Bayi dan ibu sama-sama mengantuk dan mudah terlelap ketika menyusu, ini adalah puncanya.

Ramai ibu berasa bersalah kerana menyusu bayi mereka untuk keselesaan atau semasa mereka tidur. Menyusukan bayi untuk tidur dan untuk keselesaan bukan perkara yang buruk untuk dilakukan sebenarnya, ia adalah perkara biasa, sihat dan sesuai perkembangan bayi. Kebanyakan bayi menyusu untuk tidur dan bangun 1 hingga 3 kali pada waktu malam untuk tahun pertama atau lebih.

Bayi & Ibu Sama-Sama Mengantuk & Mudah Terlelap Ketika Menyusu, Apa Puncanya?

Sesetengah bayi tidak perlukan penyusuan untuk tidur tidur sebaliknya diajar menggunakan peralatan seperti buaian, tepukan dodoi atau teknik tidur sendiri yang membiarkan bayi tertidur sendiri selepas mengantuk. Namun jika diberi pilihan, bayi tentunya lebih suka menyusu untuk tidur di dalam dakapan ibunya.

MENGANDUNGI HORMON MENYEBABKAN MENGANTUK

IKLAN

Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan keselesaan dan membantu bayi untuk tidur. Ia menenangkan dan juga dapat membantu si anakmengatasi tekanan dengan lebih baik apabila tidak menyusu. Susu mengandungi hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan bayi.

Bayi & Ibu Sama-Sama Mengantuk & Mudah Terlelap Ketika Menyusu, Apa Puncanya?

MEMBANTU MEMBENTUK JAM BIOLOGI

IKLAN

Di samping itu, susu ibu juga mengandungi hormon yang menyebabkan mengantuk, asid amino dan nukleotida yang kepekatannya lebih tinggi pada waktu malam. Ini sebenarnya juga membantu bayi-bayi membentuk jam biologi 24 jam (circadian rhythms) mereka sendiri. Jadi jika anda tidak mahu bayi meragam malam, susukan mereka dengan susu ibu.

DAPATKAN POSISI YANG SELESA

Jika bayi selesa dengan cara menyusu untuk tidur, anda perlu mendapatkan cara yang sesuai untuk menyusukannya dengan baik. Pastikan posisi menyusu sambil berbaring selesa dan sesuai serta yang tidak menyebabkan sakit belakang. Anda perlu memastikan agar tidak tertidur sehingga tertindih bayi!

IKLAN

Bayi & Ibu Sama-Sama Mengantuk & Mudah Terlelap Ketika Menyusu, Apa Puncanya?

BAYI BOLEH DITENANGKAN DENGAN PENYUSUSAN

Penyusuan susu ibu tidak sekadar untuk mengenyangkan. Ia juga salah satu cara untuk menenangkan bayi. Ini adalah antara sebab kenapa bayi menyusu untuk keselesaan, ketika dia jelas tidak lapar. Adakah ini tidak normal? Penyusuan untuk menenangkan adalah normal. Sekiranya bayi tidak selesa menyusu, dia perlu menghisap di tangannya atau puting palsu. Payudara adalah diibaratkan puting pertama yang diperkenalkan kepada bayi. Jadi  mama jangan takut untuk menggunakannya kepada bayi.

Bayi & Ibu Sama-Sama Mengantuk & Mudah Terlelap Ketika Menyusu, Apa Puncanya?

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI