Apabila baby batuk berkahak, pastinya ibu ayah akan berasa susah hati. Jom ketahui punca serta kaedah untuk mencegahnya agar masalah anak batuk dapat diatasi.

Bayi Kerap Batuk, Ini Puncanya Yang Ibu Ayah Perlu Tahu! Jangan Biarkan Lebih Dari 3 Minggu

Apabila anak batuk

Batuk adalah refleks sukarela yang membantu anak membersihkan saluran pernafasan daripada lendir atau perengsa seperti zarah debu.

Jadi apabila si kecil batuk, mengetahui puncanya dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil pulih dengan segera.

Perlu diingatkan bahawa batuk biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 minggu.

Baby batuk berkahak: Fahami jenisnya

Seperti individu dewasa, bayi dan kanak-kanak boleh menghidap pelbagai jenis batuk.

  • Batuk basah (batuk dada/ chesty cough) – penumpukan lendir pada bahagian tekak atau dada dan boleh menjadi punca baby batuk berkahak
  • Batuk kering – Terjadi kerana tekak berasa gatal, umumnya ia tidak akan menyebabkan penghasilan kahak
  • Batuk juga boleh digambarkan sebagai akut atau kronik.

Batuk yang dialami selama tidak lebih 3 minggu dikategorikan sebagai akut dan biasanya disebabkan oleh virus atau jangkitan.

Manakala jika batuk yang dialami anak berlanjutan lebih daripada 8 minggu, doktor akan menganggapnya sebagai batuk kronik atau berpanjangan.

Batuk jenis ini biasanya didasari oleh keadaan kesihatan tertentu atau masalah kesihatan sedia ada seperti asma, si kecil mempunyai refluks atau alahan.

Punca baby batuk berkahak

Batuk terjadi akibat saluran pernafasan bayi mengalami iritasi atau terjejas dengan cara tertentu.

Ia mungkin disebabkan penumpukan lendir berlebihan yang berkaitan dengan penyakit virus atau perengsa persekitaran seperti debunga atau asap.

Anda boleh melihat simptom anak yang lain untuk membantu mengurangkan penyebabnya.

IKLAN

1. Selesema & flu

Terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menyerang si manja anda. Antara kesannya, hidung tersumbat, demam, bersin dan sudah tentu, anak batuk.

Rawatan yang boleh diberikan adalah dengan memberikan mereka keselesaan dan menggunakan ubat over-the-counter bagi mengatasi demam dan kesakitan.

Tanda-tanda flu pada bayi termasuklah:

  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit badan dan kepala
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat
  • Batuk kering
  • Anak juga mungkin akan mengalami sakit perut bersama muntah atau cirit-birit.

Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antivirus jika keadaan itu dapat dikesan awal.

Jika tidak, memastikan anak berehat, pengambilan cecair mencukupi serta penggunaan ubat untuk menggurangkan demam adalah rawatan yang boleh dilakukan.

2. Baby batuk berkahak #Kroup

Anda pasti tidak akan tersilap apabila mendengar bunyi batuk kroup ini, yang kedengaran seperti anjing laut menyalak.

Walaupun gejala setiap bayi adalah berbeza, namun si manja mungkin akan mengalami:

  • Hidung berair
  • Laringitis – kehilangan suara
  • Demam
  • Stridor – bunyi bersiul bernada tinggi ketika bernafas

Kroup ringan boleh dirawat di rumah dan untuk keadaan yang teruk, ia boleh diatasi dengan rawatan pernafasan atau steroid.

IKLAN

3. Pneumonia

Selesema, flu atau penyakit lain boleh berkembang menjadi radang paru-paru atau bayi boleh mendapatnya melalui kanak-kanak atau individu dewasa lain yang mempunyai penyakit tertentu.

Keadaan bayi batuk berkahak ini adalah produktif kerana mengeluarkan lendir dan boleh menyakitkan.

Si kecil mungkin akan mengalami demam, keletihan, dan muntah atau cirit-birit. Rawatan yang boleh diberikan seperti antibiotik, pengambilan cecair tambahan dan rehat.

4. Batuk kokol

Bersama demam dan hidung berair, bayi boleh mengalami batuk ringan dengan pertussis (batuk kokol).

Pada tahap kedua, batuk anak akan bertambah teruk dan berterusan. Selain kedengaran kering dan keras, batuk ini turut menghasilkan bunyi ‘whoop’. Anak anda mungkin memerlukan antibiotik dan/atau dimasukkan ke hospital untuk lekas sembuh.

5. Baby batuk berkahak #Asma

Virus adalah pencetus asma biasa pada bayi berusia 6 bulan ke bawah. Bayi akan alami batuk berlarutan dan mungkin disertai bunyi berdehit serta pernafasan berlebihan. Gejala lain adalah:

  • Pernafasan cepat
  • Masalah penyusuan/makan
  • Keletihan
  • Kulit pucat atau kebiruan

Rawatannya akan melibatkan ubat asma tertentu.

IKLAN

6. Alergi

Bayi juga boleh mengalami alahan terhadap makanan, bahan tertentu atau bermusim. Anak batuk boleh menjadi antara gejala alergi tetapi ia jarang berlaku.

Jika mengesyaki si kecil ada alahan, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

7. Refluks

Bayi kerap meludah, kehilangan berat atau pemarah semasa atau selepas menyusu? Ia mungkin disebabkan refluks.

Batuk dengan refluks biasanya kronik kerana aliran balik kandungan perut dan asid yang konsisten.

Ada bayi yang akan pulih seiring peredaran masa, tetapi sesetengah si kecil mungkin memerlukan rawatan untuk pulih.

Pemeriksaan doktor jika baby batuk berkahak

Tidak kira apa puncanya, jika anak batuk mempunyai gejala berikut, lakukan pemeriksaan doktor segera:

  • Kesukaran bernafas
  • Sesak nafas
  • Demam panas – Lebih 38°C untuk bayi bawah 3 bulan, dan lebih 39°C untuk bayi berusia 3 bulan ke atas
  • Batuk berdarah
  • Masalah menelan
  • Sukar membuka mulut
  • Bengkak sebelah tonsil
  • Bayi baru lahir batuk
  • Batuk berterusan lebih 8 minggu
  • Batuk bertambah teruk dalam tempoh 3 minggu
  • Batuk dengan peluh malam atau kehilangan berat
  • Bayi batuk berkahak atau kering dengan berdehit atau pernafasan cepat

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Bayi Kerap Batuk, Ini Puncanya Yang Ibu Ayah Perlu Tahu! Jangan Biarkan Lebih Dari 3 Minggu

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI