Bila anak dah mula makan, pastikan si kecil mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Antara pemakanan yang penting antaranya adalah protein. Sumber protien baik terdiri daripada daging ayam yang mempunyai zat besi penting untuk pertumbuhan sel darah merah.
Jom mama cuba resipi yang berasaskan daging ayam ini.
Hi mommy. Hari ni first time buat nugget ayam roti. Boleh makan macam tu je, atau nak buat nasi goreng versi baby then ulamnya nugget pon boleh.. haa gitew😁. Nah mama share resepi kot la tetiba ada yang nak buat untuk baby mommy-mommy makan. Anak mama 10bulan tapi tak ada gigi lagi, but then dia boleh kunyah telan sendiri.
1 biji telur (pukul macam biasa untuk celupkan bahan A tadi)
Bahan C
Breadcrumb (any brand)
Bahan A tu mama celur dulu semua bahan & blend halus kecuali roti dengan bawang besar. Nak bagi lembut and masak.😍. Dah blend satukan semua dalam bekas. Make sure tekstur boleh dibentuk ye😊
Dah bentuk bahan tadi, celur dalam telur then salut dengan breadcrumb, pastu boleh goreng..dah siappp boleh baby mommy makan😍😍 Selamat mencuba mommy.✌️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Tak semestinya masih bayi, tapi tak boleh makan kek kan? Boleh tapi kena pastikan bahan-bahan dalam kek mesra bayi dan selamat untuk dimakan bayi tanpa garam, gula dan pewarna tiruan.
Kalau tak ada idea nak buat kek apa untuk anak, boleh lah cuba resepi Blueberry Cotton Cheese Cake versi bayi. Selamat mencuba!
Ni first time ibu buat cake untuk Aisyah, sempena genap 1 tahun (2020). Doakan Aisyah jadi anak yang solehah ye!
Saja cuba, tak sangka menjadi. Ada yang ibu ubah dari resepi ni. Ikut selera masing-masing ye .
• BLUEBERRY COTTON CHEESE CAKE •
– 2 biji telur (asingkan putih telur dengan kuning telur)
– 50 g unsalted butter
– 50 g cream cheese
– 60 g full cream milk
– 30 g tepung gandum
– 2 sd puree kurma (letak madu pun boleh)
– 5-7 keping baby cookies (di hancurkan)
– 1/2 cawan blueberry (di blend halus)
1. Cairkan BUTTER, CREAM CHEESE dan FULL CREAM MILK di atas api yang kecil. Kemudian, tutup.
2. Dah sejuk, masukkan TELUR KUNING dan PUREE KURMA (nak pakai madu pun boleh, make sure 1y above). Kemudian gaul sebati.
3. Masukkan TEPUNG GANDUM (ibu ayak dulu bagi halus), gaulkan.
4. Dalam bekas yang lain, pukul PUTIH TELUR hingga meringue. (ibu pakai baby food processor je, mula mula pakai tangan, lenguh 🤣) Kali ke-2 try baru jadi.
5. Masukkan meringue tadi ke dalam adunan pertama, kaup semula adunan.
6. Letakkan di dalam bekas adunan (ibu pakai size 4 inci je untuk kek ni), masukkan adunan ke dalam bekas yang telah di sapu dengan unsalted butter.
7. Panaskan oven selama 10 minit, bakar selama (15-25 minit) dengan api medium (ibu pakai microwave oven, oven biasa takde) 😅 Kalau oven biasa kena bakar (30-40 minit)
• FROSTING •
– 125 g unsalted butter
– 125 g cream cheese
– 2 sd puree kurma
Pukul semua bahan hingga kembang, letakkan dalam chiller di dalam bekas yang tertutup. Simpan 2 jam sebelum guna.
Untuk fondant tu hiasan je, Aisyah tak makan pun sebab fondant daripada gula. Ayah yang makan fondant tu. Jangan tanya kenapa “t” dengan “u” macam tu, terrreksidennnn masa nak deco.
Atas kek tu ibu deco dengan baby cookies yang di hancurkan, kalau letak cream cheese nanti bergabung dengan fondant dia akan cair. Nak mula celebrate baru ibu deco, sebab takut fondant takboleh bagi kerjasama 😂
TIPS!
• JANGAN biarkan tangan/peralatan basah/lembab nanti kek tak naik cantik dan lembut.
• Semasa nak buat jadi meringue, pastikan terus pukul jangan berhenti. Ada buih buih tu normal. Cuma pastikan kuning telur takde setitik pun bercampur dengan putih telur kalau tak, tak menjadi.
• Pastikan kek yang di keluarkan dari oven di sejukkan dahulu baru di keluarkan dari bekas adunan (hati-hati kerana kek sangat lembut)
• Masukkan kek yang telah sejuk tadi ke dalam chiller selama 2 jam sebelum start frosting baru kejadiannya indah.
Resepi air asam mabeles! Boleh kecur air liurlah. Lagi-lagi makan pula dengan nasi panas-panas. Awal-awal dulu air asam ni popular di sebelah utara. Sekarang bukan utara je yang popular air asam ini semua negeri dah ada versi masing-masing.
Tak ada lauk lain, makan satu jenis pun dah boleh bertambah nasi. Cukup ikan bakar atau ikan goreng dah boleh ‘on’. Nak tahu resipi air asam terbaik, jom tengok resipi Azma Bidin.
Bakar ikan cencaru
1. Belah belakang kedua-dua bahagian.
2. Masukkan bahan tumbuk :
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/2 inci belacan
– 2 sudu besar cili kering kisar
– 1/2 inci kunyit hidup
– 3 hiris serai
– sedikit garam dan gula
Perap seketika sebelum dibakar.
3. Ikan pari dibakar tanpa garam.
Bahan kisar:
– 2 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– sedikit belacan
( bakar terlebih dahulu semua bahan di atas sehingga keperangan )
– 3 tangkai cili padi merah
– 3 tangkai cili padi hijau
* kuantiti cikgu tunjuk gambar tu untuk extra pedas ye
– 2 biji asam limau kasturi
( buang biji- kisar bersama kulitnya )
– 1/2 gelas air asam jawa
( 2 cubit kecil asam jawa + 1/2 gelas )
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Tambahkan 3 sudu besar gula dan 3/4 sudu besar garam bukit (sukatan bukan menggunung ye)
* kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
Kisar semua bahan hingga sedikit lumat.
Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan bahan hiris lain :
– 2 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili padi hijau
– 1 biji tomato
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 1/2 biji bawang besar merah Bombay
– 2 biji asam limau kasturi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.