Sakit bersalin masih terasa lagi, diuji pula dengan pemergian bayi secara mengejut. Hati ibu mana yang tak sedih tapi itulah hakikat yang perlu dilalui dan sudah ketentuan ilahi. Walaupun hati mula belajar untuk reda, kenangan bersama bayi masih lagi kuat.
Peristiwa yang langsung tak terjangka sama sekali ini terjadi pada seorang ibu yang dikenali sebagai Thira Mishu yang berkongsi di Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) baru-baru ini yang menyatakan bayi lelakinya ditemui meninggal dunia setelah jatuh di celah katil.
Dalam perkongsian itu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik yang melakukan siasatan di bilik tidurnya dan wajah bayi lelaki berusia dua bulan itu.
Menurutnya, dia baru sahaja bangun dari tidur. Ketika itu menyedari anaknya, Mohd Adrayyan Zayn Amsyar tiada bersebelahan. Langsung sama sekali tak terlintas bayi sudah terjatuh di celah katil berkenaan.
Disebabkan pemergian anak secara mengejut, dia mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya mahu berpindah rumah baharu.
Hi, siapa dekat sini ada pengalaman anak meninggal umur 2 bulan jatuh celah katil bukan tepi katil tapi celah katil kelamin. Trauma bilik tu pun takut nk masuk apa lagi tidur atas katil tu.
Ads
Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. Punca trauma terbayang-bayang jumpa baby celah katil tu. Ya Allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nak masuk bilik tu sorang-sorang.
Ramai yang tanya celah katil tu macam mana. Saya sertakan gambar dibawah. Sampai sekarang sejak arwah meninggal saya seram takut trauma nak msuk bilik ni sorang-sorang. Asyik terbayang jumpa baby celah tu dengan tak bernyawa. Saya baru je duduk rumah ni sebulan.
Di ruangan komen postingnya itu, ramai yang memberi kata-kata semangat dan faham perasaan seorang ibu kehilangan anak.
Ads
Malah si ibu ini juga turut menjawab beberapa pertanyaan yang menyalahkannya kerana cuai. Namun jika ini sudah tertulis, siapa kita nak menafikannya.
Ibu ini memberitahu, bayi ini adalah anaknya yang keenam. Ramai menuding jari menyatakannya cuai tapi semua itu hanya Allah yang tahu.
Jika orang kata saya cuai, anak-anak yang lain alhamdulillah sihat membesar. Sebelum anak keenam lahir, dah ada anak kembar. Kalaulah saya ni cuai, pasti anak-anak yang lain pun tak membesar dengan baik.
Tiada niat apa-apa pun, saya cuma berkongsi perasaan sedih ini untuk minta semangat daripada orang ramai. Harap semua dapat memahami.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecomelan anak perempuan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang dinamakan Aisha Amaira sering mendapat perhatian warganet. Kulitnya yang cerah serta bentuk matanya yang cantik dengan bibir comel adalah gabungan wajah kedua ibu bapanya yang sememangnya jelita dan tampan.
Menerusi IG Story Fasha Sandha, dia berkongsi tentang rupa paras anaknya itu yang dikatakan serupa seperti anak kedua pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.
Akui Fasha, ketika hamilkan Aisya dia gemar melihat wajah Sumayyah yang menurutnya antara baby yang paling cantik pernah dilihatnya.
“Aisha dah besaq now. Kulit dia cantik and muka dia ada iras Sumayyah sebab kak kan tengok gambaq Sumayyah masa pregnant.
Dulu masa hamil, selalu tengok gambaq Sumayyah. Almost everyday, sebab dia baby yang cantik.”
Tambah Fasha lagi, kini anaknya sudah pun berumur 2 tahun 3 bulan dan menurutnya sekarang jarang berkongsi gambar anak-anak kerana sibuk di set penggambaraan. Kongsi Fasha lagi kini dirinya sedang bercuti selama seminggu dari bekerja.
Ceritanya lagi, bila dia post gambar Aisha ramai yang akan tegur tentang wajah anak dia dan Puteri Sarah seiras.
