Berita

Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia, Bedah Siasat Buktikan Perbuatan Jenayah, Bapa Ditahan

Share

Bayi berusia enam bulan meninggal dunia. Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan akibat kemalangan tidak benar apabila bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.

Bayi Enam Bulan Meninggal Dunia

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima satu maklumat daripada seorang lelaki iaitu bapa mangsa bahawa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar di rumah pada Isnin.

Artikel lain: 7 Aktiviti Ini Untuk Bantu Perkembangan Fizikal Bayi Untuk Enam Bulan Pertama!

Beliau berkata, laporan yang diterima jam 8.52 pagi itu berlaku di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan di badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Bedah Siasat Buktikan Perbuatan Jenayah, Bapa Ditahan

“Hasil bedah siasat mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi ekoran perbuatan jenayah.

“Terdapat kecederaan di bahagian kepala, namun ia tidak kelihatan dari luaran.

Lagi artikel: Ibu Hamil Minumlah Susu, Bagus Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

“Namun apabila urusan bedah siasat dilakukan, kecederaan tersebut dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

 

Mohamad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Menurut beliau, pihaknya bertindak menahan suspek yang berusia 25 tahun semasa berada di pekarangan Unit Forensik, Hospital Kajang pada Isnin jam 11.30 malam.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis syabu.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April bagi siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Baca lagi: Tengah Sibuk Main Game, Anak Menangis. Geram, Ayah Sanggup Pukul Kepala Bayi 6 Bulan!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

IKLAN