemade finger food.
3. Susu formula.
– Ganti dengan susu ibu.
– Setahun ke atas, boleh ganti susu segar atau susu tepung tanpa gula.
4. Milo atau minuman coklat tinggi gula.
– Ganti dengan air kelapa.
5. Yogurt berperisa.
– Ganti dengan natural yogurt + madu + buah.
6. Susu kotak perisa coklat dan strawberi.
– Ganti dengan susu segar lembu atau kambing tanpa perisa
7. Biskut dan roti. Kosong mahupun perisa.
– Ganti dengan pelbagai jenis buah-buahan.
8. Cereal Koko Krunch, Honey Star.
– Ganti dengan keledek.
9. Gula-gula, coklat, cikedis, jajan.
– Ganti dengan telur.
10. Air kotak, susu kultur.
– Ganti dengan air madu.
Jangan tertipu dengan label ‘baby food’ dan ‘kid food’. Sentiasa baca label di packaging sebelum buat keputusan untuk beli.
Banyak ‘baby food’ dan ‘kid food’ yang tinggi dengan kandungan gula, tak sesuai untuk umur bayi. Anak bawah 2 tahun, langsung tak perlukan gula tambahan.
Semua makanan ni, rasanya sama, teksturnya sama, gulanya tinggi. Tak sama dengan real food yang punya rasa berbeza, tekstur berbeza dan kebanyakannya tawar.
Susah pada awalnya, perit nak latih anak, penat nak tunjuk ajar anak. Tapi ini yang bawa kebaikan buat anak, insyaAllah.
Bukan tak boleh makan langsung, cuma jangan jadikan ia makanan harian. Sebulan sekali dua, mungkin tak bagi kesan anak jadi picky eater.
Tapi kalau anak makan tiap hari, ia boleh jadi punca anak kita sangat memilih makanan. Lidah anak yang terlalu biasa dengan makanan tinggi proses dan tinggi perasa, akan mudah nak reject real food yang tak berapa nak ada rasa. Kita usaha sama-sama ya!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sayur-sayuran sememangnya merupakan musuh kepada seorang kanak-kanak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan diri mereka selamat daripada dipaksa ibu bapa untuk memakannya. Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan kerana sayur-sayuran adalah jenis makanan bernutrisi yang wajib ada dalam menu kanak-kanak.
Memaksa kanak-kanak untuk makan sayur bukanlah satu langkah yang bijak. Sebenarnya, terdapat beberapa trik atau tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengajar si kecil kesayangan mereka untuk makan sayur-sayuran.
#1. Puji anak anda apabila mereka makan sayur
Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak sebenarnya hanyalah sokongan dan galakan daripada ibu bapa. Jadikan aktiviti makan sayur seperti sebuah pertandingan dan jika mereka berjaya, puji mereka. Namun jika tidak, jangan pula anda berkecil hati atau memarahinya. Sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mendidik segenap aspek kehidupan anak.
#2. Pelbagaikan cara masakan
Kadangkala, kanak-kanak mungkin sudah bosan dengan cara masakan anda. Seperti contoh, mereka mungkin tidak menggemari sup sayur-sayuran yang anda selalu sajikan. Sebaliknya, anda boleh cuba cara masakan lain seperti memanggang atau menggoreng sayur-sayuran bagi mempelbagaikan menu sayur-sayuran mereka.
#3. Libatkan anak anda
Anda boleh melibatkan anak anda untuk membantu semasa membeli, menyedia dan memasak sayur-sayuran. Beri peluang kepada mereka untuk memilih jenis sayur yang mereka suka dan terangkan apa khasiatnya kepada mereka. Semasa menyedia dan memasak pula, pelawa anak anda untuk membantu anda di dapur bagi membiasakan diri mereka dengan sayur-sayuran.
#4. Campurkan sayur ke dalam makanan
Trik ini adalah cara yang paling berkesan dalam memperdaya anak untuk makan sayur. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencampurkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam makanan anak. Sebagai contoh, selitkan sayur timun dan kubis ke dalam burger dan biarkan anak anda memakannya. Lama-kelamaan, mereka akan terbiasa dengannya.
#5. Jadikan sayur sebagai snek
Kanak-kanak amat lemah dan mudah terpedaya dengan snek. Anda boleh menggunakan kelemahan mereka ini sebagai senjata anda. Jadikan sayur-sayuran sebagai ganti kepada makanan ringan yang selalu dijadikan snek oleh anak anda. Ketika mereka berasa lapar, tawarkan kepada mereka snek ciptaan terbaru anda.
Apa yang anda perlu lakukan adalah meletakkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil-kecil di dalam sebuah bekas. Hias bekas ini dengan warna, corak yang boleh menarik minat anak anda. Anda boleh meletakkan sayur seperti lobak, timun, tomato atau brokoli dan mencampurkan kesemuanya di dalam satu bekas agar ia kelihatan menarik.
#6. Jadikan sayur-sayuran sebagai jus atau koktel
Jika anak anda memang tidak menyukai sayur dalam bentuk pepejal, jadikan ia sebagai bentuk cecair. Sebagai contoh, kisar timun, lobak atau tomato untuk menjadikan sayur-sayuran ini sebagai jus. Cara ini akan membuat mereka tertarik kerana lebih mudah untuk mereka menelannya selain warna-warna jus sayur-sayuran yang sangat menarik dan pelbagai.
#7. Jadi kreatif
Kanak-kanak sangat mudah terpedaya dengan sesuatu makanan yang kelihatan menarik. Anda boleh memotong sayur-sayuran menjadi bentuk yang comel dan mudah untuk dimakan seperti kiub atau batang mancis. Selain itu, anda juga boleh hiaskan pinggan makan dengan cantik dan hidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna kepada anak anda.
#8. Jadi contoh yang baik
Anak-anak gemar mencontohi sikap ibu bapa mereka. Jika anda adalah seorang pengamal diet yang sihat, kemungkinan besar anak anda juga akan mewarisi sikap anda. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, anda juga perlu memainkan peranan dengan makan sayur di hadapan dan bersama-sama dengan mereka.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda mencari sayur hijau yang paling senang dan murah harganya malah baik untuk kesihatan anak, sayur sawi adalah jawapannya.
Bukan sahaja mudah menyediakannya bahkan sayur sawi juga adalah sayur paling disyorkan untuk masalah kulit. Menurut Dr Mazliana Mazlan, sayur sawi ini juga amat disarankan untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema.
Lengkap dengan segala khasiat dan vitamin, ajarlah anak kecil kita ketika usianya enam bulan lagi.
Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.