“Memang benarlah, bila kita hamil kita tengok yang cantik-cantik je, yang manis-manis. Semoga Sumayyah sihat.”
Selain itu, Fasha juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang sedang melalui ujian dalam perkahwinannya.
“Kak doakan yang baik-baik buat adik, kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, In sha Allah bila kita busy kita tak fikir sangat masalah tu. In sha Allah kak doa dipermudahkan.”
Kalau dilihat, sememangnya wajah Aisha dan Sumayyah ada irasnya. Dua-dua comel dan pasti akan membesar menjadi anak yang cantik bila dah besar nanti. Semoga mereka berdua akan membesar dengan sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Selebriti Cef, Datuk Redzuawan Ismail atau popular dengan panggilan Chef Wan mendedahkan dia membayar seorang jururawat hampir RM6,000 untuk menjaga ibunya di rumah.
Menurut Chef Wan, jururawat khusus untuk pesakit demensia seperti ibunya itu akan menjaga segala keperluan dan ubat-ubatan di waktu siang. Ibu bersama jururawat dimensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.
“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (kerja lebih masa)
Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.
“Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.
“Saya berasa selesa bila ibu mendapat bantuan profesional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan, bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang,” katanya.
Chef Wan berkongsi perkara berkenaan di akaun instagram miliknya.
Demi keselesaan dan ibu dapat penjagaan terbaik
Kata Chef Wan dia terpaksa berkorban lebih wang untuk ibunya supaya orang tuanya mendapatkan penjagaan yang terbaik.
“Banyak bezanya bagi maid da profesional nurse yang tahu handle dementia and cancer patient ni.
“Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala galanya. U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.
“Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” ujarnya.
Dalam masa yang sama Chef Wan juga menyaran semua anak-anak yang mempunyai ibu yang sudah uzur untuk menjaga ibu mereka dengan memberikan yang terbaik.
Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar pasti akan kagum dengan cara didikan pada anak-anaknya. Mana tidaknya dari anak sulung sehingga anak yang kecil, Dr Sheikh Muszaphar sangat menitikberatkan pendidikan dan aktiviti sukan.
Keseimbangan ini menjadikan anak-anaknya cemerlang dan sering menjadi contoh. Selain Tasha dan Bella, keletah si kembar Adam dan Noah juga turut mendapat perhatian ramai dan kagum dengan bakat yang ada dalam diri masing-masing.
Menginjak usia 5 tahun, pasangan kembar ini sering mendapat perhatian warganet dan media apabila mereka dikategorikan sebagai genius dalam usia yang muda. Walaupun belum mencecah usia 6 tahun, keyakinan mereka menjawab soalan matematik begitu baik sekali dan laju!
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, selain beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung Tasha dan anak kedua, Bella, beliau juga mementingkan aspek pembelajaran akademik seperti bahasa dan matematik yang sememangnya bagus ditekankan seawal yang mungkin.
Ini kerana di usia kanak-kanak, otak anak-anak cepat belajar dan mudah ingat apa yang diajar. Ibaratnya seperti span, mudah serap.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bertanya tip yang diamalkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar. Antara persoalan yang ditanya adalah, adakah anak yang genius mesti lahir dari ibu bapa yang genius? Namun jawapan Dr Sheikh Muszaphar adalah sebaliknya.
Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk mak ayah mulakan sistem pendidikan di rumah secara khas sejak dari usia yang muda. Lagi awal permulaan pendidikan sebegini, lagi cepat untuk otak anak-anak tangkap segala ilmu yang dicurahkan.
Selain itu, ada juga yang bertanya bagaimana Dr Sheikh Muszaphar mendisiplinkan anak-anaknya untuk buat sesuatu tugasan secara konsisten sejak kecil? Ini kerana ada sesetengah anak, dia enggan lakukan atas seba-sebab tertentu.
Namun jawapan yang diberikan oleh Dr Sheikh cukup mudah iaitu apabila ia sudah menjadi rutin semuanya tak perlu disuruh lagi. Setiap kali pulang dari sekolah, mereka dah tahu apa perlu dilakukan dahulu. Jadi ibu bapalah yang perlu memainkan peranan ini.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.