Penyediaan makanan bayi 8 bulan adalah cabaran untuk para ibu baru. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.

Ia sangat penting bagi memastikan selera makan anak bertambah dan berat badan meningkat secara konsisten dan sihat. Para ibu dan bapa perlu tahu, ada beza penyediaan makanan bayi apabila sudah mencecah usia 8 bulan.

Bayi Masuk 8 Bulan? Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru, Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan!

Bayi berusia 8 bulan sudah berjaya merangkak dan baru hendak mula menarik badannya. Dalam kesungguhan mencapai perkembangan ini, selera makan si bayi mungkin berkurangan.

Ibu perasan menu lama sudah tidak menarik perhatian si manja. Fikiran mula runsing hendak fikirkan resepi baru untuk naikkan selera anak semula. Ayuh baca artikel ini dan ketepikan semua kerisauan anda!

Tambahkan perisa dalam makanan bayi 8 bulan anda

Sekarang masanya untuk menambah perisa dan pepejal dalam makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk. Oleh sebab gigi geraham masih belum ada untuk menghancurkan makanan sehingga umur 12 ke 18 bulan, maka pastikan makanan tersebut dikisar hancur terlebih dahulu.

Makanan bayi 8 bulan sepatutnya boleh ditelan dengan hanya kunyahan gusi. Buah-buahan dan sayuran perlulah dimasak menjadi lembik terlebih dahulu kecuali pisang dan buah aprikot sebelum terus dihancurkan menggunakan pengisar khas makanan bayi atau dilenyekkan dengan garpu.

Daging, ayam, ikan dan sumber protein lain seperti telur perlulah dimasak terlebih dahulu dan dijadikan puri untuk bayi anda.

Bayi 8 bulan makan 3 kali sehari?

Bayi 8 bulan adalah di tahap ingin mula bergerak dan dalam kesibukan ingin melakukan ‘kerja’ ini, bayi anda mungkin jarang berasa lapar. Secara ideal, bayi umur ini ingin makan 3 kali sehari dan snek di antara waktu makan. Snek bukan bermaksud makanan ringan, tetapi makanan yang lebih solid dan berbentuk.

Ada juga bayi yang hanya makan sekali sehari dan anda tidak perlu risau. Cuma perhatikan reaksi bayi anda apabila dia lapar dan berilah makan. Pastikan anda memberi makanan yang seimbang dan mengandungi sayuran, sumber protein dan buah-buahan. Jangan lupa berikan keperluan susu badan ibu atau susu formula bayi seperti biasa.

Bayi Masuk 8 Bulan? Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru, Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan!

IKLAN

Berhati-hati juga agar tidak berlebihan memberi makanan bayi 8 bulan agar cepat gemuk.

Nutrisi penting dalam makanan bayi 8 bulan

Bijirin
Pertama sekali, pastikan bayi anda tiada alahan pada bijirin, oat dan sumber kanji lain. Cuba dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Pastikan tekstur lembut selepas dibancuh dan tidak berbiji.

Buah-buahan
Para ibu bapa boleh cuba kombinasi 2 hingga 3 jenis buah yang bayi anda suka. Jika tekstur buah yang tidak lembut, maka boleh dimasak dulu kemudian dilenyek.

Bagi buah-buahan yang dijadikan makanan bayi 8 bulan, boleh cuba diberi terus tanpa perlu dimasak. Jadikan ia berbentuk puri dengan mengisar dan melenyek buah tersebut.

Jenis buahan yang disarankan adalah pisang, kiwi, avokado dan tembikai. Buah-buahan merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran bayi.

Sayuran
Ketika bayi berumur 6 bulan, digalakkan memberi sayuran yang dimasak lembut dan dijadikan bentuk puri sebelum diberi kepada bayi. Kini, mencecah 8 bulan, bayi boleh menerima sayur solid bersaiz kecil atau campuran beberapa jenis sayur dalam makanannya. Antaranya brokoli, lobak, kubis bunga, kentang dan labu.

Bayi Masuk 8 Bulan? Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru, Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan!

IKLAN

Sumber protein
Selain memasukkan ayam atau daging di dalam bubur bayi, boleh juga telur dijadikan omelet yang boleh dicampur dengan sayur. Ini cara yang baik untuk selitkan sayur dalam hidangan anak anda.

Contoh resepi makanan bayi 8 bulan

Puri avokado dan pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji pisang yang telah masak
  • 2 biji avokado yang telah masak
  • 2-3 sudu kecil jus lemon

Cara penyediaan:

Belah avokado kepada dua, buangkan bahagian keras di tengah dan dicedok isinya menggunakan sudu, dipotong dadu kecil. Buangkan kulit pisang dan dihiris kecil.
Kisarkan semua di dalam pengisar khas untuk bayi anda.nTambahkan sedikit jus lemon ketika mengisar untuk mengelakkan warna hidangan tidak menarik.

Bubur kurma dan kubis bunga

IKLAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kurma 3-4 ulas
  • Kubis bunga anggaran sepadan beras
  • Beras 2 sudu (guna sudu sukatan susu formula)

Cara penyediaan:

Rebus beras terlebih dahulu. Masukkan kurma dan kubis bunga.
Teruskan merebus sehingga empuk dan tutup api. Biarkan sejuk sekejap sebelum dikisar halus. Jika terlampau pekat, boleh tambah sedikit air masak.

Bubur nasi ayam dan lobak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beras segenggam
  • Lobak merah yang telah dibasuh dan dipotong kiub
  • Isi ayam yang telah dicuci bersih

Cara penyediaan:

Rebus semua bahan bersama air sehingga masak. Sejukkan seketika. Kisar semua rebusan tadi dan tambah sedikit minyak zaitun. Sedia untuk dimakan. Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi 8 bulan yang dikongsi di luar sana.

Buatlah pilihan yang bijak dan jangan takut untuk mencuba!

Kredit: HelloDokto

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Bayi Masuk 8 Bulan? Ibu Usah Takut Cuba Menu Baru, Kalau Tak Nanti Si Manja Bosan!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI