Kembung perut di kalangan bayi baru lahir adalah masalah biasa tapi ia paling dibimbangi oleh ramai ibu ayah. Masalah ini akan menyebabkan bayi kerap menangis tanpa henti dan menolak susu yang diberi.
Ia boleh memberi kesan psikologi kepada ibu yang tidak dapat rehat yang cukup akibat tertekan bayi kerap menangis dan meragam sehingga tengah malam. Oleh itu bila bergelar ibu ayah, anda wajib tahu punca berlakunya kembung perut di kalangan bayi supaya dapat mengelakkannya.
Jika anak terkena kembung perut, ibu ayah juga wajib tahu cara mengatasinya. Baca penjelasan daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad sebagai panduan yang berguna.
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Ads
Kekembungan perut biasa berlaku seawal bayi berusia kurang dari enam bulan. Banyak puncanya, selalunya disebabkan oleh jenis susu yang diberikan.
Susu ibu sangat jarang memberikan masalah kekembungan.
Jika berlaku selalunya hanya disebabkan apabila bayi menghisap susu dari puting payudara ibunya, ia menelan sekali udara sehingga masuk ke dalam perut. Ini menyebabkan perut bayi menjadi kembung.
Jika bayi diberikan susu formula dengan botol, selalunya punca kekembungan akibat udara yang terperangkap dalam perut adalah apabila penyusuan dilakukan dengan teknik yang tidak betul. Botol susu diberikan secara terlalu condong atau lubang pada botol terlalu kecil sehingga lebih banyak udara yang ditelan dan menyebabkan kekembungan.
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
Ads
CARA MEMBANTU MASALAH KEMBUNG PADA BAYI
Ads
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, dan berada dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap.
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu. Beri ikut dos yang ditetapkan.
3) Mengurut abdomen bagi menggunakan ‘essential oil’, minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serangan bakteria ini boleh mengakibatkan kematian pada bayi baru lahir jika tidak dikesan awal. Fahami siapa berisiko & cara elakkannya.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum ( tempat simpan tinja sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%).
Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa simptom.
Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan.
Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses proses bersalin belum bermula.
BAGAIMANA GBS DIKESAN?
GBS boleh dikenal pasti ketika hamil bila sampel dari vagina / sampel dari rektum atau ujian air kencing.
Kita TIDAK tawarkan kepada semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :
KESAN GBS KEPADA BAYI
Kebanyakan bayi yang dijangkiti GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.
1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection).
Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis ).
Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya.
Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.
5 BAYI YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN GBS
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :
BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN GBS KEPADA BAYI?
Jika sampel air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotik. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotik juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.
Kalau sampel dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotik ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.
Jika ada bayi yand terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah
Jika air ketuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di indius– bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotik juga turut diberikan melalui salur darah.
Walaupun seseorang wanita tu tiada GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotik juga melalui salur darah yang merawat banyak bakteria termasuk kuman GBS.
Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun tiada GBS.
Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotik SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS.
Tak perlu antibiotik selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotik ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.
Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air ketuban telah pecah.
Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan
Beritahu doctor mengenai ubat yang anda alergi. Kemungkinan besar ubat yang ada alergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS!
TANDA-TANDA BAYI DIJANGKITI GBS
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .
Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang seriuss sehinggan boleh membawa maut.
JANGAN PANIK!
Ibu bapa jangan terlalu bimbang dan panik kalau doktor cakap anda ada GBS. Ikuti penerangan doktor terlebih dahulu. Ada rawatan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.
Selalu kita lihat anak makan banyak tapi badan tetaplah kurus. Risau juga dibuatnya bila makanan yang dimakan seolah-olah ‘tidak sebati’ dengan tubuh anak. Macam pelik juga jadinya anak orang lain makan dalam jumlah yang sama dengan anak kita makan tapi ana kita tetaplah kurus.
Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik. Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain?
ENAM tip menggemukkan bayi yang terlalu kurus.
1. Beri bayi minum susu ibu
Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payu dara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.
2. Beri bayi minum susu formula
Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan.
Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi.
Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.
3. Tenangkan bayi segera jika menangis
Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur.
Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.
4. Jaga waktu tidur bayi
Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari.
Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.
5. Jaga kebersihan kulit bayi
Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi.
Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.
6. Jaga pemakanan bayi
Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal. Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:
Produk tenusu seperti susu penuh lemak, yogurt atau keju. Gandum penuh seperti roti, pasta atau nasi. Sayur-sayuran dan buah-buahan berkalori tinggi seperti kesemua sayur hijau, pisang, pear dan avocado
Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat. Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.
Ibu-ibu yang pening berat anak tak naik-naik boleh cuba makanan dalam senarai di atas itu.
Nak sentuh sikit nombor 18 mungkin kita di Malaysia jarang kenalkan dhal pada anak-anak. Kita makan dhal cicah roti canai. Tapi di India seawal usia 6 bulan mereka sudah kenalkan dhal pada bayi.
Selain dari membantu menaikkan berat badan, kacang dhal juga tinggi kandungan kalsium dan protien. Orang-orang yang mengamalkan diet vegetarian di India, inilah sumber utama protein mereka.
Kacang dhal juga bagus untuk sistem pencernaan dan dapat mengelakkan sembelit. Tinggi kandungan serat, sumber vitamin C, mengandungi flavoneid, zat besi yang mana sangat bagus diambil oleh orang-orang yang ada masalah anemia atau bayi yang ada masalah HB.
Bila dengar cakap orang memang kita jadi musykil. Lebih baik ikut penjelasan mengenai hukum bila doktor lelaki yang menyambut kelahiran bayi oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Ustaz Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan penjelasan panjang lebar mengenai kemusykilan yang sering dibincangkan oleh bakal ibu bapa yang menanti kelahiran cahaya mata.
Semoga dengan penjelasan mengenai hukum ini, kita akan lebih faham serta tidak lagi timbul keraguan atau perbalahan antara satu sama lain.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat-syarat berikut:
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.