Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Ads
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
Ads
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ads
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Perkahwinan yang harmoni adalah apabila ia dilimpahi keberkatan. Rumah tangga bahagia juga satu rezeki buat sesebuah pasangan itu. ‘Jemput’ rezeki untuk menghampiri perkahwinan anda dengan mengelak beberapa perkara ini.
Firdaus Mokhtar menerusi penulisannya berkongsi perkara yang perlu anda dan pasangan elakkan dalam perkahwinan.
Tempoh hari kita dah bercerita tentang cara untuk rezeki murah rezeki dalam rumahtangga. Kadang bila kita buat, tak jadi juga.
Rupanya dalam kita amalkan tips kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki. Ini sebab kenapa rezeki mahal.
Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita. Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada 1 dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.
2. Kedekut.
Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Kalian, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.
3. Putus silaturrahim dengan adik-beradik.
Kadang kita macam tak percaya ada adik beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun. Kan?
Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.
Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?
4. Pengotor.
Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.
Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.
5. Solat bersahaja atau ala kadar.
Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.
Maka hindarkan semua kejahatan. Moga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Memburu berkat.
Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang kita terleka (kita manusia biasa). Maka dengan penulisan ini sedikit-sebanyak dapat menyedarkan kita. Banyak amalan yang boleh kita buat untuk ‘memanggil’ rezeki, buatlah seikhlas hati dan tanpa henti. Mudah-mudahan rumah tangga semakin bahagia, pintu rezeki diperluaskan dan hati kita pun sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac lalu mewajibkan setiap pelajar di institusi pendidikan bawah kementerian memakai lencana Jalur Gemilang.
Namun masih ramai yang ternanti-nanti arahan seterusnya dari kementerian mengenai pemakaian lencana ini.
Pun begitu bagi membuat persiapan awal, ini panduan dan cara pemakaian untuk ibu bapa mempersiapkan anak-anak ke sekolah nanti.
Rujuk gambar-gambar di bawah untuk melihat kedudukan yang lebih jelas.
Selain daripada kedudukan lencana, terdapat juga beberapa perkara yang pelajar dan ibu bapa perlu ambil berat dalam hal ini.
* Pelajar perlu memastikan lencana sentiasa dipakai dengan kemas, bersih dan tidak rosak.
* Jika terdapat lencana yang telah pudar atau rosak, pelajar perlu menggantikannya dengan lencana yang baharu.
* Pelajar atau sesiapa sahaja tidak dibenarkan memakai lencana secara sembarangan atau meletakkan lencana pada pakaian yang tidak sesuai.
* Murid juga tidak dibenarkan untuk membuat perubahan pada lencana, seperti mengubah kedudukan, saiz, bentuk atau warnanya.
* Pemakaian lencana Jalur Gemilang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dipakai dalam keadaan kotor, rosak atau tidak terurus.
* Lencana Jalur Gemilang tidak boleh digabungkan dengan aksesori lain atau dihias dengan cara yang boleh menjejaskan maruah simbol kebangsaan tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.