Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.
Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.
“Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.
Ads
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya dihempap pokok yang tumbang
Setiap kali ada perkembangan kesihatan terbaru mengenai Ainul Mardhiah pastinya ia menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Cinta hati kesayangan rakyat ini semakin hari semakin menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya melalui fasa sukar secara berperingkat.
Kisah bayi istimewa ini yang mula dihebahkan beberapa bulan lalu selepas mengalami masalah ketumbuhan di mulut membuatkan ramai orang berasa simpati dan satu demi satu pertolongan dihulur sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya.
Telah pun menginjak umur setahun pada bulan Ogos lalu, nampaknya mama Ainul sudah mula untuk memperkenalkan makanan awal untuk Ainul. Mungkin bayi lain ketika menginjak 6 bulan dah belajar makan tetapi kerana sedikit kekangan sebelum ini ia terpaksa dilewatkan sedikit.
Menerusi Instagram Nurul Erwani, dia telah bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan kepada pengikutnya sebagai persediaan untuk diberi pada Ainul.
Nak tanya pada sesiapa yang berpengalaman atau ada anak yang pakai gastrostomy/button feeding, selalu bagi blended food apa ya? Boleh share pada mama Ainul.
Suka bermain sekarang
Erwani juga turut berkongsi perkembangan terbaru Ainul yang suka kepada satu permainannya (plastik bungkusan tubing suction) sehingga sewaktu tidur pun masih memegangnya.
Ainul setia bersama mainan paling disukainya. Waktu tengah tidur pun gengaman masih kuat pada mainan kesukaannya. Cuba lah sesiapa tarik atau ambil dari tangan Ainul, mesti Ainul akan tarik balik tak bagi ambil.❤️
Ramai kongsi pengalaman
Berikutan perkongsian mama Ainul, ramai yang berkongsi pengalaman dan memberi cadangan berkaitan soalan yang ditanya.
Permulaan yang baik, dapat nasihat dietitian
Ramai juga yang mendoakan agar Ainul Mardhiah terus sihat dan kuat agar kembali sihat sepenuhnya dan turut memuji badan Ainul dah makin bersemangat sejak akhir-akhir ini.
Sumber: IG Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memuat naik video isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak di media sosial seolah menjadi trend masa kini. Namun adakah ianya tidak menjadi kesalahan dalam agama Islam?
AL-KAFI 788: HUKUM MEMUAT NAIK VIDEO ISTERI BERSALIN
Assalamualaikum SS Mufti. Apakah hukum seseorang yang memuat naik video isteri atau ahli keluarga yang sedang bersalin?
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pertama sekali, kami ingin menukilkan peringatan Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Setiap amalan yang kita kerjakan akan dihisab dan dinilai di sisi Allah SWT. Dalam apa jua tindakan dan amalan seharian kita pula, salah satu ukuran yang harus kita guna untuk menilai baik buruknya ialah samada ia memberi manfaat samada kepada diri kita dan orang lain. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Antara kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat padanya.
Riwayat Tarmizi (2318)
Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.
Riwayat al-Bukhari (6120)
Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.
Sifat malu ini amat dituntut dalam Islam, sehingga Nabi SAW meletakkannya sebagai sebahagian daripada iman melalui sabda Baginda SAW:
الْحَيَاءُ مِنَ الإِيمَانِ
Maksudnya: Sifat malu itu sebahagian daripada iman.
Riwayat Muslim (36)
Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan. Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat.
Dunia internet dan media sosial juga sering memperlihatkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan adab dan akhlak Islami. Kandungan yang dimuat naik sering menimbulkan kontroversi dan mengundang polemik yang tidak berkesudahan.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berpesan agar kita sama-sama gunakan kesempatan dan ruang yang ada untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan menyemai kesedaran masyarakat berkenaan isu-isu semasa. Semoga setiap perkongsian yang dilakukan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah SWT kelak.
Penutup
Kesimpulannya, kami berpandangan perlu ada sifat malu dalam kalangan kita yang amat dituntut oleh Islam. Bukanlah setiap perkara perlu dikongsi dan disebarkan, lebih-lebih lagi pada zaman teknologi yang membolehkan suatu perkara disebarluaskan secara mudah dan pantas. Justeru, tidaklah sesuai dan wajar saat-saat isteri sedang bertarung nyawa itu menjadi tontonan ramai dan dihebohkan kepada mereka.
Akhir kalam, saya mendoakan agar anak-anak kita seluruhnya menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Cita-cita setiap wanita yang bergelar ibu mahu menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun. Namun disebalik penyusuan susu ibu, ada pelbagai kisah pahit manis yang perlu ditempuhi.
Bercerita kepada Pa&Ma, Pelakon Nad Zainal atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, tetap berusaha untuk menyusukan kedua-dua anaknya, Fahad Ibrahim (5 tahun) dan Budi Kalsom (5 bulan) walaupun banyak halangan yang terpaksa dilaluinya.
Pengalaman Nad susukan anak pertama, Fahad masa tu dia dapat Fully Breastfeed sampai dia 2 bulan.. lepastu mula campur-campur sebab tak cukup dan Nad pula masa tu selalu outstation. Tapi bila di rumah Nad akan fully BF dia, jika Nad perlu keluar so Nad akan campur susu.
Oh sebenarnya Fad menyusu badan, direct BF sehingga 3 tahun!!! so Nad terpaksa guna trick, dengan meletakkan garam dan ubat gigi dan dia sendiri taknak lepastu.
Bercerita tentang pengalaman anak kedua pula setakat ini Alhamdulillah, Nad masih fully BF dah 5 bulan untuk Budi Kalsom.
Bila imbau kembali pengalaman pahit masa susukan anak pertama dulu dah tentu bila outstation, Nad akan mengalami bengkak susu.. dan tempat tinggal tiada fridge, jadi selepas pam susu, Nad terpaksa buang kesemuanya.
Dan tengah malam Nad terjaga sebab payudara bengkak. Nad menangis tiap malam sepanjang 4 hari outstation teringatkan anak
Dari segi pemakanan Nad suka amalkan makan Navel Orange, dan minum minuman yang bersusu untuk banyakkan susu badan.
Buat masa sekarang Nad memang fokus untuk directfeed dahulu untuk Budi Kalsom sementara masih di rumah, sekarang pun tengah pandemik. Nad stop dulu pam untuk penyimpanan stok susu. Nanti bila dah nak mula kerja Nad akan buat stock.
Susu ibu ni banyak khasiatnya untuk anak kita selain boleh cipta bonding dengan anak. Suami pula antara support system yang penting sebab dia sentiasa bagi semangat. Dan jangan lupa, ia juga membantu ekonomi keluarga, bila dah menyusu badan jadi tak perlu beli susu formula!
Nasihat Nad agar semua mommy komited dan perlu bersabar. Jangan terlalu push diri sendiri. Rezeki tiap ibu itu berbeza, tahu kemampuan anda, dan mula dari situ. Jangan compare pengalaman anda dan ibu lain.. its a big NO NO!
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa dan lain dari yang lain! Sepasang pengantin mencipta kejutan dengan menggantikan kek perkahwinan tradisional dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram (kg) sebagai...