Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kesyukuran usai majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.
Menerusi hantaran di Instagramnya, kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.
“Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” katanya.
Tambahnya, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.
“Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih,” katanya.
Hantaran itu juga turut diselitkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.
Ads
“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.
“Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Ads
Alyah turut memuat naik gambarnya dan suami, bersama Nur Izzara dan ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.
“Suami dah beli pakaian dan kasut raya untuk saya, anak serta ibunya secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah keluarga di Felda Bukit Damar, Lanchang. Tak sangka semua ini adalah kenangan terakhir buat kami,” kongsi Nor Fitrah Ramli, 25, isteri Konstabel Norhalim Tumiran yang maut akibat tertembak oleh rakan sepasukan di rumah sewa.
Suami teruja sediakan keperluan raya
Walaupun arwah tak dapat pulang beraya kerana baru ditugaskan di Sibu, Sarawak, keperluan buat insan tersayang sama sekali tak dilupakan. Suami yang paling teruja setiap kali dimaklumkan barangan tiba. Dia akan membuat panggilan video dan minta kami mengenakan pakaian itu untuk melihat jika kami suka dengan hadiah yang dihantarnya dari jauh.
Pagi hari kejadian, suami juga ada telefon untuk memaklumkan dia sudah menyelesaikan bayaran zakat fitrah buat kami sekeluarga dan ibunya kerana baru mendapat gaji.
Hubungi suami lebih 50 kali
Selepas itu, petang hari kejadian saya menghubungi pula suami tetapi dia tak jawab. Lebih 50 kali jugalah sehingga saya berasa hairan apabila semua panggilan tidak dijawab. Biasanya dia akan jawab walaupun ketika bertugas.
Norhalim, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Sarawak ditemukan maut dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan di sebuah rumah di Taman Permai yang disewa rakannya pada malam Khamis lepas.
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakannya, yang juga anggota polis, bergurau sambil mengacukan pistol ke kepala Norhalim, 25, yang difahamkan berkunjung ke rumah tersebut untuk bermain permainan komputer sementara menunggu waktu berbuka.
Arwah memang minat jadi polis
Nor Fitrah, yang berasal dari Felda Lakum, Lanchang berkata, mereka berkahwin pada 19 April 2019 dan sejak itu mengetahui minat suaminya untuk menjadi anggota polis kerana arwah sering ‘mengintai’ iklan pengambilan konstabel.
Arwah, yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, sebelum itu bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Petaling Jaya, Selangor dan seingat Nor Fitrah, beliau sudah lima kali menemani suaminya menghadiri temu duga polis.
“Suami akhirnya terpilih mengikuti kursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat, Johor dan sejak menerima berita itu, arwah bersenam setiap malam termasuk berjoging bagi memastikan kesihatannya berada di tahap terbaik.
“Malah suami juga meminta saya yang semasa itu bekerja di Shah Alam, Selangor untuk berhenti kerja dan kembali ke pangkuan keluarga kerana mahu saya dan anak berada bersamanya apabila dia sudah mendapat tempat bertugas,” katanya.
Suami bercadang untuk bawa tinggal bersama lepas Aidiladha
Nor Fitrah berkata, suaminya juga memaklumkan akan cuba mengambil cuti sempena Aidiladha untuk pulang ke kampung dan membawa mereka ke Sibu kerana telah mendapat rumah di sana selain sudah mula berkira-kira untuk membeli perabot penting dahulu.
Beliau berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah 15 Mac lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mereka sekeluarga menghantar suaminya ke Sibu dan ketika itu sempat membawa tempe goreng dan tat cadbury untuk dijamah arwah.
“Kami lama tidak bertemu kerana tiada lawatan di Pulapol akibat Covid-19 sejak arwah mengikuti latihan pada September 2020.
“Bagaimanapun, arwah sering menghubungi kami menggunakan telefon awam… dari situ, arwah beritahu teringin makan tempe goreng dan saya bawa sebagai kejutan,” katanya.
Mengulas kejadian itu, Nor Fitrah dihubungi rakan arwah pada 8.05 malam bertanya jika beliau ‘tahu apa-apa’, namun individu tersebut enggan mengulas lanjut menyebabkan dia mula berasa tidak sedap hati sebelum mendengar berita sedih mengenai insiden yang menimpa mangsa daripada pegawai atasan polis.
Arwah anak yang baik
Ibu arwah, Jamilah Daman, 63, pula berkata, mangsa yang mesra dipanggil Halim akhirnya berjaya menggapai cita-cita untuk menyarung seragam polis walaupun sekejap dan tidak pernah lupa meminta ‘restu serta doa’ selain menjemputnya untuk sama-sama menemani beliau ke pusat temu duga.
“Semasa menghantarnya ke Pulapol, dua kali dia berpatah balik berlari ke arah saya untuk memeluk dan mencium saya sehingga akhirnya dimarahi kerana semua orang sudah mula masuk ke dalam (pusat latihan).
“(Dia) Seronok sangat kerana akhirnya impian menjadi polis tercapai,” katanya.
Jenazah Norhalim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar jam 10 malam (Sabtu) selepas disembahyangkan di Masjid Felda Bukit Damar.
Kredit: Bernama & Berita Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada usia 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan Nik Rizuan sepatutnya menjalani kehidupan zaman kanak-kanaknya dengan menuntut ilmu namun atas tanggungjawabnya sebagai anak sulung, kini dia memangku tugas sebagai ketua keluarga setelah ayahnya lumpuh.
Tak kekok uruskan ayah dan adik-adik
Menerusi laporan Sinar Harian, kehidupan keluarga ini berubah sekelip mata selepas ayahnya lumpuh dan tak mampu menguruskan diri sejak Ogos tahun lalu.
Walaupun usianya baru menginjak 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menjaga ibunya yang sedang berpantang selepas bersalin pada Februari lalu.
Tidak cukup dengan itu, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup tidur di sebelah katil ayahnya, Nik Rizuan Nik Par, 38, yang terlantar sakit sejak Ogos tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru bagi memastikan insan tersayang dijaga dengan rapi.
“Kami tiada pilihan..”
Ibunya, Zaleha Manaf, 36, yang ketika ini sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat mengakui dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak sulungnya itu.
“Saya sedih bila melihat anak yang masih kecil perlu memikul tanggungjawab ini, namun kami tidak punya pilihan.
“Dengan keadaan saya yang sarat mengandung sebelum ini dan sekarang sedang berpantang, sukar untuk menguruskan suami terlantar,” katanya.
Beri susu, tukar lampin dan lap badan ayah
Menurutnya, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu serta menukar lampin pakai buang serta mengelap badan ayahnya.
Zaleha berkata, selepas itu dia akan membantunya menguruskan adik-adik lain iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.
Dia berkata, keluarga mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila suaminya kehilangan pekerjaan pada awal tahun lalu selepas kilang tempat Nik Rizuan bekerja di Kuantan perlu mengurangkan kakitangan.
Katanya, selepas kehilangan kerja mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kemaman, Terengganu nekad pulang ke Kelantan untuk meneruskan kehidupan.
Zaleha berkata, di sini mereka menumpang di rumah peninggalan orang tua di mana salah seorang abangnya turut sama tinggal bersama.
Suami lumpuh selepas mengalmai masalah paru-paru
Dia berkata, belum sempat mencari pekerjaan suaminya didapati mempunyai masalah paru-paru dan sekarang hanya mampu terlantar.
“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di mana-mana saja, kanak-kanak dengan gajet ni dah jadi satu kebiasaaan. Tak kira umur anak tu baru setahun pun, memang dah diberikan gajet untuk diam. Malah rata-rata anak-anak sekarang kebanyakannya celik IT.
Namun disebalik itu, kesan gajet ini sangat bahaya jika tak dikawal penggunaannya kerana boleh memudaratkan anak. Sekarang mungkin tak nampak tapi untuk jangka masa panjang kita tak tahu.
Seperti perkongsian ibu ini, Puan Zulaikha Abdul Mutalib, kisah anak perempuannya yang kerap tengok gajet dan akhirnya disahkan mengalami masalah otot mata boleh dijadikan peringatan bersama.
IZINKAN SAYA SHARE PADA IBU BAPA SEMUA…
Ini adalah satu penyesalan yang sangat sakit saya rasa. Selama ni saya akui silap saya dengan memberi gajet untuk anak boleh buat dia tenang dan duduk diam tanpa ganggu kerja kerja saya.
Ya saya silap. Kalau nak kata dia kerap pegang telefon itu tidak juga. Sehari mungkin dia pegang dalam 3 jam, cuma kebanyakannya Inara akan kuasai telefon kakaknya sebelah malam. Ya kontras telefon sangat merbahaya dengan mata.
Baru saja beberapa hari ni kejadian ni berlaku, yang saya perasan matanya mula berkelip-kelip laju, lepas tu kejadiannya terus macam begini. JADI seakan-akan juling air dan matanya di lihat seperti orang mengantuk.
Sudah terkena pada anak sendiri baru menyesal. Sedih sangat bila berhadapan dengan anak sendiri dengan keadaan yang bukan macam begini azalinya.
Mujur la saya ambil langkah awal, dan in’shaa allah dalam umur sebegini in’shaa allah masih boleh di pulihkan, cuma memang mengambil masa sedikit.
Otot mata bermasalah
Saya bukanlah pakar boleh terangkan dengan terperinci mengenai Inara, cuma yang pasti Dr ada kata otot mata Inara yang bermasalah buat masa ni.
Dan sebenarnya bukan ini saja terjadi, sebelum ni anak saya yang sulung pun pernah tantrum sebab saya ambil telefon. Dia melenting menangis terus. Sampai saya yang menangis lihat keadaan kakak begitu. Dia lawan saya dan dia hempas kepala di lantai.
Kadang bila panggil beberapa kali pun buat tak dengar, mata fokus telefon, buat apa pun tak fokus! Mata tetap ke arah telefon.
Peringatan untuk semua
Namun masa tu diri ku masih lagi belum menyesal dan mahu ambil pengajaran. Jadi sekarang cukup la kesakitan ni. Dah tak sanggup aku biarkan anak-anak ku tenggelam dan jadi rosak sebab salahku yang tidak ambil tindakan awal. Lagi lama akan makin susah. Semua ibu pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak.
Saya sekadar berkongsi untuk peringatan bersama. Hanya Allah yang tahu setiap kali melihat Inara dan tanpa sedar menitis air mata. Minta maaf sangat-sangat nak. Doakan inara ya semua cepat sembuh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.