Bila jadi seorang ibu, boleh dikatakan semua peranan kita boleh jadi. Kita lah tukang masak, jadi cikgu, bertugas jadi warden arahkan anak tidur atau bangun tidur dan banyak lagi kita boleh jadi.
Salah satunya kita boleh bertukar jadi Tarzan atau singa kalau anak-anak dah di luar kawalan. Suara boleh capai not paling tinggi bila cakap anak tak dengar kata. Bila dah keluar suara ‘besar’ ni, barulah anak-anak behave.
Begitu juga seperti yang dikongsikan oleh penyanyi cantik, Adira Suhaimi di laman Instagramnya. Memang lucu tengok Adira cuba menyuruh anak-anak untuk duduk diam, tapi semuanya tak dengar arahan. Semuanya dengan perangai masing-masing.
Akhirnya, Adira telah mengeluarkan suara tingginya memanggil Anggerik. Kebanyakan yang menonton video itu boleh ‘relate’ dengan perkongsian Adira ni. Memang semua ibu pernah melalui situasi yang sama.
Bukan mudah nak handle anak yang ramai, apatah lagi semuanya masih kecil. Waktu kecil ni memang pening sikit, tapi dah besar nanti seronok ada keluarga besar!
Apabila negara diserang pandemik Covid-19 ramai yang tampil untuk membantu para petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan KKM yang memerlukan bantuan berupa pakaian perlindungan diri (PPE) dan juga kelengkapan lain bagi merawat pesakit-pesakit positif Covid.
Mempunyai latar belakang dalam bidang Seni Reka Fesyen, Shafeeqa Johari isteri kepada pelawak Atu Zero tampil membantu menjahit PPE untuk petugas barisan hadapan di beberapa buah hospital di Lembah Klang.
Shafeeqa memberitahu, dia tidak mengharapkan balasan, namun apabila ada pihak tampil mengucapkan terima kasih, hatinya cukup tersentuh.
“Saya sangat bersyukur dapat membantu menjahit PPE walaupun kita tidak tahu siapa yang memakainya. Mungkin orang yang kita tidak kenal atau kita kenal seperti keluarga kita.
“Paling seronok apabila saya diberitahu kenalan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai penutup kepala yang saya jahit.
“Saya rasa dihargai, kadang-kadang rasa macam hendak menangis. Kalau boleh, saya mahu tolong semua, hendak bantu satu Malaysia.
“Tapi saya tiada kilang, cuma boleh bantu apa yang mampu sahaja,” katanya ketika ditemubual oleh sebuah akhbar.
Kurang mampu menghulur wang yang banyak, Atu dan Shafeeqa, berganding bahu menghasilkan PPE untuk dipakai petugas barisan hadapan.
Shafeeqa berkata, dia terpanggil menghulurkan bantuan selepas membaca status dimuat naik seorang jururawat di Facebook (FB) meminta bantuan menjahit penutup kepala dan kasut.
“Saya mendapat tahu Hospital Shah Alam (HSA) memerlukan tukang jahit. Apabila saya memuat naik status di Instagram (IG), kebetulan ada kenalan yang kenal jururawat terbabit lalu menghubunginya.
“Dari situ, saya mula menjahit apabila menerima fabrik dari hospital. Kami tidak boleh keluar membeli kain.
“Saya duduk di rumah pun tidak buat apa-apa selain menjaga anak. Dengan waktu terluang ini, lebih baik saya buat perkara bermanfaat. Kalau hendak tolong daripada segi wang, kami kurang mampu. Jadi kami sumbangkan tenaga,” katanya yang dibantu Atu dan adik iparnya.
Mampu siapkan 50 helai PPE sehari
Shafeeqa berkata, dia hanya mampu menyiapkan 50 helai PPE sehari, berbanding 200 helai yang diperlukan HSA.
Namun, projek yang diusahakan lebih lancar apabila Shafeeqa dihubungi Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
“Memandangkan saya adalah bekas pelajar jabatan itu, mereka hubungi saya untuk membantu. Dengan kebenaran HSA, mereka dapat menggunakan bengkel dan kelengkapan di UiTM Shah Alam bagi menghasilkan PPE.
“Sekarang kami ada 10 gulung fabrik untuk dijahit dan diagihkan kepada HSA, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
“Sebanyak 32 gulung fabrik lagi akan dijahit untuk kegunaan Hospital UiTM Sungai Buloh,” katanya yang terpaksa menolak permintaan beberapa hospital di negeri lain atas faktor lokasi.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Atu Zero dan isterinya ini dapat membantu melancarkan tugas para barisan hadapan yang tidak pernah kenal erti lelah. Dan semoga lebih ramai lagi yang tampil untuk membantu menjayakan apa yang diusahakan oleh mereka berdua.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes bayi yang dibekukan serta tular kerana tidak dikebumikan awal jenazahnya mendapat perhatian ramai. Tak kurang juga yang mula tertanya-tanya apakah jenis tidak cukup sifat yang dialami anak kecil itu.
Menerusi pelbagai perkongsian, kes Cyclopia ( Cyclopia syndrome) dengan tanda-tanda awal seperti mata satu, kecacatan otak dan organ dalaman lain sememangnya kerap berlaku namun ia kurang diwar-warkan.
Menurut perkongsian pakar, masalah Cyclopia (Cyclopia syndrome) berlaku semasa kejadian awal pembentukan bayi yang mana tidak boleh membentuk dengan normal.
Menurut perkongsian Dr Yazeed Hair Johari, inilah pentingnya buku ‘pink’ iaitu buku yang merekodkan kesemua perkembangan janin dan ibu semasa mengandung. Jadi jangan abaikan kewujudan buku ‘pink’ ini.
PENTINGNYA BUKU PINK!
Ada yang tanya saya, boleh ke detect jika bayi itu menghidap Cyclopia ( Cyclopia syndrome)
Jawapan saya, boleh!
Dengan ultrasound, ujian ini dapat detect cyclopia syndrome dengan tanda-tanda awal seperti Mata satu , Abnormaliti / Kecacatan otak dan organ dalaman .
Jika tanda-tanda tadi kurang jelas diperlihatkan dari Ultrasound, bayi tadi akan dilanjutkan dengan Fetal MRI. Fetal magnetic resonance image untuk kepastian.
Sebab tu KKM sangat menggalakkan ibu mengandung untuk mendapatkan rawatan susulan (Buku pink) dari awal kandungan agar penyakit congenital bayi dapat dikesan lebih awal untuk pengurusan pesakit (Ibu) Yang lebih optimum.
Seperti yang kita maklum, kes Cyclopia ini berlaku 1:100000 dan ianya lethal birth, bermaksud risiko kematian sangat tinggi. Kalau lahir pun boleh survive 5 jam sahaja . Case dari- Jordan.
Jadi dengan pemeriksaan awal, doktor dapat (Anticipate) terangkan kepada ibu keadaan bayi yang sebenar agar ibu faham dan tak panik jika bayi itu dilahirkan nanti.
Boleh atau tidak diteruskan kandungan bergantung kepada beberapa faktor lain selepas assesment dari pakar sendiri.
P/S – Ada sebab kenapa akak nurse kau jadi singa disiang hari membebel kalau korang ambil ringan pasal Buku Pink ni. Ini melibatkan nyawa bayi dan lebih penting keselamatan ibu!