Bayi yang menangis sampai hilang suara, papa dan mama tentu risau. Persoalannya adakah tangisan itu normal atau tidak.  Seperti yang kita maklum semua bayi menangis pada masa-masa tertentu.

Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari.  Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara

Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara, Normal Atau Mama & Papa Perlu Risau

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk?

Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang.

Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

IKLAN

Malah ramai juga ibu bapa yang bimbang bila bayi mereka menangis terlalu kuat sehingga timbul persoalan adakah ia normal?

Normal Atau Mama & Papa Perlu Risau

Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara, Normal Atau Mama & Papa Perlu Risau

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, terlalu ramai ibu bapa yang mengadu cemas apabila bayi kecil mereka menangis dengan kuat.
‘Macam kena pukul’, ‘ Nangis macam sakit sangat ‘, ‘..sampai selak (hilang suara)..

IKLAN

Ibu ayah sekalian, bayi kecil memang diciptakan untuk menangis sangat kuat. LAGI KUAT daripada bunyi motor, gergaji dan mesin rumput! Ya! Tak percaya? Carilah datanya sendiri.

Senang cakap, bayi kecil dicipta untuk menangis dengan kuat, cukup kuat ibarat kejutan elektrik ke saraf ibu bapa demi kelangsungan hidup mereka.

Bayi Menangis Kuat Sampai Hilang Suara, Normal Atau Mama & Papa Perlu Risau

IKLAN

Menangis mesti cukup kuat untuk mendapatkan perhatian penjaga dengan segera dalam apa jua waktu dan situasi. Cukup kuat untuk penjaga merasa terganggu dan tiada pilihan selain bertindak mendatangi bayi, mencari jalan memenuhi keperluannya dan menghentikan tangisan mereka.

Maka tak perlu susah hati jika bayi anda menangis sangat kuat. Susah hatilah jika tangisan bayi anda lemah dan tak berdaya.

Bayi yang bersuara kuat bukan satu masalah, tapi ibu bapa yang tidak tahu cara tepat mententeramkan bayi itulah yang boleh bawa banyak masalah.

Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI