Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nanti perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan bayi 8 bulan ini.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Bayi 8 bulan, usia terbaik untuk tambah bilangan makanan pejal
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Angkat kepala sendiri?
Buka mulut ketika nampak makanan?
Makan makanan dari sudu dan masukkan ke dalam mulut?
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Ads
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan bayi 8 bulan berikut:
1. Buah buahan
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak. Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
2. Sayur-sayuran
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil. Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
3. Ikan
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
4. Produk tenusu
Ads
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt. Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
5. Protein
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Beri anak anda makan finger food!
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin. Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Ads
Tip untuk makanan bayi 8 bulan
1. Jangan tambah gula atau garam dalam makanan bayi 8 bulan
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
2. Berikan sedikit tekstur pada makanan
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan bayi 8 bulan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
3. Jangan lupa beri susu ibu
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa kita tahu, selain serbuk ayam, ikan bilis dan juga Mirepoix, cendawan juga salah satu sayur yang paling memberikan rasa.
Tidak hairanlah mengapa cendawan sentiasa menjadi penambah rasa dalam setiap makanan?
Usahakanlah tambahkan cendawan dalam masakan anak. Bukan sahaja lebih khasiat bahkan sedap kerana perasa aslinya. Dr Mazliana Mazlan berkongsi tip.
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah. Buat makanan yang anak makan, lebih sedap dari biasa.
Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.
Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.
Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
Kiub/serbuk ayam.
Kiub/perencah tomyam.
Secukup rasa, penyedap rasa.
Perencah nasi goreng.
Perencah sup tulang.
Perencah mee segera.
Sos tiram.
Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan.
Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.
Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping k.
1. Brown button mushroom
2. White button mushroom
3. Shiitake mushroom
4. Portabello mushroom
5. King otyster mushroom
6. Inoki mushroom
7. Grey oyster mushroom
8. Bunashimeji mushroom
9. Bunapi mushroom
10. Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ni kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Seriusss, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus?
Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Umur berapa boleh start makan?
Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan?
Yang ni tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Serbuk cendawan boleh guna?
Boleh je kalau bahan-bahan dia ok. Boleh lah shopping cendawan lepas ni selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Mama dan papa hanya boleh memperkenalkan ketam selepas hari lahir pertama bayi. Hal ini kerana ketam mengandungi sodium yang tinggi. Berikan hanya yang segar dan beku serta elakkan jejari ketam tiruan yang banyak dijual di pasaran.
Ketam Banyak Khasiat Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas
Ketam sangat sihat untuk bayi berumur satu tahun. Ia adalah sumber protein tanpa lemak dengan nutrien penting yang tinggi seperti vitamin B12, selenium, tembaga dan zink. Ketam juga merupakan sumber asid lemak omega 3 yang baik.
Doktor Ini Kongsi Tip Buat Mama & Papa
Dr Amalina berkongsi kaedah cara menghidangkan ketam di bawah:
]
Bagaimanapub ketam mempunyai kesan merkuri akibat pencemaran air. Jadi makan ketam secara sederhana dan hidangkan sekali-sekala sahja ya.
Memandangkan ketam adalah sejenis kerang, ia adalah salah satu alergen makanan yang paling biasa. Perkenalkan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada tindak balas alahan, tambahkan kuantiti secara beransur-ansur semasa hidangan yang berikutnya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.