Bayi sejak saat dilahirkan, sudah mula keluarkan bunyi iaitu menangis. Bila anak menangis salah satu indikasi bayi boleh bernafas dan paru-paru berfungsi dengan baik.
Peringkat anak membebel atau mengagah adalah antara umur 0 hingga 6 bulan.
1 bulan ada yang boleh keluar bunyi vokal 3 bulan ada yang buat bunyi vokal panjang 5 bulan ada yang mula buat bunyi bebelan seperti ba ba ba
Bunyi vokal mula menjadi lebih panjang dan seakan-akan berkomunikasi dengan kita menjelang umur 12 bulan dan ada yang sebutan amat jelas menyebut ‘mama’.
Peringkat 6 hingga 12 bulan pula bayi sudah mula mengatur kata-kata mengikut pola suku kata.
Ads
7 hingga 9 bulan bayi sudah mahu berekspolarasi dengan bunyi panjang dan suka cuba nada intonasi yg berbeza.
9 hingga 12 bulan bayi akan mula menyebut perkataan mudah seperti mama, baba, papa dan faham arahan ringkas seperti NO.
Ads
Ada yang suka meniru bunyi binatang atau sangat suka meniru cara orang dewasa buat bunyi.
Antara apa yang ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk merangsang anak buat bunyi dan berkomunikasi dengan anak adalah:
Ads
? Berulang ulang buat bunyi mudah seperti ma ma, ba ba ? Dapatkan perhatian bayi menggunakan mainan berbunyi ? Segera respon kepada bayi bila dia buat bunyi dan cuba tiru balik ? Buat memek muka bila beri respon pada bayi
Seronok kan jika kita jadi ibu bapa yang lebih memahami perkembangan anak.
Mummy Nurul juga selalu merujuk kepada Terapis Pertuturan untuk menerangkan kepada Mummy supaya sentiasa belajar dan update. Al maklumlah anak ramai kadang-kadang lupa juga.
Nurul Sheriena Musa
Ibu yang masih berusaha membebel dengan anak yang dalam tahap ‘bossy’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa nak biasakan anak dengan al-Quran tapi tak sedar ada kesalahan yang dibuat hingga membunuh jiwa anak kecil dari mencintai al-Quran.
Pengalaman ibu ini, Siti Aminah Sulaiman berjumpa beratus ibu-ibu yang ajar sendiri anak al-Quran dirumah, komplen mereka ialah makin mereka rajin nak ajar anak, tapi anak jadi makin liat atau tak nak langsung baca Al Quran !
Rupanya bila dikaji semula, ada beberapa kesalahan yang biasa kita lakukan tanpa sedar
1) MARAH ATAU ROTAN
Kadang-kadang niat kita baik, nak anak pandai baca al-Quran dari kecil.
Kita tak nak ulang lagi kesilapan kita yang buta huruf masa kecil dulu.
Jadi kita halalkan rotan bila ajar anak mengaji al-Quran. Silap sikit tertukar huruf, habis dihambur anak tu ‘lembap’ sebab tertukar huruf antara (jim) dan (kho)
Kesian anak tu..agak-agaknya dah besar nanti dia suka ke baca al-Quran? Kalau mungkin dulu kita pernah rasa sakitnya dirotan atau disebat masa mengaji, tolong jangan ulang lagi rasa sakit tu pada anak kita.
Izinkan mereka jatuh cinta dengan al-Quran. Zaman kecil kita sudah berlalu, yang lepas tu biarlah.
Marah atau rotan anak ketika mengaji al-Quran hanya akan mampu lahirkan anak boleh baca al-Quran dalam masa singkat kerana TAKUT tapi tidak akan berjaya lahirkan anak yang cinta al-Quran.
2) REWARD
Kaedah ini memang sangat cepat. Saya pun pernah tertipu bila guna kaedah reward untuk umpan anak baca dan hafaz al-Quran.
Tapi akhirnya anak hanya mengaji bila dapat reward. Perlahan-lahan saya berhenti guna kaedah reward ni dan saya sendiri mula lazimi dan rutinkan al-Quran setiap hari.
Saya perasan anak saya mula rajin baca al-Quran tanpa perlu disuruh lagi. Pernah anak kedua saya datang ketika saya sedang membaca al-Quran dan bertanya:
“Mak suka baca al-Quran eh?”
Saya mengangguk dan sambung semula baca..tak lama lepas tu anak 4 tahun saya bawa juga al-Quran dia dan baca sebelah saya.
Indah sekali momen tu..tak mampu dibeli dengan segunung duit pun. Kita perlu mula dulu menjadi CONTOH kepada anak, mereka sangat mudah mengikut.
3) COMPARE / PERBANDINGAN ANTARA ANAK
Ini juga kesalahan yang kerap ibu ayah lakukan. Saya juga hampir jatuh dalam kesilapan ini tapi suami saya berjaya selamatkan saya.
Bila kita ada anak lebih dari seorang, kita kan melihat pelbagai pattern cara belajar anak. Ada anak yang cepat baca, ada yang lambat.
Di sini kita akan mudah bandingkan kelebihan mereka. Anak pertama saya sangat cepat belajar baca al-Quran, umur 3 tahun dah boleh baca sendiri al-Quran.
Bila mengandung anak kedua, saya sangat yakin anak kedua ni boleh baca lebih laju dari abangnya. Rupanya yang berlaku adalah sebaliknya.
Allah Al Mussawwir menciptakan mahluknya dalam pelbagai rupa dan kelebihan. Anak kedua ni lambat tangkap skil membaca tapi mempunyai daya hafazan yang luar biasa.
Suami minta saya FOKUS kepada KELEBIHAN anak-anak
dan lebihkan BERSYUKUR. Jangan bandingkan anak-anak, setiap anak ada fasa belajar mereka sendiri yang penting mereka ENJOY momen belajar al-Quran mudah mereka membesar menjadi Pencinta al-Quran.
4) PAKSA
Jangan dipaksa anak menghafaz al-Quran kalau mereka tidak berminat. Kenal pasti kenapa anak jadi tidak berminat?
Ada sebab mereka tak nak mengaji atau hafaz al-Quran. Suburkan cinta dan minat secara semula jadi. Tapi bagaimana?
Disinilah kita perlu banyakkan bercerita kisah-kisah dalam al-Quran. Kisah ajaib seperti kisah pemuda al Kahfi, kisah-kisah nabi, kisah pemuda yang tidur 100 tahun dan banyak lagi kisah lain pasti akan buatkan anak teruja untuk mendalami sendiri al-Quran.
SubhanaAllah. inilah kehebatan dan mukjizat al-Quran. Saya sudah pernah cuba kaedah ini kepada sekumpulan anak kecil..
Saya tidak paksa mereka hafaz surah Al Kahfi, saya mulakan dengan bercerita dulu kisah pemuda yang tidur dalam gua selama 309 tahun. Kemudian anak-anak ini yang MINTA SENDIRI untuk hafaz ayat dalam surah al Kahfi.
Ingat, jangan PAKSA anak hafaz, tapi tanamkan benih cinta dulu. Proses menghafaz akan jadi lebih mudah.
5) LUPA DOA PADA ALLAH
Sering kita tertipu bila anak pandai baca al-Quran, kita rasakan semuanya atas hasil usaha kita sendiri. Dalam hati selalu bisik ” pandai aku ajar anak aku..” Buang perkataan ‘AKU’ tukar pada ‘DIA’
DIA= ALLAH
Kita tidak akan mampu ajar anak al-Quran tanpa pertolongan Allah. Allah yang beri kita sihat supaya dapat ajar anak..kalau sakit mampu ke kita ajar?
Allah izinkan kita ada masa untuk ajar anak..kalau kita sibuk ada masa ke nak ajar? Semua berlaku dengan IZIN ALLAH
Dan untuk dapat anak yang CINTA al Quran,perlu minta pada ‘DIA’. Sangat perlu minta pada DIA kerana dia yang pegang hati setiap hambaNya.
Kemahiran komunikasi atau bercakap mesti datang dulu sebelum bolehnya kemahiran membaca. Masalah zaman sekarang ialah, pendedahan screen gadget terlalu awal (sebelum masuk 2 tahun) menyebabkan anak kenal huruf lebih cepat dari kemahiran bercakap.
Kemahiran membaca dan komunikasi adalah 2 perkara berbeza dan melibatkan keupayaan kognitif yang berbeza.
Jika anak pandai baca atau kenal huruf pada awal usia, itu tidak menjadi hal. Yang menjadi hal apabila kenal huruf semua dah, tapi nak panggil mama ayah pun tidak. Nak minta susu, ais krim, keropok pun dengan cara tarik-tarik tangan ibu.
Betapa besarnya kesan screen gadget terhadap keupayaan interaksi dua hala kanak-kanak.
Bagi yang sudah terlepas, kurangkan tempoh masa anak bersama skrin atau sebaiknya hentikan terus.
Luangkan lebih banyak masa duduk bersila depan anak dan layan dia main mainan di rumah. Dia dah biasa ada gajet, jadi ibu bapa mesti beli mainan untuk dia lupa kepada gajet.
Beli mainan saja tak cukup. Kena layan anak bermain, bergilir bermain dengan dia dan cakap sambil bermain.
Hanya 15 minit sehari. 15 minit saja….tinggalkan dapur, kain baju, drama korea atau facebook dan tumpu kepada komunikasi dengan anak dulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kita tak boleh anggap semua anak sama. Sebenarnya ada tiga jenis anak di dunia iaitu visual, auditori dan kinestetik. Sebenarnya mengajar anak kena ikut ciri mereka sebab barulah senang mereka faham apa yang diajar.
Menurut Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli, keunikan anak-anak ini sebenarnya mengajar ibu bapa untuk lebih sabar dan cuba mengenali anak sendiri. Jangan sama anak kita dengan anak orang lain. Seperti pengalamannya sendiri yang mempunyai anak kinestetik, tips diberikan sangat membantu!
ANAK JENIS KINESTETIK
Anak kedua saya, channel of learning utama dia adalah kinestetik. Maksudnya: dia cekap belajar bila melibatkan pergerakan.
Anak kinestetik ni, memang macam tak puas bergerak tau.
> Kalau tengah duduk pun sentiasa bergerak.
> Kalau tengah menulis kat meja, meja boleh bergoyang-goyang sebab badan dialah, kaki dialah, mesti nak bergerak.
> Semua benda nak buat laju-laju.
> Kalau memanjat, memang nombor 1.
> Nak suruh fokus dan diam masa mengaji, Ya Allah….. dia akan tetap vibrate time bersila tu.
> Kalau main Lego, macam-macam pergerakan dia buat.
> Kalau dia main handphone lama sangat, nanti kita akan nampak dia mula melompat lebih tinggi, berjalan umpama berlari, turun tangga naik tangga macam tsunami.
> Masa kecil, memang pintu belakang kereta, pintu rumah semua kena sentiasa lock. Kalau tak, dia berdesup je keluar.
Tapi….Baik sangat budaknya. Memang sweet sangat kalau kita pandai handle dia. Manja walaupun nampak lasaknya.
Anak kinestetik ni banyak kelebihan. Kalau kita pandai urus kelasakan dia, inshaaAllah ada banyak skill power yang dia boleh kuasai.
❗Jangan perli bila dia sentiasa bergerak. Dia perlu bergerak untuk belajar.
❗Latih dan remind berkali-kali, kalau dia perlu untuk duduk patuh. Sebab dia memang betul-betul terlupa kalau tergerak. Bukan sengaja. Dia automatik bergerak.
❗Percaya dengan kemampuan dia. Dia mungkin nampak susah fokus, mungkin nampak senang distracted. Tapi, percaya pada dia. InshaaAllah dia boleh.
❗Beri ruang untuk dia luahkan tenaga. Dia perlukan pergerakan tu. Supaya otak dia boleh serap dan susun maklumat dengan lebih baik.
❗Belajar. Kita parents dan guru ni, kena belajar macam mana nak tackle anak yang kinestetik ni.
Sebab..Potensi mereka besar sangat. InshaaAllah. Siapa lagi yang anak dia kinestetik?
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!